14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SIRI 2

2020

E-ISSN 2710-6683

TAMAN

BERKARYA

“Selagi Menulis, Terus Menulis”

SAJAK COVID 19

CERPEN SECEBIS

KENANGAN : VIVA

ARTIKEL

TERAPI MEMANAH

ARTIKEL

KONFLIK OH KONFLIK

SAJAK

KARENAH

SAJAK

KUULANG SETIA

SAJAK PEPAT

CERPEN

R A T A H

IKUTI KAMI

Perpustakaan IPGKI

UNIT PERPUSTAKAAN, IPG KAMPUS IPOH


Bismillahirrahmanirrahim.

KATA ALUAN

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Saya mewakili Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan sidang redaksi buletin

Taman Berkarya Siri 2/2020 merakamkan jutaan terima kasih kepada para

penyumbang karya sama ada berbentuk sajak, pantun, artikel, coretan

pengalaman dan sebagainya. Harapan Unit Perpustakaan agar buletin ini

menjadi platform atau landasan kepada para pensyarah dan guru pelatih untuk

mengasah bakat dan menyalurkan idea atau pemikiran mereka kepada khalayak

pembaca. Ini adalah sejajar dengan harapan Rektor IPGM yang menekankan

para pensyarah berkarya atau menulis. Malahan, ia berkait rapat dengan Dekad

Membaca Kebangsaan iaitu terhasilnya buletin Taman Berkarya Siri 2/2020

akan meramaikan lagi para pembacanya. Terima kasih yang terhingga

diucapkan kepada pihak pengurusan khususnya Dr. Yahya bin Osman

(Pengarah IPG Kampus Ipoh) yang sentiasa menyokong penerbitan buletin

Taman Berkarya ini. Di samping itu, pengarah amat menggalakkan para

pensyarah dan guru pelatih menulis demi berkongsi ilmu dan maklumat. Akhir

kata, semoga buletin ini dapat memberi impak yang besar dan bermakna kepada

para pembaca semua. Selamat membaca.

“Selagi Menulis Terus Menulis”

Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin

Ketua Editor / Ketua Pusat Sumber

KANDUNGAN KREATIF

3 CERPEN KEIKHLASAN SEORANG LELAKI BUKAN ANALOGI CUMA

4 ARTICLE THE IMPORTANCE OF IMPLEMENTING MULTICULTURAL

PRACTICES IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION IN MALAYSIA

6 ARTIKEL APRESIASI SENI

8 ARTIKEL CORONAVIRUS ANTARA HIKMAH DAN SUNNAH

10 SAJAK COVID 19

11 SAJAK PUISI BUAT BONDA TERCINTA

12 ARTICLE TRAIN YOUR BRAIN TO GET HAPPY

13 ARTIKEL TIPS PENJAGAAN SUTERA BATIK

14 ARTIKEL TERAPI MEMANAH

15 SAJAK EVELINA ISLAM

16 ARTIKEL PERBEZAAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM

17 ARTIKEL KONFLIK OH KONFLIK

18 CERTOT AKU CIKGU YANG DULU DAN SEKARANG

Tajuk: Cikgu Norehan Tidak Geli

19 SAJAK SUARA HATI BAKAL PESARA

20 ARTIKEL BAHASA KIASAN DALAM SAJAK

21 SAJAK BINGUNG

22 ARTIKEL PERKEMBANGAN PENDIDIKAN VERNAKULAR CINA

NEGERI PERAK

24 ARTIKEL AMALAN BUDAYA ALTRUISME DALAM KEHIDUPAN

25 ARTIKEL KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN

MENGKONSEPSIKAN: SATU PENGENALAN

26 ARTIKEL BAHASA, BUDAYA DAN PEMIKIRAN DALAM

PERIBAHASA MELAYU

REDAKSI

PENGURUSAN

Pengarah IPG Kampus Ipoh

Dr. Yahya Bin Osman

Timbalan Pengarah IPGK Ipoh

En Mohd Khadri Bin Fazil Rahman

SIDANG PENGARANG

Ketua Editor

Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin

Penolong Ketua Editor I

Pn. Sabariah Binti Khairuddin

Penolong Ketua Editor II

Pn. Nasimah Binti Abdul Jal

PEREKA BENTUK GRAFIK

Pn.Nazariah Binti Mat Mizar

PENERBIT

Unit Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh

PERCETAKAN

Unit Grafik, IPG Kampus Ipoh

PENTADBIRAN

Pn. Asrofah Binti Anuas

En. Mustafa Bin Isram

En. Roslan Bin Lem

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

27 SAJAK KARENAH

28 ARTIKEL PHUII! DAN TUIIH!

29 SAJAK KERANAMU

29 SAJAK SAMUDERA

30 CERPEN R A T A H

32 SAJAK DAN SELEPAS ITU …

33 SAJAK MUAL BERSALUT MADU

34 CERPEN SECEBIS KENANGAN : VIVA

35 SAJAK PEPAT

36 SHORT STORY THE ADVENTURE OF LOLA THE CAT

CHAPTER 1: YOU DESERVE BETTER

37 SAJAK IKAN AKUARIUM

38 CERPEN TAKDIR

40 ARTIKEL APRESIASI SENI 2

KAJIAN TAMPAK RUJUKAN KARYA DAN ARTIS

42 SAJAK BENCANA

42 SENI DOODLE ART COVID-19

43 SAJAK KITA BERSAUDARA

43 SAJAK IBU

44 CERPEN BALASAN JANJI PALSU MU…

46 SAJAK KUULANG SETIA

47 CERPEN SAYANG KU SI MATA-MATA

50 ARTIKEL MEMBINA KUIZ

MENGGUNAKAN APLIKASI TELEGRAM


3

CERPEN

OLEH: EN. JAMALUDDIN BIN ABD RAHMAN

JABATAN ILMU PENDIDIKAN,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

….Sambungan dari Siri 1/2020

Keikhlasan

Seorang

Lelaki Bukan

Analogi Cuma

Hati rawan Balqish yang sememang sudah

jatuh hati dengan keperibadian personaliti lelaki

Melayu terakhir Acap mulai kendur dengan

sendirinya. Hanya air mata mengiringi rasa hatinya

dan pantas kalamnya menari-nari di kertas putih

sebagai luahan kekesalanya kepada Acap.

“Assalamualaikum, kehadapan buat kenalan

dan sahabat, Acap. Dengan nama Allah pencipta

alam, selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi

Muhammad SAW, kaum keluarganya, para sahabat

dan kaum muslimin dan Muslimat yang

diredhai-Nya.

Balqish tidak mahu terus berbicara dengan

perasaan yang dikuasai nafsu walaupun selama ini

terpalit juga rasa itu. Walaupun hakikatnya salah.

Namun bersyukur kerana kita tidak terjebak.

Jadikanlah keikhlasan dan niat hanya pada Allah

SWT. “Barang siapa yang menghendaki kehidupan

dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan

kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia

dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan

dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh

diakhirat kecuali neraka dan lenyaplah diakhirat itu

apa yang mereka usahakan di dunia dan sia-sialah

apa yang mereka kerjakan”

(QS. Huud : 15-16)

Rasanya sahabatku faham. Biarlah kita tidak

berjalan seiringan namun sehaluan. Sesungguhnya

Allah Maha Mengetahui dan tahu kesudahan cerita

kita. Balqish akan berpindah sekolah kerana

mengikut ayahanda berpindah bertugas semula

di Ipoh.

Wassalam. Sahabat dunia dan

akhirat.

Nur Balqish Qaisarah

12 Rabiulawal 14

Acap tidak menjadikan surat

perpisahan ini sebagai penghalang untuk

mencapai kejayaan hakiki yang abadi .

Rahsia Allah tentang keikhlasan membuak

menyelubungi seluruh pantai hatinya yang

redha bukan pasrah. Perpisahan

memberinya kekuatan untuk menjadi

hafiz yang ikhlas. Dengan kerjaya yang

mantap sebagai kadi muda di daerah

kelahirannya tidak mampu memberi

kekuatan kepadanya mencari jodoh.

Petang Asar itu memerlukan kadi

muda yang empunya nama Muhammad

Asharaffi Ajmal mengijabkabulkan

sepasang suami isteri di sebuah masjid.

Dia meminta izin untuk mendapatkan tanda

tangan pengantin perempuan. Apabila tabir

pemisah masjid dibuka, terpempan dan

kaku Acap melihat seorang gadis berbaju kurung

kuning lembut bermanik duduk bertimpuh tersenyum.

“Balqish !!”. Semua terarah kepada Acap.

Kaki dan tangan Acap rasa tak mampu lagi. Hanya

malu, kecewa dan tidak keharuan.

”Ustaz! Ustaz!”. panggilan itu tidak dijawab.

”Maaf ustaz, saya ke bilik air tadi”, seorang

gadis berbaju kurung putih berenda-renda,

bermanik-maniik dan memegang sejambak bunga

menerpa.

”Eh, siapa kamu?”.

”Saya pengantin perempuan”.

”Ni, siapa?”. Acap menunjukkan ke arah

Balqish yang tersipu-sipu malu.

”Oh, ni pengapit saya, bujang lagi ustaz.”

Acap yang lemah bagai mendapat kuasa dan

semangat baru. Ada renungan bermakna dari mata

Balqish. Acap mengerti. Sesungguhnya, benarlah

keikhlasan akan mendapat balasan yang baik bukan

sekadar analogi cuma.

TAMAT

Sesungguhnya An-Nar itu haram

dimasuki oleh orang-orang yang

ihklas kepada Allah

sebagaimana Sabda Nabi

Muhammad SAW :

’sesungguhnya Allah

menolong umat ini

dengan adanya kaum

yang lemah di antara

mereka, dengan doa

mereka, dengan solat

mereka, dengan

keikhlasan yang ada

pada mereka.’’.

(HR An Nasa’i)


4

ARTICLE

OLEH: DR. SHEAL VALAKSHEMI PALANIAPPAN

UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS IPOH

THE IMPORTANCE OF

IMPLEMENTING

MULTICULTURAL

PRACTICES IN EARLY

CHILDHOOD EDUCATION

IN MALAYSIA.

….continuetion from Series 1/2020

The Need for Multicultural

Education in Early Childhood

Programs

Malaysia as a new industrial country

is increasing the numbers of

immigrants. Recently, there are many

immigrants came to work in Malaysia

from all over the world. Besides that,

as an education hub, Malaysia also

encourages students from overseas to

further studies in Malaysia. Some of

them came with their family. These

situations had changed the ethnic

communities in Malaysia. In primary

school, we can see few overseas

students learn together with local

students in the same classroom. This

is a new phenomenon in Malaysia’s

school. According to the new school

environment, Malaysian education

and schooling practice need to

enhance social integration among

these various ethnic groups beyond

mere physical integration, and intends

to eliminate social prejudice and

discrimination. Multicultural

education in Malaysia will successful

if the education system can provide an

opportunity for students of different

ethnics groups to interact with each

other. The education system should

bring all ethnic groups together will

lead to cross-racial contact, lead to

better understanding of other races

and promote greater social tolerance

and interaction.

The Impact of a Multiethnic Society

on Early Education in Malaysia,

ethnic composition is one of the

forces that influence and shape

politics, economics, educational

policies and environment. The politics

of ethnic identification among the

three major ethnic groups

(Bumiputera including Malay,

Chinese, and Indians) have resulted in

power imbalances and hierarchies

along with the various social,

educational, and economic

dimensions. Inequalities exist

between different ethnic groups.

Although Chinese make up only

one-third of the population, they

account for 70% of the country's

market capitalization. Bumiputeras

play major roles in politics and

government, but the majority of them

live in rural areas with poor living

conditions and far lower average

income and wealth than the Chinese

and Indian.

The government tried to solve this

issue by launching the so-called New

Economic Policy in 1970 to improve

Bumiputeras' overall economic and

educational status. However,

members of the minority ethnic

groups and opponent political parties

considered this policy as a positive

discrimination that favored

Bumiputera over other races

(Kuppusamy, 2006) and as a result it

generated greater interethnic

resentment (Jomo, 2004). These

power dynamics have in turn

produced the Malaysian education

and schooling system that is highly

politicized and ethnicized. Schools

vary in terms of government funding,

ethnic community support, resources

and future educational opportunities.

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

They are also used strategically by the

government and the ethnic collectives

in the social and political positioning

of these ethnic groups in

contemporary Malaysia.

Interethnic resentment is also a result

of the impact of colonialism.

Historical ties with Britain and the

British educational tradition instilled

an elitist ideology that has a great

impact on minority parents and

children in urban areas (Muthu,

2007). The parents enroll their

children in English-language schools

which are more established than

schools with other language of

instruction. They believed that

English language schools are better

than other schools. These give more

advantages for their children to gain

knowledge. The effects of colonialism

can also be seen in teacher

recruitment and qualification

(Consultative Group on Early

Childhood Care and Development,

2005). Many teachers in private urban

preschools graduated from program

overseas, especially in England and

other European countries. These

centers ground their teaching and

learning philosophy in European

traditions which in many ways may

conflict with national education

philosophy that emphasized on the

balance between intellectual and

spiritual values and beliefs of Eastern

culture (Giacchino-Baker, 2010).


An Early Education Framework

for a Multiethnic Society

Ethnic tension along with economic

and politic realities and cultural

differences indirectly affects

educational progress. The

contradictions and tension between

state ideology and ethnic minority

stances on education are rooted in the

tension between hegemony and the

multi-cultural nature of Malaysian

society (Jamil, 2010). However, the

challenge comes when the education

becomes an ethnic and political issue.

Early education in Malaysia has

expanded significantly over the past

20 years and focuses currently on

efforts to establish a world-class

educational system to equip children

with the skills that they will need to

meet the challenges of the twenty-first

century. The government had

developed programs and initiatives to

resolve educational issues related to

the inter-ethnic crisis. For example,

through Vision 2020, the Malaysian

government mandated the Education

Act of 1996, which requires that all

teachers must be qualified to teach

young children, establishes a national

preschool curriculum in all

preschools, and seeks to increase

enrolment in early education centers.

