15.05.2019 Views

WADAH 2013

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

KESAN KAUNSELING KELOMPOK PENDEKATAN KOGNITIF TINGKAHLAKU

TERHADAP KEBIMBANGAN SOSIAL REMAJA

Oleh:

MAHZAM BINTI MOHD SAAD

Kebimbangan sosial merupakan ketakutan

kepada penilaian negatif atau diperhatikan oleh

orang lain di dalam sesuatu situasi sosial (Albano &

Detweiller, 2001) apalagi di dalam sesuatu situasi

sosial yang baharu. Mempunyai perasaan takut dan

bimbang adalah sesuatu yang biasa bagi kanakkanak

dan remaja (Muris, Merckelbach, Gadet, &

Moulaert, 2000). Salah satu kebimbangan yang

sering dialami remaja adalah kebimbangan sosial.

Kebimbangan sosial adalah suatu masalah psikologi

yang kini tersebar secara meluas dalam kalangan

remaja (Lipsitz & Scheneier, 2002). Kebimbangan

sosial perlu diberi perhatian supaya tidak menjadi

serius. Banyak kajian di barat telah menyelidik

impak negatif kebimbangan sosial yang serius.

Bagaimana pun di Malaysia masalah kebimbangan

sosial tidak begitu diberi perhatian malah kajian

tentang perkara ini juga amat terhad. Mungkin

ramai yang menganggap mempunyai perasaan

bimbang di dalam situasi sosial adalah perkara biasa

lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita yang

menganggap rasa bimbang tersebut sebagai sifat

malu yang menunjukkan kesopanan.

Kajian juga menunjukkan kebimbangan sosial

yang serius merupakan salah satu daripada masalah

kebimbangan yang paling biasa berlaku dengan

kadar kekerapan di sepanjang kehidupan antara

10% hingga 15% (Ballenger, Davidson, Lecrubier,

Nutt, Bobes, Biedel, Ono & Westernberg, 1998). Ia

juga penting terutamanya semasa remaja. Dalam

kalangan remaja dan awal dewasa kelaziman

berlaku kebimbangan sosial semasa tempoh

perkembangan dianggarkan antara 5% bagi lelaki

dan 10% bagi perempuan dari sampel remaja dan

awal dewasa yang berumur antara 14 - 24 tahun

(Wittchen, Stein & Kessler, 1999). Ini

menggambarkan bahawa kebimbangan sosial

memberi kesan kepada sejumlah populasi yang agak

signifikan. Kebimbangan sosial perlu diberi

perhatian terutama semasa remaja supaya masalah

ini tidak menjadi serius memandangkan banyak

kesan negatif yang dikaitkan dengan masalah ini.

Hasil tinjauan kajian juga menunjukkan

wujudnya perkaitan antara kebimbangan sosial

dengan pelbagai masalah tingkah laku dalam

kalangan remaja. Antara masalah tingkah laku yang

dikaitkan dengan kebimbangan sosial ialah

penyalahgunaan dadah (McKeon, 2005; Lewis &

O’Neil, 2000), pengasingan sosial (Albano &

Detweiller, 2001) serta cubaan bunuh diri (Fehm,

Pelissolo, Furmark & Wittchen,2005). Terdapat

juga remaja yang mengelak diri dari sitausi sosial

melakukan tindakan seperti membunuh diri. Di

samping itu kajian juga menunjukkan terdapat

hubung kait antara kebimbangan sosial yang serius

dengan pelbagai masalah lain seperti depresi atau

kemurungan (Velting & Albano, 2001). Malah

kebimbangan sosial dikatakan sebagai faktor

penyebab wujudnya depresi atau petanda awal

depresi yang serius semasa remaja. Selain daripada

itu kebimbangan sosial yang dialami remaja

mempunyai hubungan dengan masalah jangka

panjang dari segi pendidikan, pekerjaan,

perhubungan sosial dan ketidakfungsian semasa

dewasa (Velting & Albano, 2001)

Di Malaysia, masalah tingkahlaku yang

berkaitan dengan kebimbangan sosial seperti

pengasingan sosial, masalah penyalahgunaan dadah,

ponteng sekolah, pencapaian akademik yang

rendah dan sebagainya sering menjadi isu yang

menjadi perhatian semua pihak. Laporan akhbar

Utusan Malaysia 17 Julai (2004) menunjukkan

seorang pelajar membunuh diri kerana rasa terasing

dan terpinggir akibat tidak diterima rakan sebaya.

Menurut Agensi Dadah Kebangsaan 2003 pula,

seramai 2,119 orang remaja yang berumur antara 16

hingga 19 tahun terlibat di dalam masalah

penyalahgunaan dadah. Manakala menurut Utusan

Malaysia 2 April 2001 seramai 34,628 orang pelajar

terlibat dalam aktiviti ponteng sekolah. Selain itu

mengikut Berita Harian 17 Ogos 2001

mendedahkan seramai 2,534 orang remaja yang

berumur antara 13 hingga 18 tahun ditangkap pihak

berkuasa akibat penglibatan mereka di dalam

pelbagai masalah tingkahlaku. Masalah lain yang

dikaitkan dengan kesan lanjut kebimbangan sosial

juga banyak dikaji. Kajian yang dijalankan oleh See

Chin Mey dan Lee Siew Siew (2005) ke atas 182

orang pelajar tingkatan tiga mendapati 43.41 %

mengalami kemurungan klinikal atau kemurungan

kronik.

! Muka Surat 33

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!