Vision 2020 stresses development in

terms of national unity and social

cohesion, economy, social justice,

political comprehensive and rounded

agenda for the nation to narrow the

gap between ethnicities. This is

especially critical for Bumiputera

References

1. Ramsey, P., and L. Derman-Sparks. (1992). Multicultural Education

Reaffirmed. Young Children 47(2, Jan):10-11. EJ 438 179.

2. Derman-Sparks, L. “Anti-Bias, Multicultural Curriculum: What is

Developmentally Appropriate?”

3.Derman-Sparks, L. “What If All Kids Are White?:Anti-bias

Multicultural Education With Young Children And Families (Early

Childhood Education Series)”

4. Banks, J. A. (2004). Multicultural Education: Historical

Development, Dimensions, and Practice. New York: Macmillan

5. Moore. (2004). Giving children global views. Early Childhood Today,

18(3)40.

6. Najeemah, M. Y. (2005). Multicultural Education Practice Among

Teachers in National Secondary Schools: A Case Study in Kedah.

Educators and Education Journal, 20, 97-112.

7. Gollnick, D. & Chinn, P. (1990). Multicultural Education in a

Pluralistic Society (3rd ed.). New York: Macmillan.

8. Jamil, H. (2010, January). Historical overview of Malaysia's

Experience in Enhancing Equity and Quality of Education: Focusing

on Management and Mediation of Multiethnic Issues. Africa-Asia

Experience Sharing Seminar: Efforts towards Improving the Quality of

Education, Accra, Ghana.

9. Jomo, K. S. (2004). The New Economic policy and Interethnic

Relations in Malaysia. United Nations research institute for social

development. Paper no, 7, PP-ICC-7. 2004 Geneva.

who is the majority of the ethnic but

only owns less than 30% of the

country’s wealth. Providing a national

education is one of the means by

which redistribution of wealth across

the ethnic groups is to be fulfilled.

The programs in the Vision 2020

hopefully will provide Bumiputera

children a headstart to a quality early

education to compete with Chinese

and Indians who are already far ahead

in the race.

Under the Child Care Act, the

Department of Social Welfare is

providing intervention programs for

young children through Child and

Maternal Clinics. These services

provide educational assistance to the

children from low income families to

better prepare their children with

skills they need to improve

educational attainment and to

promote quality life. In this respect,

educational equality can be one of the

ways to narrow the educational gaps

between majority and minority groups

and consequently will create harmony

and resolve inter-ethnic issues.

Through a campaign called

PERMATA (Every child is precious as

a jewel), the government hopes to

create awareness among Bumiputera

parents and families of the importance

of early education and care for young

children (Jamil, 2010). Contrary to

the minority parents, many

Bumiputera parents lack of

commitment to the importance of the

early education for their children. As

the results their children have

minimal attainment in educational

preparation to compete with minority

children later in the job markets

(Muthu, 2007). The government

hopes that these programs would

address the issue of educational

opportunity and equality among

ethnic groups which in reality is the

issue of the economic disparity.

Therefore, it is imperative for positive

inter-ethnic relations that education

should be based on equality and

opportunity of all ethnicities. Based

on this premise, educational agenda

appears to be not only a critical

element in solving the inter-ethnic

crisis but also can be used as a spring

board to the national unity.

Conclusion

The Ministry of Education should

take the lead to develop national

teaching and learning standards that

incorporate components from the

languages and cultures of different

ethnic groups to address the issues of

differences in curriculum, instruction,

and teacher preparation. The

government also needs to recognize

Malaysia's multi-ethnic society as

intellectual capital for the country by

using multiple languages as media of

instruction in schools. This policy

seems to be an important means for

satisfying minority ethnic groups'

desire and needs for equality and

equity in education.

10.Kuppusamy, B. (2006). Racism Alive and Well in Malaysia. Asia

Times Online.

11. Muthu, R. (2007, July 12). The National Unity-Inter-Ethnic and

National Unity is Still the Top Priority for Its Citizen. The New Strait

Times, p.3.

12. Lynch, E. & Hanson, M. (Eds.) (1998). Developing Cross-Cultural

Competence: A Guide for Working with Children and Their Families

(2nd ed.). Baltimore: Paul H. Brookes.

13. Glover, A. (1996). Children and Bias. In B. Creaser & E. Dau (Eds.).

The Anti-Bias Approach in Early Childhood . Sydney: Harper

Educational

14. Ministry of Education, (2005). Garis Panduan Pendidikan

Prasekolah [Curriculum Guide for Preschools]. Kuala Lumpur,

Malaysia: Curriculum Development Center.

15. Giacchino-Baker, R. (2001). New perspectives on Diversity:

Multicultural Metaphors for Malaysia. Multicultural Perspectives, 2(1),

8-13.

16. Nik, A. H., Nik, S., Sahari, M. & Marzuki, A. (2003). Inter-group

Relations and Its Challenges in Multicultural education: a case

study of the International Islamic University Malaysia. Proceedings of

the International Conference on Globalization and Multicultural

Perspective in Education, Penang, Malaysia, 3-4 Dec. 2003.


6 ARTIKEL

OLEH: PN. SITI HAYATI HJ MOHD YUSOFF

UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL,

JABATAN SAINS SOSIAL, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

….Sambungan dari Siri 1/2020

Melalui ‘frame’ Bahagian 1,

penulis berpendapat dua orang gadis

kecil yang dipaparkan ialah anak

kepada lelaki tua itu, jadi penulis

bersetuju dengan buku “Masterpieces

from the National Art Gallery of

Malaysia” yang menyatakan, “The

old man is shown sleeping, talking to

his grand children, watching

television, staring at a wall and lying

sick on a mattress”.

Pada pandangan penulis

inilah gambaran pelukis yang

menunjukkan kemungkinan ketika

lelaki tua itu pulang dari bekerja, dia

akan disambut oleh dua orang anak

perempuannya. Wajah kedua-dua

anak perempuan itu menunjukkan

reaksi biasa sahaja. Reaksi sebegini

mungkin disebabkan layanan yang

kurang mesra yang ditunjukkan oleh

si bapa terhadap mereka. Kelihatan

tangan lelaki tua itu seolah-olah cuba

untuk menggapai kedua-dua anak

perempuannya. Ini membawa

kemungkinan bahawa lelaki tua itu

begitu merindui saat itu jika berulang

kembali.

Kenyataannya, dalam situasi

sebenar lelaki tua itu hanyalah

merenung dinding sahaja. Kehampaan

ini ditunjukkan di Bahagian 2 di mana

dia memegang kepalanya yang

menyatakan bahawa terdapat

kekesalan di hatinya dan situasi itu

sudah pasti tidak akan berulang

kembali.

Bahagian

3

Bahagian

3

Bahagian

3

Dalam ‘frame’ Bahagian 3,

digambarkan lelaki tua tersebut

sedang santai menonton televisyen

bersama keluarganya iaitu bersama

isteri dan dua orang anak

perempuannya. Gambaran lelaki tua

itu menikmati saat-saat tersebut dapat

dilihat melalui imej dia menongkat

dagu, mengenangkan kembali

saat-saat tersebut. Dan akhirnya

berbalik juga keadaannya pada imej

lelaki tua di Bahagian 2, di mana

beliau menyedari bahawa saat-saat

gembira seperti itu tidak mungkin

akan berulang kembali dalam

hidupnya.

Dalam keadaan baring

terlentang, lelaki tua itu hanya

mampu memandang siling rumah

tersebut. Memikirkan apa akan

terjadi seterusnya. Mungkin perlu

diteliti beberapa objek kecil yang

terdapat di sisi lelaki tersebut. Objekobjek

ini menggambarkan betapa dia

rindu akan keadaan sebelumnya.

Objek-objek itu terdiri

daripada bola kecil permainan kanakkanak

dan sebuah bingkai gambar

yang berkemungkinan gambar

keluarganya. Secara realitinya,

gambaran Bahagian 2 adalah sutuasi

sebenar lelaki tua tersebut yang

terbaring di atas tilam nipis bercadar

berwarna coklat sedang merenung

siling seolah-olah meramal masa

depannya yang kabur dan

berseorangan menghabiskan sisa

kehidupannya. Tempat lelaki tua itu

sebenarnya hanya sebuah bilik sempit

yang hanya mempunyai sebuah

tingkap sahaja sebagai agen

pengaliran udara.

Perhatikan juga dua orang

wanita yang sedang melihatnya di

tingkap. Pada pandangan saya keduadua

wanita tersebut ialah anak

perempuannya yang hanya sanggup

memandang bapa mereka tanpa dapat

mengambil tindakan sewajarnya.

Walaupun masih ada rasa simpati

(melihat keadaan bapa secara

sembunyi) namun tiada apa-apa


tindakan dapat mereka lakukan.

Berkemungkinan, kedua-duanya telah

berkahwin dan mempunyai komitmen

terhadap keluarga masing-masing

atau berkemungkinan juga sebagai

akibat kepada sikap bapa yang kurang

memberi tumpuan kepada anak

perempuan semasa mudanya.

Warna yang digunakan dalam

catan ini adalah warna kuning dan

warna coklat kemerah-merahan.

Warna sebegini boleh mendatangkan

‘mood’ sedih kepada audiens. Warna

kuning yang digabungkan dengan

warna coklat kemerah-merahan,

dalam realiti kehidupan, warna-warna

sebegini hanya kelihatan pada waktu

senja sahaja. Penggunaan warna ini

oleh Wong Woan Lee melambangkan

usia tua lelaki tersebut yang telah

menghampiri waktu – waktu

terakhirnya dalam kehidupan.

Warna

sebegini

mengingatkan penulis kepada

catan-catan zaman Romantisme di

mana penggunaan warna ketika itu

tidaklah semeriah pada masa kini.

Kesuraman warna pada aliran

Romantisme ini menggambarkan

perjuangan dan penderitaan hidup.

Nampaknya maksud ini boleh

digunapakai bagi hasil karya Wong

Woan Lee yang menunjukkan

penderitaan hidup lelaki tua itu.

Jalinan yang terdapat dalam

catan ini dilukiskan begitu teliti. Cuba

lihat kain alas tilam yang berkedutkedut

itu. Lukisan alas tilam ini begiti

teliti di mana jalinan yang dibuat

menunjukkan kepekaan pelukis

terhadap keadaan kehidupan harian.

Begitu juga dengan figura-figura yang

ditunjukkan. Semuanya menyerupai

figura sebenar tanpa penambahan atau

pengurangan kecuali lelaki tua itu

digambarkan tersangat kurus sehingga

menampakkan tulang-tulangnya

seperti tulang rangka dan tulang

belakang.

Renungan bersama:

Aspek Penilaian ( evaluation )

Dalam ‘Someone Forgotten’

Dari sudut penilaian karya, ‘Someone

Forgotten’ memenuhi kehendak asas

seni reka di mana aspek-aspek unsurunsur

seni dijalin indah bagi

menghasilkan sebuah karya yang

sarat dengan keindahan seninya

walaupun membawa tema yang agak

menyedihkan. Kesesuaian warna

dalam catan ini memberikan impak

kesedihan kepada audiens.

Dari aspek ekspresif pula,

catan ini dengan mudah dapat

menarik minat audiens untuk

menyaksikannya. Walaupun dalam

catan ini terdapat beberapa ‘frame’

bahagian-bahagian, namun secara

amnya tema dan persoalan catan ini

mudah difahami. Ini kerana pelukis

membawa aliran Realisme iaitu

melukis dari sudut kehidupan sebenar.

Oleh itu, audiens dengan mudah

memahami perasaan kesedihan lelaki

tua itu ditambah dengan mainan

pewarnaan yang berkesan

mewujudkan ‘mood’ sedih di hati

audiens.

Dari sudut instrumentalisme

pula, dapat dinilaikan bahawa karya

ini amat berkesan dalam mengkritik

cara hidup sesebuah masyarakat

terutama masyarakat Cina yang

begitu mementingkan anak lelaki

berbanding anak perempuan. Begitu

juga penting bagi seseorang anak

untuk menilai tanggungjawab mereka

terhadap penjagaan ibu bapa ketika

masa tua mereka.

Bukan sekadar menjadi

penonton terhadap nasib yang dialami

oleh orang tua itu. Kadang-kala anakanak

lebih suka lepas tangan dalam

isu penjagaan ibu bapa pada usia

sebegini. Bagi ibu bapa yang telah

berkorban untuk keluarga mereka

pastinya tidak mengharapkan

penyudah hidup sedemikian rupa.

Kecintaannya kepada keluarga

sentiasa membuatkan kenangan

tersebut tidak mudah padam dari

ingatan mereka. Bagi anak-anak pula,

jangan begitu mudah meletakkan

penjagaan ibu bapa di rumah-rumah

kebajikan dan hanya datang

menjenguk dari kejauhan untuk

memastikan mereka masih lagi hidup.

Hasil karya Wong Woan Lee

ini banyak menyindir generasi baru

yang memandang mudah terhadap

aspek-aspek penjagaan ibu bapa yang

telah tua.

Kesimpulan

Secara amnya, para pelukis juga

memainkan peranan penting dalam

menjunjung nilai-nilai murni yang

perlu diserapkan dalam masyarakat.

Hasil karya sebegini merupakan satu

anjakan paradigma dari satu cara

berfikir untuk menyelesaikan masalah

kepada tanggungjawab untuk

menyelesaikan sesuatu isu yang

menghimpit masyarakat kini.

Para pelukis muda Malaysia

kini mula menunjukkan kritikan

mereka terhadap masyarakat melalui

karya-karya yang mereka hasilkan. Ini

menunjukkan bahawa angkatan

pelukis muda lebih jujur dalam

menyampaikan isu-isu yang

melibatkan amalan budaya sesebuah

masyarakat. Amatlah dialau-alukan

para pelukis dapat menyampaikan

idea dan kritikan yang membina

dalam setiap hasil karya mereka.

JANGANLAH kamu fikir KAMU BERJAYA hari

ini kerana HEBATNYA DIRI KAMU.

SEBENARNYA kamu TIDAK ADA APA-APA

jika bukan BERKAT DOA IBU BAPA...


8

ARTIKEL

OLEH: EN. AMIR BIN HASSAN

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

CORONAVIRUS

ANTARA

HIKMAH DAN

SUNNAH

Penularan wabak coronavirus pada awal Januari 2020 telah

menggemparkan dunia dengan berita peningkatan jumlah

mangsa yang maut di bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China.

Wabak coronavirus yang telah melanda penduduk Wuhan

sejak bulan Disember 2019 dikatakan sangat berbahaya

kerana boleh menyebabkan kematian melalui jangkitan

saluran pernafasan dan paru-paru. Jumlah keseluruhan kes

setakat 2 Februari 2020 adalah sebanyak 14, 545 dan

melibatkan sebanyak 24 negara dengan kematian sebanyak

304 orang secara keseluruhan.

Apa itu coronavirus?

Coronavirus atau lebih dikenali

dengan singkatannya CoV juga

mempunyai nama lain iaitu

‘2019nCoV’ adalah sejenis virus yang

berbahaya dan sekumpulan dengan

jenis koronavirus yang lain seperti

MERS-CoV dan SARS masingmasing

berlaku pada tahun 2012

hingga 2013 dan pada tahun 2003.

Virus 2019nCoV juga adalah sejenis

virus yang mirip yang terdapat pada

haiwan seperti ular dan kelawar.

Kumpulan virus ini dikatakan

sangat berbahaya dan memberi

ancaman kepada nyawa manusia.

Middle East Respiratory Syndrome

atau MERS yang telah menjadi isu

pada tahun 2012 di negara Arab Saudi

telah merebak ke negara lain

mempunyai risiko untuk memberi

penyakit kepada mangsa. Virus severe

acute respiratory syndrome atau SARS

yang melanda negara kita pada tahun

2003 juga menjadi satu kebimbangan

besar buat masyarakat pada masa itu

kerana ia adalah satu penyakit

berjangkit yang berbahaya dan

berisiko tinggi. MERS dan SARS

adalah dua contoh coronavirus yang

lebih berbahaya dan berisiko untuk

membawa maut kepada manusia.

Daripada jumlah keseluruhan

kes, seramai 14,411 kes yang

melibatkan warganegara China dan

telah mencapai angka kematian

sebanyak 304 nyawa setakat Februari

2020. Justeru, banyak bandar di China

yang telah dikuarantin untuk

mengelakkan penyebaran virus

sehingga mencapai 17 buah bandar

termasuk bandar Wuhan dan

melibatkan 56 juta penduduk dikuar

antin. .Namun begitu, risiko kematian

disebabkan coronavirus ini adalah

sangat rendah iaitu hanya 3%.

Walaupun virus ini telah dikesan di

Malaysia bermula dengan 3 kes

jangkitan dari warganegara China

dan 5 kes dari kontak rapat sehingga

akhir bulan Januari 2020 kes ini kekal

sebanyak 8 kes positif sahaja dan tiada

peningkatan kes berlaku.

Apakah punca penularan wabak

coronavirus ini?

Menurut Namri Sidek (25 Jan 2020) di

dalam artikel iluminasi sosial, pada

12 Disember 2019, Wuhan Municipal

Health Commission (WMHC)

melaporkan berkenaan 27 kes

pneumonia yang mana masing-masing

mempunyai persamaan iaitu setiap

pesakit pernah mengunjungi pasar

basah Huanan yang berada di wilayah

tersebut yang turut menjual dagingdaging

mentah. Kesemua pesakit diuji

dengan ujian MERS, SARS dan

influenza sebelum World Health

Organization (WHO) berjaya

membuktikan terdapatnya novel

koronavirus, virus yang tidak pernah

dijumpai sebelum ini dalam setiap kes

berdasarkan sampel virus yang diambil

dari salah seorang pesakit.

Beliau juga menyatakan

dengan siasatan yang telah dilakukan

di pasar basah Huanan, punca utama

penyebaran virus itu telah dikesan.

Pasar basah Huanan sangat aktif

dengan penjualan haiwan eksotik yang

hidup untuk dijadikan makanan serta

tidak asing lagi dengan kelaziman

masyarakat China dalam mencipta

ubatan menggunakan haiwan eksotik

tersebut. Antara haiwan yang dijual di

pasar basah tersebut adalah ular,

kelawar, katak, landak dan arnab yang

dipercayai pembawa coronavirus yang

melanda kebanyakan negara.

Kajian yang telah dilakukan

oleh pasukan penyelidik dari China

terhadap mangsa yang telah maut

menunjukkan bawaan Virus 2019

nCoV ini adalah daripada gabungan

sejenis virus daripada ular dan

kelawar. Namun kenyataan ini dibidas

oleh pakar-pakar virus dan genetic

seluruh dunia. Dr Edward Holmes

yang merupakan pakar kajian virus

menyifatkan keputusan kajian itu tidak

benar kerana dilakukab dalam keadaan

terburu-buru dan gagal mengambil

kira banyak faktor lain.Ini berdasarkan

ketiadaan rekod bahawa haiwan yang

berdarah reptilia sejuk seperti ular

mampu menjadi pembawa kepada

mana-mana jenis coronavirus apatah

lagi menjangkitkannya kepada

manusia. Menurutnya, coronavirus

hanya mampu menjangkiti haiwan

mamalia sahaja. Sehingga kini punca

sebenar wabak ini menular masih

belum dikenalpasti.


Pemilihan Makanan yang

Bagaimanakah Sepatutnya Diambil

oleh Manusia?

Sudah tentu pemilihan makanan yang

sihat, bersih dan halal yang sepatutnya

menjadi pilihan untuk setiap manusia.

Sesuatu makanan perlulah memiliki

sifat-sifat makanan yang boleh dan

harus dimakan sebagai contoh

makanan itu mestilah berasal dari

makanan yang bersih, berkhasiat, dan

tidak memudaratkan manusia. Ciri-ciri

makanan yang boleh diambil ini telah

dititikberatkan d idalam Islam. Antara

ciri-cirinya adalah makanan tersebut

mestilah halal yang mana makanan

tersebut tiada dalil yang

mengharamkannya, makanan itu

bersih sama ada dari segi

penyediaannnya dan penghasilannya,

makanan tersebut juga tidak memberi

kemudaratan kepada manusia seperti

tidak mendatangkan penyakit dan

tidak memudaratkan manusia untuk

melakukan aktiviti harian. Makanan

halal juga diberi tumpuan dari aspek

binatang yang halal untuk dimakan

dan disembelih dengan nama Allah

serta ianya bukanlah tumbuhan yang

beracun.

Walaupun sumber makanan

tersebut tidak digunakan sebagai

makanan yang dimakan malah untuk

dijadikan ubat ianya tetap memerlukan

sumber yang halal dan bersih. Ini

kerana sesetengah sumber makanan

yang tidak bersih akan memberi kesan

negatif terhadap kesihatan seperti

kanser, penyakit saraf atau arthiritis.

Penyakit yang serius ini datangnya

daripada ketidakprihatinan masyarakat

terhadap kebersihan makanan dan cara

penyediaan makanan. Jika masyarakat

memandang enteng terhadap perkara

berikut ia boleh membawa kepada

kematian.

Menurut Kementerian

Kesihatan Malaysia, salah satu

daripada lima panduan makanan

selamat ialah asingkan makanan yang

mentah daripada yang sudah dimasak

serta perlu dimasak dengan cara yang

betul. Hal ini kerana makanan yang

mentah seperti daging, hasil ayam,

ikan atau makanan laut serta air

lelehannya mempunyai kuman

berbahaya yang berisiko untuk

memberi penyakit jika tidak diuruskan

dengan betul seperti mencucinya

dengan bersih dan memasaknya

dengan sempurna agar bakteria dan

kuman yang berbahaya di dalamnya

dapat dihapuskan.

Sikap sambil lewa dalam

penyediaan makanan amat dilarang

dalam agama Islam. Hal ini terbukti

kerana larangan yang telah ditekankan

dalam agama Islam akan memberi

kesan buruk jika ianya dilakukan.

Agama Islam mengajar penuntutnya

dalam setiap sekecil kecil perkara

sebenarnya mempunyai hikmah dan

maksud di sebalik sesuatu.

Antara hikmah bagi memilih

makanan yang memenuhi syarat-syarat

halal adalah yang menjamin

kesihatan tubuh badan. Islam

menitikberatkan hal ini agar

manusia memakan makanan

yang tidak memudaratkan diri

mereka termasuklah untuk

penjagaan kesihatan badan

daripada makanan yang

dimakan. Oleh itu, jika kita

telah memilih makanan yang

berzat dan berkhasiat

hendaklah pula melihat kepada

cara penyediaannya yang suci dan

bersih mengikut hukum syarak.

Makanan seperti kelawar dan ular

adalah haram di sisi Islam kerana ia

tidak memberi khasiat serta

memudaratkan manusia yang

memakannya kerana terdapat risiko

jangkitan kuman atau bakteria yang

mungkin lebih berbahaya untuk

keadaan badan manusia tetapi sesuai

untuk keadaan haiwan.

Seterusnya, pemilihan

makanan yang baik adalah untuk

memelihara kewarasan akal manusia

agar tidak mendapat tiga bahaya besar

kepada diri manusia. Yang pertama,

makanan tersebut akan mempengaruhi

jiwa pemakannya, apa yang dimakan

oleh seseorang manusia akan

mempengaruhi dirinya dengan

menjadikan hatinya keras serta tidak

gemar untuk melakukan kerja-kerja

kebaikan dan kebajikan. Yang kedua,

doa pemakan makanan haram tidak

akan diperkenan oleh Allah dan yang

terakhir, pemakan makanan yang tidak

halal akan diseksa dengan azab api

neraka Allah di akhirat kelak. Hal ini

dibuktikan dengan firman Allah

didalam Surah Al-Baqarah ayat 173.

Selain itu, pengambilan

makanan yang baik dan tidak

memudaratkan akan membina dan

membentuk peribadi mulia seperti

yang diterapkan di dalam Islam.

Pengambilan makanan sunnah yang

telah diajar oleh utusan-Nya iaitu Nabi

Muhammad SAW mempunyai

pelbagai manfaat dan khasiat seperti

buah kurma, kismis, madu, susu,

minyak zaitun, buah tin dan

habbatussauda yang sudah tentunya

halal lagi baik untuk setiap manusia.

Makanan-makanan sunnah seperti

yang disebut memberi kesan seperti

membantu meningkatkan fungsi otak,

mengurangkan tekanan, melancarkan

peredaran darah, menguatkan jantung

dan menerangkan hati dan sebagainya.

Corak pemakanan yang salah dan tidak

sihat mampu memberi kesan buruk

kepada kesihatan badan manusia.

Banyak dalil di dalam

al-Quran yang menyebut tentang

kelebihan pengambilan makanan

sunnah selain makanan yang sihat dan

berprotein seperti ikan, ayam, udang,

sayuran, buahan, dan kekacang. Di

dalam agama Islam juga diajar cara

atau adab sebelum, semasa dan selepas

pengambilan makanan. Salah satu

contoh adab sebelum makan yang

berkait rapat dengan kebersihan

makanan dan mesti diamalkan adalah

membasuh tangan sebelum makan,

dengan mencuci tangan sebelum

mengambil apa-apa makanan dapat

mengelakkan manusia daripada

kotoran yang terdapat pada tangan

serta dapat mengelakkan penyakit

yang berpunca daripada kotoran

tersebut. Selain itu, tidak bernafas

ketika minum dan menjauhkan mulut

daripada tempat minum serta tidak

meniup makanan. Hal ini kerana

hembusan nafas daripada mulut akan

menghasilkan karbon dioksida dan

mencemarkan minuman serta makanan

yang ditiup. Begitulah betapa

Rasulullah SAW amat menekankan

pengambilan makanan dan minuman

yang mengikut syariat serta adab-adab

yang perlu dilakukan dan diamal oleh

setiap manusia.


Nabi Muhammad SAW

mengamalkan corak pemakanan yang

sihat serta penjagaan kebersihan dalam

semua perkara agar perkara yang tidak

diingini berlaku seperti penyakit

berjangkit. Gaya hidup baginda

seharusnya menjadi teladan dan

contoh supaya manusia terhindar

daripada sebarang penyakit. Justeru,

agama Islam mengajar umatnya untuk

menuntut ilmu dan belajar setiap

perkara yang telah disampaikan oleh

Allah kepada utusan-Nya Rasulullah

SAW. yang menjadi teladan kepada

umat Islam dalam pelbagai perkara

sehinggakan sekecil-kecil perkara

yang dianggap remeh seperti

pemakanan dan penjagaan kebersihan

juga tetap diajari dalam Islam. Ini

mengukuhkan lagi kata Islam adalah

agama yang sempurna untuk seluruh

umat manusia di muka bumi.

Isu Coronovirus mengajak kita

untuk berfikiran sejagat dengan

mengambil cara pemakanan yang

bukan sahaja halal malah memberi

kebaikan kepada diri manusia

bukannya kemudharatan. Apakah

menjadi satu kesalahan yang besar

sekiranya kita mengamalkan prinsip

dan adab pemakanan yang diajar oleh

Islam sedangkan ia memberi kebaikan

kepada semua manusia walaupun

seseorang individu itu tidak berpegang

dengan ajaran Islam? Apa yang telah

diajari oleh agama Islam tidak

semestinya untuk penuntut agama

Islam sahaja. Malah ianya adalah satu

ilmu yang perlu diamalkan oleh semua

individu di muka bumi ini. Setiap yang

menjadi larangan dalam agama Islam

pasti mempunyai hikmah, kelebihan

dan tujuan sebenar untuk semua umat

manusia yang menetap di bumi.

Keadaan yang membimbangkan

seluruh negara tentang penularan

wabak yang berbahaya ini telah

menjadi satu titik tolak kepada semua

insan dan meningkatkan kesedaran

manusia untuk menjaga kebersihan

tidak kira agama, bangsa dan negara.

RUJUKAN

https://iluminasi.com/bm/

apakah-punca-sebenar-terciptanyacoronavirus-di-china.html

Lima Panduan Makanan Yang

Selamat, Bahagian Keselamatan dan

Kualiti Makanan, Kementerian

Kesihatan Malaysia, 2011. Portal

rasmi kementerian kesihatan Malaysia

Ummu ‘Abdillah (2009), Adab

Makan Minum Cara Nabi, Terbitan

Al-Hidayah Publication

10

SAJAK

OLEH: EN. NORIZMAN BIN IDRIS

JABATAN PERANCANGAN PENYELIDIKAN

& INOVASI, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

C VID 19

Segak bergaya pergi beraya

Singgah sebentar di rumah Cik Limah

Wabak Covid 19 amat berbahaya

Asingkan diri duduk saja di rumah

Kupilih beras kubuang antah

Terkejutkan lipas kucabut lari

Arahan kerajaan jangan dibantah

Jangan menyesal di kemudian hari


11

SAJAK

OLEH: DR. HJH. NORADZIMAH BT. ABDUL MAJID

JABATAN SAINS & MATEMATIK

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

PUISI

BUAT

BONDA

TERCINTA

Nun di kejauhan sana

Ku terbayang susukmu bonda

Kurus, cengkung dan lelah di usia tuamu

Lemah dan tak berdaya..

Bonda.....

Saat aku menginjak dewasa

Kau sentiasa berada di sisiku

Kau titipkan kasih sayangmu dengan tangan

kecilmu tanpa putus asa

Menyayangiku tanpa batas, mendampingi di

setiap kisahku

Semua letihmu itu tulus,

tanpa mengharapkan apa-apa.

Seberapa pun sakitnya kau tetap penuh cinta

Merawatku, membesarkanku, mendidikku..

Hingga aku menginjak dewasa.

Kuatnya kasihmu bonda…

hingga syurga pun tunduk di telapak kakimu

Bonda....

Beredar bintang dan bulan pada lintasnya

Hari demi hari, waktu bergulir dalam takdirnya

Aku kini di sini bonda....

Setelah mengharungi semua momen masa

dengan pelbagai peristiwa..

Bonda...

Dalam menginjak kedewasaan

Kau bintang yang menerangi

di waktu gelap gelita..

Kau laksana embun pagi yang

menyejuk dan mendamaikan..

Kau bagaikan semilir angin yang menenangkan..

Kau umpama mentari yang

selalu menghangatkan ..

Kau pengubat lukaku tatkala aku kesedihan

Kau pencetus semangatku takkala

aku hampir jatuh

Begitu besar jasamu bonda...

Aku ingin membalasnya dengan cinta dalam

semua waktu dan ketika

Aku ingin menemanimu dalam usia tuamu..

Aku ingin berbaring di pangkuanmu,

mengadu tentang hari-hari lelahku,

Aku ingin bermanja denganmu seperti dulu

Namun, maafkan aku bonda

Sekiranya aku kurang mendampingi

Sekiranya aku tak bisa membalas

semua cintamu..

Kerana aku punya dunia kecilku yang

perlu dipenuhi

Dengan penuh tanggungjawab..

Bonda..

Semalam aku datang

Dengan kerinduan yang amat dalam terhadapmu

Hening pagi menggamitku dengan

rasa penuh gembira

Awan berbalam-balam dengan

mentari yang menyinar riang

Langit berlari riang penuh cahaya dan cinta

Hingga sore pun begitu cemburu…

sebelum beranjaknya malam

Melihat indahnya senyuman bonda

Menyambutku dengan riang..

Sama seperti senyummu dulu..

Namun bonda...

Akun tidak boleh berlama-lama

Aku perlu teruskan usaha mu bonda..

Dalam mendidik anak-anakku seperti

mana kau mendidikku dulu

Saat berpisah airmataku gugur..

Aku takut ini pertemuan terakhirku denganmu..

Tuhanku...peliharalah ibuku...

Berkatilah ibuku, curahkanlah

rahmat-Mu untuk ibuku...

Jadikanlah aku anak yang tahu diri dan

dapat berbakti kepada ibuku

Seperti mana ibuku berbakti kepadaku dulu..

Terima kasih untuk semua waktu dan lelahmu....

Semoga nanti kita bisa bertemu kembali..

Bondaku sayang..


12

ARTICLE

OLEH: DR. TEH HANG LENG

JABATAN ILMU PENDIDIKAN,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Train Your Brain to Get Happy

This review is based upon a book Tranin Your Brain to Get Happy by

Teresa Aubele, Stan Wenck, and Susan Reynolds. This book is

published by Advantage Quest Publications (2012). It contains 11

chapters with introduction and conclusions.

I found this book to be very well thought out and well written. Everyone wants to

be happy yet only some managed to live a happy life. It is not the rich or the

beautiful or the smart or even those lucky people who were seemingly born happy.

The happiest people are those who have trained their brains to make them happy.

Happiness stimulates the growth of nerve connection, improves cognition, ability

to analyze and think, increase attentiveness. Happy thoughts lead to happier

thoughts. Happy people are more creative, solve problems faster and tend to be

more mentally alert. This book shows how we can harness the power of brain to

get happy and lead the joyful, adventurous, fulfilled life we always dream of.

Every thought, perception, sensation, and emotion

has an electrical and chemical component include

genes, neuronal impulses and neurotransmitters

combined to express our personality. Our emotional

responses, drives, and memories forms our habits.

The first section of the book discussed about the

neuroscience such as affective neuroscience which

is about improving and expanding our brain

functioning to quiet or counteract emotional and

behavioral problems, using the mind to improve our

brain and giving any individual the tools to create a

more fulfilling and happy life. We need to maximize

the neurogenesis to explore new avenues in

learning, and help our mind to create neurons

specific to each new task.

In the second section, the book tells about our brain

which is moldable, bendable just like ‘plastic’, and the

situations that we experience throughout our life

sculpt our brain into a unique structure built for the

individual. We are not stuck with the brain we were

born with, and we have the ability to consciously

cultivate by using our minds which parts our brain we

wish to strengthen, rewire or even regenerate.

Neuroplasticity is the ability to strengthen, weaken,

and change neural connections throughout our life.

Our brain has the ability to change and adapt

throughout our entire life and we have the ability to

use our mind in order to direct the course of

neuro-plastic change. For example, being focused

on positive, happy, hopeful, optimistic, joyful thoughts

produces chemicals that create sense of well-being,

which helps our brain function at peak capacity. “We

choose and sculpt how our ever

At the last section, the author suggests few

techniques we can use to train our brain. Hang out

with friends and family will allow our brain to release

internal endorphins that create lovely feeling, love

and trust. Having more sex creates a host of

feel-good hormonal and chemical reactions that tend

to strengthen the emotional bonds of matrimony.

When engaging in flirting, foreplay, and ultimate act,

our ventral tegmental area is spilling out dopamine

what makes us feel great, crave more and more

sensation. It also brings the sense of euphoric calm

after orgasm and is the key in relieving strss.

Laughing is the cure for blood pressure, reduces the

risk of blood clots, strengthens our immune system

and generates the release of endorphins. Learn the

art of savoring is another idea suggested by the

author seeing that our lives are so jam packed with

activity that slowing down to savor the fun times such

as the delicious tastes, enticing smells, stunningly

beautiful sights, and the good feelings they generate.

Spending some money on pleasurable or

enlightening experiences like concerts, vacations,

trips to art museums, poetry, cooking classes, yoga

workshop can make us happy. Sleep is another way

to allow our body to restore, renew and reorganize

itself. It is essential for our healthy brain functioning,

affecting genetic process, protein synthesis, and

myelin formation. A good night’s sleep gives our

entire system a boost.

Although it was long believed that only external

influences could change the brain, now we know that

this is not true. We have the ability to create,

visualize, and empathize just as powerful brain can

change the outside world. The way we think trains

our brain into thinking that way more easily and

robustly as time passes and habits form. Changing

our thinking patterns changes our brain structure,

and we can shape our brain to better life that we

design.


13

ARTIKEL

OLEH: PN. SITI KHAMARIAH RIZUWAN &

PN. SAIDATUL NADIAH SHAMSUDDIN

JABATAN SAINS SOSIAL, IPG KAMPUS IPOH

TIPS PENJAGAAN

SUTERA BATIK

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Sutera batik merupakan fabrik yang mahal dan bernilai.

Ramai dikalangan kita menghabiskan ratusan malahan

ribuan ringgit untuk memilikinya. Jadi wajarlah bagi kita

untuk menjaga fabrik sutera batik dengan baik. Reka

corak sutera batik mengambil masa yang lama untuk

disiapkan. Batik yang baik terhasil dari ketelitian,

kehalusan, pewarnaan, cuaca dan seni tangan pelukisnya.

Sutera adalah sejenis fabrik halus yang sensitif dan mudah

luntur (sinar suteranya) jika tidak dijaga dengan baik.

MEMBASUH SUTERA BATIK

Basuh menggunakan sabun atau pencuci yang disyorkan untuk sutera.

Jangan gunakan pencuci yang biasa digunakan untuk membasuh kain baju biasa.

(punca warna menjadi pudar dan luntur)

Elakkan menggunakan pelembut kain yang kuat kerana ia boleh melunturkan warna kain sutera.

Jangan dijemur terus di bawah pancaran cahaya matahari. Jemur di bawah bumbung atau bawah

teduhan.

Jangan direndam terlalu lama(warna sutera cepat luntur). Tempoh terbaik rendaman adalah

15-30 minit di dalam air suam (30-50 o C)

Elakkan dari menggunakan peluntur (akan mereputkan sutera, atau merosakkan sutera)

Bilas sutera batik menggunakan air yang sedikit berasid atau sedikit Cuka dan limau

(contoh-contoh sumber asid). Garam pula bersifat alkali. Ketiga-tiga bahan ini boleh digunakan

untuk mengubah pH air bilasan. Nisbah yang baik adalah 1 sudu : 1 baldi air.

Pelembut-pelembut kain dapat mengurangkan tugas bilasan ini untuk menjadikan sutera lebih

lembut, bersinar dan menambah seri pada warna-warna batik.

pH alkali yang terbaik adalah sekitar 6 - 8 pH. pH air yang betul dapat memastikan sutera

menjadi lembut dan bersinar.

Elakkan menyembur minyak wangi beralkohol terus pada kain sutera.

Jangan dibasuh menggunakan berus. (merosakkan urat kotoran)

Gunakan syampu bayi (3 sudu syampu : 1 baldi air).

Jangan perah kain sutera.

MENYETERIKA SUTERA

PENTING!!

Benang sutera terhasil dari ulat sutera dan ia

mengandungi protein. Satu perkara yang tidak

diketahui adalah fabrik sutera tidak boleh

bersentuh dengan spirit atau alkohol. Ini

bermakna minyak wangi mesti dielakkan

daripada terkena secara terus dengan pakaian

sutera. Adalah dinasihatkan supaya

menyembur terlebih dahulu pewangi pada

telapak tangan, dan sesudah kering barulah

disapukan pada pakaian. Semburan pewangi

terus ke atas fabrik sutera akan menjadikan ia

berkedut. Sekali ia berkedut, ia tidak mungkin

dapat diperbaiki kembali ke sifat asalnya.

1. Panaskan seterika terlebih dahulu mengikut suhu yang

dikhaskan untuk kain sutera. Kelembapan yang ideal untuk

diseterika adalah apabila fabrik yang dibasuh itu kering

kira-kira 80%. Ini kebiasaannya mengambil masa kira-kira

2 jam selepas kain tersebut dibasuh.

2. Jika kain terlalu kering, renjiskan sedikit air pada fabrik

sehingga ia menjadi lembap dan biarkannya selama 10

minit sebelum diseterika.

3. Adalah lebih baik jika anda dapat memasukkan kain sutera

anda ke dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum

diseterika.

4. Fabrik yang telah siap diseterika harus disimpan tergantung

dengan penyangkut pakaian.

5. Selubungkan ia dengan pembalut pakaian. Ia dapat

menahan serangan serangga yang gemar hinggap pada

benang sutera.


14

ARTIKEL

OLEH: TN HAJI MAZLAN BIN AHMAD

PENSYARAH BMK & PEMANAH IPG KAMPUS IPOH

JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

TERAPI MEMANAH

BAGAIMANA TERAPI MEMANAH MEMBANTU

MURID FOKUS DALAM PEMBELAJARAN

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka fokus

bermaksud titik dalam sistem optik tempat sinar

bertumpu atau sinar bercapah.Ini dapat dikaitkan dengan

aktiviti memanah. Maksud memanah pula adalah satu

hujung yang tajam dilepaskan daripada busar kepada

sasaran.Oleh kerana itu terapi memanah dipilih untuk

melatih murid fokus dalam melaksanakan sesuatu perkara

terutamanya dalam pembelajaran.

Terapi ini dimulakan dengan niat.Dalam melaksanakan

tugasan sebagai seorang pelajar mereka perlu ada niat.

Niat utama dalam pembelajaran adalah untuk

mendapatkan ilmu. Dengan menggunakan terapi

memanah, seseorang murid perlu fokus kepada

niatnya.Sebelum melepaskan anak panah ke sasarannya

pelajar tersebut perlu ada iltizam untuk mencapai Bulls

eyes(tepat) kesasaran.Begitu juga dalam menghadapi

pembelajaran.Murid perlu fokus kepada pembelajaran

yang disampaikan oleh guru mereka. Guru memainkan

peranan penting dalam memastikan pengajaran yang

disampaikan diterima oleh murid tersebut.Murid pula

perlu memainkan peranan penting dalam sesi

pembelajaran tersebut dengan membuat ulangkaji dan

persediaan yang cukup.

Melalui terapi memanah murid dilatih untuk

menjalankan aktiviti sunnah dalam memanah kerana

melalui memanah murid akan mendapat kekuatan. Ini

berdasarkan Hadis Nabi S.A.W dari Uqbah bin Amir

radhiallahu anhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah

shallallahu alaihi wasallam bersabda di atas mimbar yang

bermaksud :

“Persiapkanlah semua

kekuatan yang kalian miliki.

Ketahuilah sesungguhnya

kekuatan itu adalah

memanah, ketahuilah

sesungguhnya kekuatan itu

adalah memanah, ketahuilah

sesungguhnya kekuatan itu

adalah

memanah.”

(HR. Muslim no. 1917)

Bersandarkan hadis tersebut dapat kita rungkaikan

bahawa melalui memanah murid tersebut dapat

menguatkan daya fokus dalam aktiviti minda dan

kekuatan fizikal mereka di samping tunjuk ajar daripada

seorang guru atau jurulatih memanah . Murid boleh

mengenalpasti gangguan semasa belajar dan berbincang

dengan guru mengenai kaedah mengurangkan masalah

gangguan semasa belajar.

TERDAPAT BEBERAPA KAEDAH BOLEH DIGUNAKAN

DALAM TERAPI MEMANAH UNTUK

MENYELESAIKAN MASALAH PEMBELAJARAN

1. Semasa memanah jurulatih akan mengajar kaedah

persediaan sebelum melepaskan anak panah.

Contohnya semasa kali pertama memanah,jurulatih

akan mengajar murid cara memegang busur yang

betul. Jurulatih akan meminta murid mengulangi

kaedah pertama sehingga murid tersebut berjaya

menguasai kemahiran tersebut. Begitu juga dalam

pembelajaran. Murid perlu melakukan latihan sesuatu

subjek itu berulangkali sehingga dapat menguasai

topik yang diajar oleh guru tersebut.

2. Seorang murid perlu melepaskan anak panah

kesasarannya supaya panahannya tepat {Bulls

eyes}.Dalam mengejar kejayaan akademik, seseorang

murid perlu menetapkan matlamat dalam


pencapaiannya samada dalam UPSR,PT3,SPM atau STPM.

3. Murid perlu merancang masa yang berkualiti dalam aktiviti

memanah. Contohnya membuat jadual latihan memanah dalam

tempoh seminggu,sebulan dan setahun. Begitu juga dalam merancang

jadual waktu ulangkaji pelajaran. Murid perlu ada jadual ulangkaji

latihan peribadi seminggu, sebulan dan setahun. Kaedah ini dapat

membantu murid berjaya dalam akademik dan kokurikulum.

4. Postur tubuh sangat penting semasa memanah. Sekiranya

pergerakan badan tidak betul boleh menyebabkan kecederaan fizikal

pemanah. Dalam proses pembelajaran pula, postur juga amat penting

dititikberatkan. Duduk dengan selesa ketika belajar. Jangan

baring, menongkat dagu dengan lengan atau melentokkan kepala di

atas meja kerana semua ini akan menyebabkan pelajar akan mengantuk

dan tertidur.

5. Murid perlu memberikan kata-kata positif kepada diri sendiri

supaya sentiasa fokus dalam aktiviti memanah atau dalam mengejar

cita-cita. Setiap hasil yang kita inginkan perlu dilakukan dengan usaha

diri sendiri.Apabila ada semangat dalam diri, murid akan mudah fokus

ketika memanah atau belajar.

15 SAJAK

OLEH: DR. HAMDIAH BINTI JAILANI

JABATAN PERANCANGAN PENYELIDIKAN

& INOVASI, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

EVELINA ISLAM

Evelina Islam seindah namamu,

seindah senyumanmu,

Dirimu hadir bak mutiara suci di lautan,

Setiap hari terdengar tangisanmu,

tawamu, riangmu,

Gerak gerimu, raut wajahmu,

Menenangkan dan mencuit hatiku.

Matamu sering memandang ke ruang pintu,

Mengharapkan adanya kesempatan,

Untuk menikmati keindahan alam sekeliling,

Untuk melihat kanak-kanak lain bermain,

Untuk mengerti dan menjalani

kehidupan sebenar,

Yang penuh cabaran, keindahan,

dugaan, dan halangan,

Kerana suatu hari nanti dirimu akan dewasa.


16

ARTIKEL

OLEH: H. AHMAD BIN AHMAD RUSDI

AJIMAD AL-JAWI AL-MAKKI

JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS IPOH

PERBEZAAN FALSAFAH

PENDIDIKAN BARAT

DAN ISLAM

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

L

azim dunia hari ini lebih

memandang tinggi dan

menanggap sesuatu mengikut

perspektif Barat termasuk dalam

bidang kefalsafahan ilmu dan

pendidikan. Sedangkan untuk umat

Islam khasnya, terdapat falsafah

pendidkan sendiri yang lebih bersifat

menyeluruh (syumul). Dalam falsafah

pendidikan Barat, ilmu tidak muncul

dari pandangan hidup agama

tertentu. Ia sebaliknya sebagai

sesuatu yang bebas nilai, yang

maksudnya bebas daripada nilai-nilai

keagamaan dan ketuhanan. Ilmu

dalam peradaban Barat tidak

dibangun di atas wahyu dan

kepercayaan agama akan tetapi

dibangun di atas tradisi budaya

yang diperkuat dengan spekulasi

filosofis yang memusatkan manusia

sebagai makhluk rasional. Falsafah

Barat hanya mengutamakan

kebenaran akal dan menafikan

sumber wahyu. Inlah umumnya sifat

falsafah pendidikan Barat daripada

zaman tokoh-tokoh purba Yunani

Reneseperti Aristotle dan Plato

hinggalah ke era moden mereka sepeti

John Dewey dan Descartes.

Sebaliknya dalam falsafah Islam

membuat kebenaran akal mesti

didasari dengan kebenaran wahyu dan

sunnah (sumber naqli). Perkara ini

diberi penekanan dalam tradisi

falsafah Islam seperti yang

ditunjukkan melalui pemikiranpemikiran

tokoh-tokoh Islam zaman

berzaman daripada era Al-Ghazali,

Al-Khindi, dan Ibn Rushd hingga era

mutakhir seperti Yusof

Al-Qaradhawi, Al-Shaibani dan

Al-Ibrashi. Contohnya, pendidikan

menurut Al-Syaibani adalah bertujuan

untuk menyiapkan generasi muda

agar beriman kepada Allah dan apa

yang diwahyukan-Nya.

Berdasarkan pandangan para sarjana,

terdapat beberapa karakteristik

khusus falsafah pendidikan Islam

yang dalam falsafah penddikan Barat

tidak jelas atau tidak diberi penekanan

dan diendahkan :

Pertama, penguasaan ilmu

pengetahuan yang mana ajaran dasar

Islam mewajibkan mencari ilmu

pengetahuan bagi setiap Muslim

lelaki dan perempuan.

Kedua, pengembangan ilmu

pengetahuan yang harus

disebarluaskan oleh umat.

Ketiga adalah penekanan pada

nilai akhlak yang bermaksud ilmu

pengetahuan yang disebarkan itu

sangat terikat oleh nilai-nilai akhlak

dan memang bertujuan membentuk

sahsiah mulia manusia.

Keempat adalah pengembangan

ilmu pengetahuan hanya bermatlamat

untuk pengabdian kepada Allah dan

untuk kemaslahatan umum.

Kelima, penyesuaian pendidikan

terhadap perkembangan anak, di

mana pendidikan itu harus diberikan

kepada anak sesuai dengan umur,

kemampuan, perkembangan jiwa, dan

baka.

Keenam,

pengembangan

keperibadian yang mana tiap individu

murid dipandang sebagai amanah

daripada Allah SWT. Malahan,

ianya pula berkaitan dengan seluruh

nilai Islam, sehingga setiap anak

dapat diarahkan untuk mencapai

tujuan Islam.

Ketujuh, penekanan pada amal

soleh dan tanggungjawab, yang

maksudnya setiap anak didik diberi

dorongan untuk mengamalkan

ilmunya sehingga bermanfaat bagi

dirinya sendiri, keluarga dan

masyarakat secara keseluruhan.

Tuntasnya, jelas falsafah pendidikan

dalam Islam mempunyai ikatan

langsung dengan nilai-nilai sistem

Islam yang mengatur seluruh aspek

kehidupan manusia sesuai dengan

sifat Islam sendiri sebagai ad-diin

(cara hidup yang smpurna).

Sementara dalam falsafah Barat,

proses pembelajaran dalam

pendidikannya semata-mata bersifat

keduniaan sekularistik-materialistik.

Tujuan pendidikannya hanya untuk

memenuhi kepentingan dunia sahaja.

Mereka menekankan unsur-unsur

rasionalisme,

empirisme,

pragmatisme dan intuisi dalam

falsafah pendidikan mereka dengan

mengenepikan unsur kerohanian.

Sebaliknya, proses belajar mengajar

dalam pendidikan Islam merupakan

aktiviti amal ibadah yang berkait

erat dengan pengabdian kepada

Allah sebagai jalan mencapai

keredhaan-Nya bagi mendapatkan

kesejahteraan hidup di dunia dan

akhirat. Walaupun masih ada

persamaan antara kedua-dua jenis

falsafah pendidikan itu, iaitu dari

aspek penekanan kepada akal

(rasional) dan memandang ke

hadapan, namun cakupan unsur

ketuhanan (dalam falsafah Islam)

memberikan perbezaan yang cukup

besar antara keduanya.


17

ARTIKEL

OLEH: DR. BASKARAN KANNAN &

DR. VASUKI MUNIANDY

JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

KONFLIK OH KONFLIK

Konflik merupakan suatu elemen yang tidak dapat

dielakkan dalam kehidupan manusia sama ada di

tempat kerja atau di luar tempat kerja. Ianya tercetus

disebabkan seseorang itu mempunyai kemahuan dan

pengharapan yang sering bercanggah dengan

kemahuan dan pengharapan orang lain sama ada dari

majikan, rakan sekerja, keluarga sendiri atau individu

lain yang perlu berurus dalam kehidupan. Kewujudan

konflik boleh dikesan melalui beberapa petunjuk

seperti sikap tidak bekerjasama, percanggahan

personaliti, perbezaan matlamat, kemahiran

mendengar yang rendah, penggunaan bahasa yang

tidak betul, kurang keterbukaan semasa

perbincangan, perbezaan pendapat tentang cara kerja,

kurang kerjasama dalam kumpulan. Ada beberapa

jenis konflik. Antaranya konflik intra individu

(intrapersonal) bermaksud konflik yang terjadi pada

diri sendiri. Konflik intrapersonal ini ditimbulkan

oleh faktor-faktor pemikiran pribadi itu sendiri

seperti sikap, emosi, prinsip dan kepentingan diri

sendiri yang tidak diapat dipenuhi. Kedua konflik

antara individu (interpersonal). Ianya terjadi kerana

pertentangan antara satu individu dengan individu

lain. Konflik ini biasanya disebabkan pelbagai

perbezaan antara dua individu. Ketiga konflik

intragroup (antara kelompok). Konflik intragroup

berlaku disebabkan oleh individu-individu dalam

kelompok itu sendiri yang tidak mempunyai

persefahaman dan kesalahfahaman antara satu sama

lain. Keempat konflik intergroup (antara kelempok)

yang terjadi disebabkan adanya perbezaan ataupun

persaingan di antara dua kelompok. Kelima konflik

interorganisasi yang terjadi antara dua organisasi atau

lebih disebabkan persaingan dan perbezaan visi dan

misi dalam mengejar nama dan kekayaan organisasi

yang diwakili.

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak

bergantung kepada sejauh mana keupayaannya

mengekalkan kesejahteraan persekitaran organisasi

sama ada dalaman atau luaran. Justeru, bagi

menjamin kesejahteraan persekitaran kerja dan

kemajuan sesebuah organisasi, aspek pengurusan

konflik adalah satu kemahiran perlu dititikberatkan.

Sungguhpun konflik di tempat kerja adalah lumrah

disebabkan beberapa faktor seperti komunikasi yang

tidak berkesan, struktur tugas dan struktur organisasi

yang tidak difahami sepenuhnya namun ianya perlu

dielakkan supaya tidak menjejaskan kesejahteraan,

kehormonian, kerukunan dan kemajuan sesebuah

organisasi. Konflik yang berpanjangan dan tidak

diuruskan secara konstruktif bukan sahaja akan

memutuskan hubungan antara perseorangan malah

akan membawa kesan yang mudarat seperti

kegagalan mencapai matlamat organisasi,

kemerosotan produktiviti. Walaupun tidak ada satu

cara terbaik untuk mengurus semua jenis konflik

dalam diri dan organisasi namun pada dasarnya kita

perlu mencarai satu prinsip terbaik dalam hal ini bagi

menggela keadaan menjadi lebih mudarat. Pemlihan

pendekatan yang bersesuaian seperti menerusi

perbincangan terbuka, pengelakan, kompromi,

penambahan sumber dan sebagainya dengan keadaan

masalah yang sedang dihadapi akan menjadikan

konflik lebih berfaedah dan memberikan kesan positif

kepada semua pihak. Jadi marilah kita bekerjasama

dalam setiap aspek dalam proses kehidupan seharian

bagi mengelak berlaku konflik di organisasi demi

kesejahteraan, keharmonian dan kemajuan.


18

CERTOT

OLEH: PN. NOREHAN BINTI MUHAMAD

(NOHAN NOREHAN)

JABATAN PENGAJIAN MELAYU, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

AKU CIKGU YANG

DULU DAN SEKARANG

Tajuk: Cikgu Norehan Tidak Geli

“Benci betul kelas 5 G,” rungut Cikgu Laila yang memasuki

bilik guru. Cikgu Laila sangat geram. Buku-buku dan alat

bantuan mengajar yang dipegangnya dihempas atas meja.

Berselerak semuanya.

“Sabar, mengapa marah-marah tidak tentu pasal?” tanya

Cikgu Norehan lalu mendekatinya sambil memandang

wajah Cikgu Laila penuh kehairanan.

“Mengapa saya tidak marah dan geram? Apabila saya

buka laci, terkejut dan menjerit saya sekuat hati di kelas

tadi,” kata Cikgu Laila geram sambil mengetap bibirnya.

“Mengapa?” tanya Cikgu Norehan tidak sabar hendak

mendengar kata-kata dari Cikgu Laila.

“Membawang ke tu?” terdengar satu suara dari sudut di

bilik guru.

“Cikgu Ahmad...bagaimana saya tidak geram.

Murid-murid letak katak pisang dan cacing dalam laci,

saya menjerit dan melompat-lompat dalam kelas,

malunya diketawakan oleh murid-murid.” Cikgu Laila

menggayakan cara dia melompat.

Cikgu Norehan dan beberapa orang guru dalam bilik guru

turut ketawa dan mengusik Cikgu Laila yang memang

terkenal takut dan geli dengan haiwan dan serangga.

“Biasalah itu...murid-murid mengusik guru.” sampuk

Cikgu Zul sambil ketawa.

“Gelilah,...geli geleman sungguh...” kata Cikgu Laila tidak

habis-habis merungut marah kelas tersebut.

“Siapa punya angkara itu?. Selepas ini saya akan masuk

mengajar kelas tersebut,” kata Cikgu Norehan tidak sabar

untuk mengetahuinya.

“Siapa lagi...tiga serangkai itulah. Mani, Farhan dan Ismail.

Farhanlah ketuanya, “ lapor Cikgu Laila sambil menarik

nafas untuk meredakan kemarahannya. Dia sangat marah

kerana dia takut dan geli dengan katak pisang dan cacing.

Cikgu Norehan menuju ke kelas 5 G., dia berpura-pura

tidak tahu apa yang berlaku ke atas Cikgu Laila. Fikirannya

tertumpu kepada tiga kawan serangkai yang memang

terkenal dengan kenakalannya.

“Mana kapur dan pembaris kelas? tanya Cikgu Norehan

sambil memandang murid-murid di kelas tersebut. Mata

Cikgu Norehan juga menatap tiga kawan serangkai sambil

tersenyum.

Murid-murid lain senyap sambil tersenyum. Senyuman

yang bermakna kata Cikgu Norehan dalam hatinya.

“Di dalam laci meja guru,” kata Farhan sambil menjeling

dan tersenyum-senyum.

Semua murid dalam kelas 5 G memandang Cikgu Norehan

sambil tersengih-sengih.

Cikgu Norehan membuka laci dan memang jelas ada katak

pisang dan cacing di dalamnya. Cikgu Norehan menutup

semula laci tersebut. Murid-murid lain terdiam dan

terpinga-pinga melihat Cikgu Norehan tidak berkata

apa-apa tetapi mengeluarkan kapur daripada laci meja

guru.

”Hari ini saya hendak mengajar mengenai haiwan. Jadi

saya ambil contoh haiwan yang saya jumpa dalam laci

iaitu katak pisang dan cacing,” kata Cikgu Norehan sambil

mengeluarkan katak pisang dan cacing dalam laci

walaupun sebenarnya dia merasa geli.

“Saya tidak geli dengan katak pisang dan cacing. Saya

sudah biasa memegang katak pisang dan cacing. Saya

dilahirkan di kawasan sawah padi.” kata Cikgu Norehan

sambil memegang katak pisang dan cacing.

“Farhan, Mani, Ismail...mari sini. Mari kita belajar tentang

anggota badan katak pisang ini.” kata Cikgu Norehan.

Cikgu Norehan menyuruh Farhan memegang katak

pisang. Manakala Mani dan Ismail memegang cacing.

Farhan, Mani dan Ismail mengambil katak pisang dan

cacing menggunakan kertas.

“Tidak perlu guna kertas. Saya sendiri pun menggunakan

tangan.” kata Cikgu Norehan sambil meletakkan kata

pisang dan cacing ke tangan mereka.


Farhan kelihatan geli tetapi tetap menurut arahan Cikgu

Norehan kerana takut diketawakan oleh rakan-rakannya.

Cikgu Norehan mengajar tentang haiwan kepada anak

muridnya iaitu kelas 5 G. Cikgu Norehan menyuruh

Farhan, Mani dan Ismail meletakkan haiwan keluar kelas

selepas sesi pengajarannya. Semasa membawa katak

pisang keluar kelas, bajunya dikencingkan oleh katak

pisang itu. Farhan melompat-lompat geli kerana kotor.

Seluruh kelas sekali lagi ketawa berdekah-dekah. Wajah

Farhan merah padam menahan malu dan geram pada

rakan-rakannya.

“Lain kali jangan mengenakan orang, tidak baik dan Tuhan

akan balas perbuatan jahat kita,” nasihat Cikgu Norehan.

Cikgu Norehan memandang wajah Farhan, Mani dan

Ismail dengan pandangan mata yang tajam.

“Maafkan kami,” kata Farhan, Mani dan Ismail sambil

tertunduk.

“Pergi basuh baju itu, busuk bau kencing katak pisang dan

jangan lupa minta maaf dengan Cikgu Laila.” nasihat Cikgu

Norehan.

Ketiga-tiga murid itu bersalaman dengan Cikgu Norehan

dan berjanji tidak buat begitu lagi. Cikgu Norehan

tersenyum dan menasihati anak murid di kelas 5 G sambil

bersalaman dengan mereka.

Sekarang, Cikgu Norehan hanya memasang LCD dan

menunjukkan Youtube cerita-cerita haiwan. semua

menyanyi lagu “Katak Oh Katak”. Cikgu Norehan

memerhati murid-muridnya menyanyi sambil mengikut

rentak lagu dan membuat pergerakan seperti katak.

Elemen Seni Dalam Pendidikan diserapkan dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu di kelasnya.

Tamat

19

SAJAK

OLEH: EN. MOKHTAR RAIS

JABATAN ILMU PENDIDIKAN,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

SUARA HATI BAKAL PESARA

Bersara! Pesara !

Tiada lagi yang nak disara

Anak di mana mana

Dah lama berkelana

Mereka juga ada yang disara

Aku cuma tinggal berdua

Segar udara pagi di jendela gerigi

Ingin menyarung jersi lagi

Rupanya aku dipaksa di sini

Tidak layak ke kantor lagi

Baru kutahu usia sudah lima siri

Ooooo…..itu cuma bayangan

Yang akan jadi kenyataan

Cuma tinggal dua angka pusingan

Alhamdulillah…Allah kurnia lagi kudrat

Minda masih sihat

Badan masih afiat

Mata masih harat

Telinga belum karat

Tetiba aku sujud syukur…

Firman menyaran

Jika kamu bersyukur,

Aku akan tambah nikmat

Jika kamu kufur,

balasan azabNya amat pedih

Aku berkhayal lagi

Apa aku nak buat dengan 300 ribu tu?

Kawan banyak merayu

Niaga! Saham!

Bitcoin ! Cryptocurrency! Forex !

Atau simpan aje

Kawan kata, kalau nak kaya melabur

‘gunung pun, kalau ditarah rata dia”

Harta ni, kita cari, kitalah guna

Atau difaraid waris kita

Tamak masuk ke kepala

Dengki memang sudah ada

Aku jadi dilema

Tapi hati kecilku kata

Amalku sangat tiada

Dosaku berjela

Isteri pernah bersuara

Ada duit nanti kita ke Mekah saja…

Sejuk mindaku

Apa pun

Masanya masih belum tiba

Akan kukerah tenaga

Untuk terus berjasa

Demi nusa dan bangsa

Selagi masih diterima


20

ARTIKEL

OLEH: EN. HAMDAN HAJI YAAKUB

JABATAN PENGAJIAN MELAYU,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Bahasa Kiasan

Dalam Sajak

Mengikut makna maknawi, Kamus

Dewan edisi keempat (2005) bahasa

kiasan merupakan perkataan atau

ungkapan yang digunakan dalam

makna yang berlainan daripada

makna sebenar atau makna biasa

perkataan itu.

Keris Mas (1990) mendapati bahasa

kiasan berasal dari analogi, dengan

membandingkan sesuatu perkara

dengan sesuatu perkara yang

lain.Dalam membandingkan itu

timbul pengkiasan kepada objek

perbandingan. Pengkiasan itu

adakalanya menyebut objek atau

perkara bandingan atau langsung

tidak menyebut objek atau perkara

yang dibandingkan.

Manakala Gorys Keraf (!994)

menegaskan bahasa kiasan dibentuk

berdasarkan perbandingan dua

perkara dengan cuba menemukan

ciri-ciri persamaan pada dua perkara

tersebut. Katanya, terdapat dua

bahasa kiasan mengikut kelas iaitu

kiasa langsung yang membandingkan

dua hal yang sama kelas dan kiasan

tidak langsung membandingkan dua

hal berlainan kelas.

Hashim Awang (1987) pula

berpendapat bahasa kiasan ialah

bahasa imaginatif yang membawa

maksud lain daripada apa yang

tertulis.

Za’ba (1965) menjelaskan bahasa

kiasan sebagai bahasa yang

mencakapkan sesuatu perkara dengan

mengkiaskannya dengan lain perkara,

sama ada dengan menyebutkan

bandingan di antaranya atau dengan

tiada menyebutkan bandingan lagi . Ia

merupakan perkara yang dikiaskan

dengan perkara tempat ia dikiaskan

menggunakan

bahasa

yang cantik,

berbunga,

berukir, berwarna,

manis dan sedap bunyinya.

Jenis-jenis bahasa kiasan:

Metafora

Metafora ialah gaya bahasa kiasan

langsung atau perbandingan yang

menyebut dua hal tanpa

menggunakan

kata-kata

perbandingan.

Metafora

menghubungkan sesuatu objek atau

konsep dengan objek lain. Biasanya,

ia terdiri daripada dua perkataan yang

ringkas, padat dan tersusun. Satu

perkataan bersifat konkrit (objek) dan

satu lagi bersifat abstrak. Penggunaan

objek dibanding (tenor) dan objek

untuk membanding ( vehicle)

Contoh: tangan waktu.

Simile

Simile menyamakan sesuatu objek,

hal,perkara, situasi dengan

obejek,hal,perkara, situasi yang lain

dengan menggunakan kata-kata

perbandingan misalnya, bak, laksana,

bagai, ibarat, seperti, tamsil,

bagaikan, umpama dan

seumpamanya. Simile juga

perbandingan bersifat eksplisit. Cara

mengungkapkan simile iaitu

pengungkapan secara tertutup

(perincikan persamaan) dan secara

terbuka (tidak memperinci persamaan

terserah kepada pembaca).

Contoh:

heningnya bagaikan bintang

di langit

putih bagaikan hamparan

awan (Perinci persamaan)

bagaikan tiada bersua lagi

bagaikan entah di mana

(Tidak perinci persamaan).

Manakala terdapat simile

perumpamaan epos(epic simile) iaitu

perbandingan yang dilanjutkan

sifat-sifat perbandingannya dalam

kalimat atau frasa yang berurutan.

Contoh:

seperti lazimnya, siang bila

muncul tak pernah berkata

menjalar berhati-hati

merebahkan mukanya.

Vehicle siang, dikembangkan sifat

dan perlakuannya kepada tak pernah

berkata, menjalar dan merebahkan

mukanya untuk menjelaskan

gambaran perbandingan yang

diungkapkan.

Personifikasi

Personifikasi disebut juga perorangan

yang memberi sifat-sifat manusia

kepada benda-benda mati sama ada

perlakuan dalaman dan luaran.

Contoh:

Air terjun melompat-lompat

Daun nyior melambai-lambai

Hutan dara ini begitu malu

Hiperbola

Hiperbola adalah memberi gambaran

berlebih-lebihan terhadap sesuatu

yang diperkatakan. Hiperbola

bertujuan untuk melontarkan

pandangan, pemikiran dan perasaan

penulis.

Contoh:

Lautan dalam

yang rakus menarik kakiku

Dua baris ini seolah-olah satu

perbuatan yang ganas terhadap aku.


Sindiran

Sindiran dapat dibahagikan kepada

tiga jenis iaitu ironi, sinisme dan

sakasme. Ironi adalah satu penipuan

halus dan berlawanan maksud asal

dalam kata-katanya. Sinisme pula

adalah sindiran tajam, ejekan kerana

kesangsian terhadap pernyataan,

keikhlasan dan kejujuran seseorang.

Sakasme adalah penuh cemuhan dan

celaan, kata-kata bersifat keras dan

kasar tidak enak didengar. Semua

tujuan sindiran untuk memberi

kritikan.

Allegori

Allegori digunakan kerana isi cerita

tidak sesuai disampaikan secara

berterus-terang kerana mungkin

gangguan undang-undang dan

menganggu kredebiliti seseorang.

Biasanya, cerita yang dikiaskan itu

adalah cerita benar-benar terjadi

dalam masyarakat.

Contoh:

Aku sekarang di bandar

tapi hidupku menderita

duitku sekeping cuma

di mana aku hendak mengadu

siapa mahu mendengar

mereka

cuma

mengenyangkan perut

saudara mereka sahaja.

Metonimi

Metonimi ialah perubahan nama

sesuatu yang diperkatakan dengan

merujuk kepada nama lain yang erat

hubungan dengan sesuatu yang

diperkatakan.

Contoh: Makhota boleh berubah

maksud asalnya kepada makna raja

atau kerajaan yang memerintah.

Sinekdoki

Sinekdoki akan memberi tumpuan

kepada bahagian-bahagian tertentu

sahaja. Bahagian yang dianggap

penting dan dapat mewakili

keseluruhan sifat atau perbuatan

objek yang hendak disampaikan.

Bahagian penting ini berkaitrapat

dengan mesej. Sinekdot terbahagi

dua iaitu Pars pro toto(Sebut

sebahagian sahaja untuk gambarkan

keseluruhan) dan totum pro parte

(sebut keseluruhan untuk gambarkan

sebahagian).

Contoh:

Kulontar mukaku

ke luar desa

Ungkapan mukaku yang

menggambarkan keseluruhan dirinya

yang pergi ke luar desa(pars pro toto).

Sudah bertahun-tahun

kita bertapak

di bumi bertuah ini

Ungkapan bertahun-tahun itu

sebenarnya beberapa tahun sahaja

kerana tiada manusia hidup lama

(pars pro parte). Bumi pula

bermaksud Malaysia sahaja bukan

seluruh dunia . Malaysia itu

sebahagian dunia.

21

SAJAK

OLEH: EN. NORIZMAN BIN IDRIS

NBI-JAN,2020

JABATAN SAINS SOSIAL, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Bingung aku memikirkan

Kekadang hendaknya ke sana

Kekadang mahunya di sini

Hish.. bingung aku

Ketetapan rasanya perlu tetap

Bukannya longgar tidak berpendirian

Jangan jadi lalang yang lembut meliut

ke kiri dan kanan

Jadilah batang balak yang teguh tanpa goyah

Hish..bingung aku

Aku ingin maju ke hadapan

Orang tua ku berpesan

“Jangan Berundur Walaupun Parah”

Namun tiupan angin semboyan

sudah berlainan nada

Disuruhku berundur tanpa rela

Hish… bingung aku

BINGUNG

Bingung..Bingung..Bingung

Ahh..lantaklah

Aku mesti tetap dengan prinsip hidup aku

Biarlah apa saja yang mendatang dan bertiup

Peganganku harus teguh

tidak mudah dipengaruh

Barulah namanya manusia berdarjat


22

ARTIKEL

Sejarah pendidikan

vernakular Cina zaman kolonial

British di negeri Perak, 1874-

1941, memilih tajuk kajian

berkenaan ini adalah kerana untuk

mengetahui lebih lanjut maklumat

yang mengenai sejarah

pendidikan vernakular Cina nenek

moyang orang Cina semasa

zaman kolonial Britsh di negeri

Perak, 1874-1941. Selain itu,

penyelidik turut mendapati

bahawa tidak terdapat banyak

rujukan atau bahan dalam bahasa

Melayu yang menulis menyentuh

tentang sejarah pendidikan

vernakular Cina terutama pada

zaman kolonial British di negeri

Perak sahaja adalah dikatakan

amat kurang. Di samping itu,

negara kita Tanah Melayu yang

mempunyai berbilang kaum hidup

bersama dan masing-masing yang

mempunyai bahasa penghantar

yang berlainan. Oleh itu, salah

satu tujuan penyelidik adalah

mengkaji lebih mendalam dalam

pendidikan vernakular Cina di

negeri Perak.

Pada abad ke-19,

kebanyakan orang Cina menetap

di kawasan bandar yang lebih

maju yang juga merupakan nadi

ekonomi negara ini khususnya di

negeri Perak. Selain itu, juga

mendapati kajian ini adalah

penting dan bermakna untuk

membuat penyelidikan kerana

negeri Perak merupakan negeri

yang istimewa dan juga

merupakan negeri yang keempat

yang dijajahi oleh pihak kerajaan

OLEH: CIK PHUN LEE LEE

JABATAN SAINS SOSIAL,

IPG KAMPUS IPOH

Perkembangan

Pendidikan

Vernakular Cina

di Negeri Perak

kolonial British selepas Negeri-

Negeri Selat (Pulau Pinang,

Singapura dan Melaka). Pihak

kerajaan kolonial British berminat

langsung atau tidak telah

menjajah negeri Perak mulai pada

tahun 1874.

Pada tahun 1786, pihak

kerajaan kolonial British telah

berjaya menjajahi negeri Pulau

Pinang, seterusnya pada tahun

1819 menduduki Singapura dan

pada tahun 1824 negeri Melaka

turut dijajah oleh pihak kerajaan

kolonial British. Ketiga-tiga negeri

ini telah digabungkan menjadi

Negeri-negeri Selat pada tahun

1826 dan diketuai oleh Gabenor

pertama iaitu Robert Fullerton di

bawah pejabat tanah jajahan di

London. Oleh itu, selain dari

Negeri-negeri Selat pihak

kerajaan kolonial British turut

berjaya meluaskan pengaruh

mereka ke negeri Perak pada

tahun 1874 dan kemudiananya ke

negeri Selangor pada tahun yang

sama 1874, pada tahun 1888

negeri Pahang dan Negeri

Sembilan pada tahun yang

seterusnya iaitu 1889. Keempatempat

negeri ini telah

digabungkan menjadi Negerinegeri

Melayu Bersekutu dan

secara rasmi adalah pada 1 Julai

1896. Dengan itu, pihak kerajaan

kolonial British telah bermula

meluaskan perkembangan

pengaruh campur tangan secara

langsung dalam empat negeri

tersebut dan memperkenalkan

sistem Residen Negeri-negeri

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

BAHAGIAN 1

Melayu Bersekutu yang diketuai

oleh Residen Jeneral pertama

Frank Swettenham.

Selain itu, negeri Perak

bukan sahaja merupakan negeri

yang keempat dijajah oleh pihak

kerajaan kolonial British tetapi

juga adalah negeri yang keempat

dan paling besarnya dalam Tanah

Melayu iaitu selepas negeri

Sarawak, Sabah dan Pahang.

Strategik geografi negeri Perak

letaknya dalam Semenanjung

Malaysia iaitu di sebelah pantai

baratnya dalam garis lintang

antara 100 hingga 102 juga dalam

garisan bujur antara 3 hingga 6.

Luas negeri Perak adalah kira-kira

8,110 batu persegi dan

panjangnya pula dari utara ke

selatan ialah 155.5 batu dan

lebarnya pula dari timur ke barat

kira-kira 96 batu.

Namun tidak diketahui

dengan jelas asalnya nama negeri

yang kini dipanggil negeri Perak,

dan mengapa dipanggil negeri

Perak, kemungkinan ini adalah

kerana nama tersebut mempunyai

kaitan dengan sejenis nama

logam, dan mendapati logam itu

pula terdapat di negeri Perak

maka lalu dipanggil negeri Perak.

Inilah salah satu perkara yang

menjadi tandanya hingga hari ini,

dan sehingga kini masih tidak ada

mana-mana buku sejarah yang

menceritakan dalam tepat tentang

asal-usul nama negeri Perak itu.

Namun begitu, bijih timah yang

banyak terdapat di negeri Perak

dan mempunyai kaitan dengan


asal-usul nama negeri Perak.

Oleh itu, negeri tersebut yang

kaya dengan bijih timah maka

dikenali sebagai negeri Perak

sehingg kini.

Negeri Perak merupakan

sebuah negeri yang kaya dengan

bijih timah, kebetulan pada tahun

1874, bahan mentah bijih timah

pula amat diperlukan oleh pihak

kerajaan kolonial British. Oleh itu,

negeri Perak merupakan negeri

yang keempat ditadbir oleh pihak

kerajaan kolonial British selain

Negeri-Negeri Selat. Negeri

Perak telah dipemerintah oleh

pihak kerajaan kolonial British

adalah bermula sejak pada tahun

1874 secara rasminya.

Sebenarnya, menurut Paul Chang

Ming Phang bahawa penglibatan

pihak kerajaan kolonial British di

negeri Perak adalah bermula pada

tahun November 1873. Ini dapat

dibuktikan bahawa pada masa itu,

apabila Gabenor Negeri-negeri

Selat (NNS) Sir Harry Ord telah

digantikan oleh Sir Andrew Clarke.

Menurut Gabenor baru Sir

Andrew Clarke pula berpendapat

bahawa Negeri-negeri Melayu

boleh diamankan apabila dengan

adanya campur tangan dari pihak

luar seperti pihak kerajaan kolonial

British. Sebelum tahun 1873,

pentadbiran penjajahan pihak

kerjaan kolonial British telah

berusaha mengikuti dasar tidak

campur tangan dalam hal-ehwal

Negeri-negeri Melayu walaupun

kerap kali terdapat desakan

daripada kelompok peniaga yang

semakin jumlahnya untuk

melindung kepentingan mereka di

negeri Perak, yang telah terancam

disebabkan oleh perbalahan dan

lain-lain kekacauan yang

mengganggu perniagaan peniaga

di negeri Perak. Namun begitu,

perebutan takhta dan perpecahan

telah membuka peluang kepada

campur tangan asing khususnya

kepada pihak kerajaan kolonial

British. Ini bermakna satu

kesempatan yang baik kepada

pihak kerajaan kolonial British

untuk mengambil alih negeri Perak

selain daripada Negeri-Negeri

Selat. Jelas terbukti, kesempatan

yang begitu baik dan tidak lagi ada

alasan yang dapat mampu ditolak

oleh pihak kerajaan kolonial British,

maka akhirnya pihak kerajaan

kolonial British mengambil alih

negeri Perak dan telah wujudnya

perjanjian Pengkor di antara dua

pihak pada tahun 1874 di negeri

Perak.

Walau bagaimanapun,

pada tahun Oktober 1873, Raja

Abdullah telah mendapat

pertolongan daripada Tan Kim

Cheng (seorang saudagar Cina di

Singapura yang berpengaruh).

Dengan ini, dikatakan menjadi

penggerak ke arah Persetiaan

Pangkor pada tahun 1874.

Pedagang-pedagang yang

merapatkan bersama dengan

Sultan Abdullah pula terdiri

daripada saudagar yang

berpengaruh seperti Tan Kim

Cheng, Edward Bacon dan W.H.

Read. Menerusi nasihat merekalah

Sultan Abdullah telah membuat

keputusan menjemput campur

tangan daripada pihak kerajaan

kolonial British. Di samping itu,

bagi pihak kerajaan kolonial British

pada tahun 1874 turut

sememangnya memerlukan

bekalan bijih timah yang

berterusan. Oleh itu, ini adalah

kesempatan yang baik dengan

campur tangan bukan sahaja boleh

dapat menjajah sebuah negeri iaitu

negeri Perak dan juga kaya

dengan bekalan bijih timah,

dengan serta–merta tentulah pihak

kerajaan kolonial British tidak akan

melepaskan permintaan seperti ini

dan bersiap sedia untuk campur

tangan di negeri Perak.

Disebabkan dengan adanya alasan

yang begitu kukuh, maka

sememangnya bagi pihak kerajaan

kolnial British telah dapat secara

rasmi campur tangan ke atas

negeri Perak pada tahun 1874

bersama dengan ada Perjanjian

Pangkor. Secara rasminya, negeri

Perak telah dijajah oleh pihak

kerajaan kolonial British pada

tahun 1874.

Perjanjian Pangkor

dimenterai pada tahun 1874 iaitu

apabila Sultan Perak tidak dapat

menyelesaikan kekacauan akibat

peperangan dalam kalangan puakpuak

Cina di kawasan lombong

bijih Larut, salah sebuah daerah

perlombongan di negeri Perak,

Sultan Perak telah meminta

pertolongan daripada pihak

kerajaan kolonial British. Oleh itu,

untuk mendapatkan keamanan

negeri Perak maka tumpuan utama

usahanya ditumpukan ke arah

kongsi-kongsi gelap. Langkah

pertama yang diambilnya oleh

pihak kerajaan kolonial British

adalah mengatur gencatan senjata

antara kongsi-kongsi gelap yang

bertelagah.

Sir Andrew Clarke yang

merupakan Gabenor baru telah

mencadangkan kepada pembesarpembesar

Perak bermesyuarat

dengan beliau di Pulau Pangkor

bagi berunding untuk

menyelesaikan masalah negeri

Perak. Raja Muda Abdullah telah

bersetuju malah menjemput pihak

kerajaan kolonial British

menghantar seorang wakil dengan

syarat beliau akan dilantik sebagai

Sultan. Satu rundingan telah

diadakan di atas kapal Pluto pada

hari Sabtu, 17 Januari 1874. Turut

disertai bersama dalam rundingan

tersebut ialah Sir Andrew Clarke,

gabenor Negeri-negeri Selat

dengan orang Besar-besar Perak

iatu Raja Muda Abdullah,

Bendahara, Laksamana, Menteri

Larut, Syahbandar, Temenggung,

Raja Mahkota dan Datuk Sagor

manakala Sultan Ismail dan Raja

Yusuf tidak hadir dalam rundingan

tersebut. Perebutan takhta

kerajaan Perak yang

pertelingkahan di antara Raja

Yusof, Raja Ismail dan Raja

Abdullah serta pergaduhan Kongsi

Gelap iaitu Ghee Hin and Hai San

(Perang Larut).

BERSAMBUNG...


24

ARTIKEL

OLEH: DR. MOHAMAD YUSRI BAKIR,PHD

PENSYARAH CEMERLANG (PENDIDIKAN MORAL)

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL, IPGKI

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

AMALAN BUDAYA ALTRUISME

DALAM KEHIDUPAN

A

malan budaya Altruisme merupakan

satu tingkahlaku yang bertujuan

membantu dengan sukarela. Ianya

juga ditakrifkan sebagai satu tindakan memberi

bantuan kepada insan lain tanpa mengharapkan

balasan atau ganjaran daripada insan yang ditolong

(Macaulay & Berkowitz, 1970). Sifat Altruisme ini

juga dapat dikategorikan sebagai salah satu daripada

tingkahlaku prososial, iaitu perbuatan positif yang

memberikan manfaat kepada insan lain dan alam

sekitar (Batson, 1998).

Dari sudut bahasa, Altruisme berasal daripada

bahasa Perancis iaitu altrui bererti "insan lain" yang

merupakan terbitan dari kata asal latin “Alter”.

Secara epistimologis, istilah Altruisme bermaksud

1. Mencintai insan lain seperti mencintai diri sendiri

(Loving others as oneself).

2. Tingkahlaku yang mengutamakan keselamatan

dan kesejahteraan insan lain walaupun boleh

merugikan diri mereka sendiri (Behaviour that

promotes the survival chances of others at a cost to

one’s own).

3. Mengorbankan kepentingan diri sendiri agar

bermanfaat bagi insan lain (Self-sacrifice for the

benefit of others) (Scott & Seglow, 2007).

Istilah Altruisme dimulakan oleh Comte

(1798-1857), iaitu pengasas kepada falsafah

positivisme. Comte, (1852) dalam karya beliau,

Catechisme Positiviste, yang menyatakan bahawa

setiap individu mempunyai kehendak moral untuk

memenuhi kepentingan insan lain atau melakukan

kebaikan kemanusiaan secara keseluruhan (greater

good of humanity).

Kehendak hidup bersama ini adalah

merupakan satu bentuk nilai moral manusia, yang

memberi hala tuju kepada naluri dengan bertujuan

untuk berbakti dan kemudiannya menjadi sumber

kebahagiaan. Sebagai sebuah doktrin etika, Altruisme

bermaksud memberi kepuasan kepada insan lain

dengan meletakkan kepentingan insan lain melebihi

kepentingan diri sendiri (Pugmire, 1978). Altruisme

juga merupakan tindakan sukarela untuk menolong

insan lain tanpa mengharapkan ganjaran dalam

bentuk apapun atau disebut juga sebagai tindakan

tanpa maksud tersembunyi.

Franzoi (2009) telah mengenal pasti empat

norma sosial yang berkait rapat dengan tingkahlaku

altruisme iaitu; norm of reciprocity (norma balas

budi), norm of social responsibility (norma tanggung

jawab sosial), norm of social justice (norma keadilan

sosial) dan budaya kolektivis. Norma balas budi

menyatakan bahawa setiap insan mahupun

masyarakat akan merasa tidak selesa apabila tidak

mampu memberi balasan atau bantuan kepada insan

lain yang telah membantu mereka (Brown & Moore,

2001).

Sorokin (1955) ada menyatakan bahawa,

Altruisme adalah satu gagasan moral asas kerana

menggalakkan nilai kemanusiaan dapat timbul

dengan mengutamakan kepentingan umum lebih

daripada diri sendiri. Grant (2001) menyatakan

bahawa idea ini telah dibawa dalam ajaran agama dan

ideologi yang lahir pada awal sejarah kemanusiaan itu

sendiri. Agama dan ajaran budaya sentiasa

mengutamakan tingkahlaku Altruisme sehingga

terciptanya kedamaian dan keharmonian dalam

kehidupan untuk bermasyarakat. Sikap senang

menolong dan tidak suka melihat insan lain dalam

kesusahan dan penderitaan merupakan asas lahirnya

tingkahlaku Altruisme. Tingkahlaku ini membuat

manusia yang melakukannya menjadi lebih

berperikemanusiaan daripada insan lain yang tidak

suka menolong. Sikap inilah yang menempatkan

tingkahlaku Altruisme dalam golongan perbuatan

prososial dalam psikologi sosial.


25

ARTIKEL

OLEH: DR BADARIAH BINTI HASHIM

JABATAN SAINS DAN MATEMATIK,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

KAEDAH PEMBELAJARAN

BERASASKAN PEMIKIRAN

MENGKONSEPSIKAN:

SATU PENGENALAN

P

embelajaran berasaskan pemikiran (Thinking

Based Learning, TBL) adalah satu kaedah

pembelajaran yang mengandungi sekaligus iaitu

(a) kandungan pelajaran, (b) satu kemahiran

berfikir sama ada dalam kategori kritis, kreatif atau strategi

berfikir; (c) penerapan tabiat minda dan (d) melakukan

metakognisi. Dalam satu contoh pengajaran Fizik, tajuk

yang diajar ialah 4.1 Memahami Keseimbangan Terma,

kemahiran berfikir yang digunakan ialah strategi berfikir

mengkonsepsikan, tabiat minda yang digunakan ialah

mendengar sambil memahami dan bersifat empati dan

melakukan metakognisi. Keempat-empat komponen ini

akan disepadukan dalam satu pengajaran secara

berstruktur.

Kaedah TBL terdiri daripada dua bahagian iaitu

pengenalan dan aktiviti.

Dalam bahagian pengenalan mengandungi:

• Mengaitkan strategi berfikir mengkonsepsikan

dalam pengalaman harian murid secara eksplisit

• Memperkenalkan kemahiran tabiat minda secara

eksplisit

Dalam bahagian aktiviti mengandungi:

• Latihan terbimbing penggunaan strategi berfikir

mengkonsepsikan dalam penguasaan kandungan

pembelajaran

• Menerapkan kemahiran tabiat minda

• Melakukan metakognisi

Semasa merancang PdPc, guru perlu menentukan apakah

kemahiran berfikir yang sesuai untuk digunakan dengan

kandungan pelajaran yang akan diajar. Dalam mata

pelajaran Fizik terdapat banyak konsep-konsep Fizik, oleh

itu penggunaan strategi berfikir mengkonsepsikan adalah

sesuai dalam PdPc Fizik. Setelah guru mengenal pasti

kemahiran berfikir yang akan digunakan, pada peringkat

pengenalan guru perlu menunjuk cara menggunakan

kemahiran berfikir kepada murid, contoh seperti

mengkonsepsikan. Guru akan menunjukkan cara

melaksanakan mengkonsepsikan dengan mengaitkannya

kepada contoh mudah dalam kehidupan seharian, pada

masa ini belum lagi dikaitkan dengan kandungan pelajaran.

Pada peringkat perancangan juga, guru perlu mengenal

pasti apakah tabiat minda yang guru pilih untuk diterapkan

kepada murid-muridnya semasa PdPc. Pada peringkat ini,

guru akan menerangkan kepada murid-murid cara untuk

menerapkan tabiat minda dalam diri masing-masing

semasa PdPc berlangsung.

Dalam peringkat aktiviti, kandungan pelajaran akan

disepadukan bersama dengan strategi berfikir

mengkonsepsikan dan tabiat minda. Guru sebagai

fasilitator bertindak sebagai model atau memberi

penerangan supaya semua prosedur menjadi tepat dan

jelas. Dalam peringkat aktiviti ini juga murid melakukan

metakognisi.

Sekiranya berminat untuk membuat bacaan lebih lanjut

berkenaan TBL, bahan rujukan asal, bolehlah membaca

buku Thinking-based learning: promoting quality student

achievement in the 21 st century yang dikarang oleh Robert

J. Swartz, Arthur L. Costa, Barry K. Beyer, Rebecca

Reagan, dan Bena Kallick, keluaran pada tahun 2008.

Bahan bacaan TBL dalam Bahasa Melayu pula

dicadangkan untuk membaca buku bertajuk Manual

Pengajaran: Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

Mengkonsepsikan yang dikarang oleh Dr. Badariah binti

Hashim keluaran 2019.

Pembelajaran berasaskan pemikiran adalah satu alternatif

pedagogi khusus melibatkan KBAT. TBL

menjadikan murid aktif dalam pembelajaran

dan bekerja secara berkumpulan. Tidak

dapat dinafikan lagi sememangnya berlaku

peningkatan yang jelas dalam aspek

kemahiran berfikir murid kerana

dalam PdPc satu kemahiran berfikir yang

khusus akan diaplikasikan sepenuhnya

dalam kandungan pelajaran.


26

ARTIKEL

OLEH: DR. HAJAH FATIMAH BINTI IBRAHIM

JABATAN PENGAJIAN MELAYU,

IPG KAMPUS IPOH

BAHASA, BUDAYA DAN

PEMIKIRAN DALAM

PERIBAHASA MELAYU

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Peribahasa secara khususnya dapat

menzahirkan dengan jelas kehidupan

dan pemikiran sesuatu bangsa,

terutamanya bangsa Melayu, kerana

penghasilan sesuatu peribahasa ada

kaitan dengan istiadat Melayu lama.

Peribahasa sejak kebelakangan ini

sudah semakin kurang kedengaran di

media elektronik dan jarang sekali

diguna pakai dalam perbualan

masyarakat Malaysia. Sesetengah

generasi muda menganggap

pengunaan peribahasa adalah bersifat

formal dan lebih malang lagi ada yang

beranggapan peribahasa hanya

digunakan oleh golongan tua sahaja.

Bukan itu sahaja, ada pula orang

yang meragui sama ada peribahasa

berkenaan masih sesuai digunakan

atau tidak dalam keadaan masyarakat

sekarang yang bergantung pada sains

dan teknologi.

Peribahasa dihasilkan daripada

pemerhatian terhadap budaya dan

tingkah laku masyarakat ketika itu

melalui bahasa yang diolah secara

menarik dan indah. Melalui bahasa

yang diolah menjadi peribahasa ini,

dapatlah masyarakat itu memberi

pesan dalam memupuk budaya, nilai

dan norma secara lebih berkesan.

Kritikan atau sindiran dengan

ungkapan peribahasa “hangat-hangat

tahi ayam” jelas menunjukkan bahawa

peribahasa dapat membentuk

peribadi manusia untuk menjadi

lebih baik pada masa akan datang.

Hipotesis Sapir-Whorf (1921) jelas

menunjukkan bahawa penggunaan

bahasa dalam melahirkan peribahasa

ini dipengaruhi oleh situasi ataupun

cabaran semasa yang dihadapi oleh

sesuatu masyarakat itu. Cabaran atau

situasi pandemik COVID-19 yang

dialami oleh masyarakat kini boleh

mencetuskan ungkapan peribahasa

yang baharu. Misalnya, ungkapan

peribahasa, ‘sayangkan anak

ditangan-tangankan, sayangkan cucu

dicuti-cutikan’, timbul hasil daripada

petikan ucapan YAB Perdana Menteri

Malaysia yang menyebut, ‘...semua

orang sayangkan anak..tapi cucu,

lagilah lebih sayang...’.

Dalam hal ini, peranan utama

peribahasa adalah untuk

menyampaikan sesuatu perkara

dengan merujuk lambang yang sama

fungsi dengan pemikiran atau nilai

yang hendak disampaikan. Biasanya

setiap lambang tersebut diambil

daripada persekitaran manusia untuk

mewakili sesuatu makna. Hal ini

sejajar dengan pendapat Asmah Haji

Omar (1993), iaitu peribahasa

merupakan hasil persepsi masyarakat

terhadap persekitaran dan juga hasil

pemahaman mereka terhadap alam

nyata. Lambang bahasa ini dijadikan

sebagai medium untuk merakamkan

pengalaman dan fikiran mereka.

Dalam kehidupan masyarakat,

kadangkala terdapat sesuatu pekerjaan

itu dilakukan oleh orang lain sama

ada secara sengaja atau tidak, tetapi

mendatangkan akibat kepada orang

lain. Oleh itu, masyarakat Melayu

mempunyai peribahasa tertentu dalam

menggambarkan perbuatan tersebut,

iaitu:

1. Lain orang yang makan

nangka lain orang yang kena getah.

2. Lain bengkak lain bernanah.

3. Enggang lalu atal jatuh,

anak raja mati ditimpanya.

Peribahasa di atas

menjelaskan perbandingan yang

menyatakan keadaan tersebut.

Contohnya dalam peribahasa di atas

terdapat objek ‘bengkak’ dan ‘nangka’

dijadikan sebagai lambang manusia

yang mengakibatkan manusia lain

yang menerima kesan ekoran

daripada perbuatannya. Seterusnya,

dengan mengambil contoh objek

‘enggang’ dalam peribahasa Melayu.

Apabila enggang berkenaan terbang

sehingga atal tersebut jatuh lalu

menimpa anak raja hingga dia mati.

Maka anak raja yang tidak bersalah

itu mati akibat perbuatan enggang

itu, yang mungkin tidak

disengajakan. Begitu juga dengan

peribahasa ‘Enggang lalu ranting

patah’, iaitu perkara yang terjadi

secara kebetulan dan meninggalkan

kesan yang buruk. Peribahasa

tersebut membawa satu pengajaran,

iaitu apabila membuat sesuatu

pekerjaan, perlulah berhati-hati

supaya tidak membawa padah dan

kesan negatif kepada orang lain.

Penggunaan peribahasa di atas amat

relevan dengan keadaan masyarakat

pada waktu ini yang perlu melakukan

penjarakan sosial dan duduk di rumah.

Bagi orang ramai yang enggan

mematuhi Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) ini boleh

menyebabkan, ‘lain orang yang makan

nangka, lain orang yang kena getah’.

Justeru dapat dilihat bahawa

penggunaan peribahasa ini sentiasa

relevan dengan situasi atau cabaran

yang dihadapi oleh masyarakat.

Terdapat juga peribahasa

yang memberi pengajaran kepada

manusia agar dapat membuat

pertimbangan yang sewajarnya

sebelum sesuatu tindakan itu diambil.

Perkara ini adalah penting kerana

menyesal kemudian tidak berguna.

Keadaan ini dapat digambarkan

melalui peribahasa yang berikut:

1. Sesal dahulu pendapatan,

sesal kemudian tidak berguna.

(Maksud: Sebelum mengerjakan

sesuatu hendaklah berfikir secara


tuntas supaya tidak menyesal

kemudian.)

2. Ingat sementara belum

kena, jimat (hemat) sementara belum

habis. (Maksud: Kita hendaklah

selalu berwaspada dan berhati-hati

agar tidak terpedaya dan menyesal

kemudian hari nanti.)

Peribahasa Melayu, ‘Sesal dahulu

pendapatan, sesal kemudian tidak

berguna’ menggunakan perkataan

‘pendapat’ untuk menunjukkan kesan

yang wujud akibat tiada perancangan

yang teliti. Manusia perlu berfikir baik

-baik terhadap sesuatu tindakan

yang bakal diambil supaya tidak

menyesal pada akhirnya. Bertepatan

dengan situasi semasa, seseorang yang

ingkar arahan PKP boleh dikenakan

kompaun RM1000 atau tindakan

undang-undang jika keluar rumah

tanpa alasan yang kukuh. Peribahasa

Melayu ‘Ingat sementara belum kena,

27

SAJAK

jimat sementara belum habis’ juga

membawa makna yang sama seperti

peribahasa di atas, iaitu kita perlu

selalu berhati-hati agar tidak

menyesal selepas sesuatu perkara itu

terjadi. Peribahasa ini juga sangat

relevan dengan keadaan semasa yang

mengingatkan anggota masyarakat

yang mendapat Bantuan Prihatin

Nasional agar berjimat cermat setelah

mendapat bantuan tersebut.

OLEH: DR. NOR HASIMAH BINTI ISMAIL

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Kesimpulannya masyarakat

Melayu sememangnya banyak

menggunakan perkataan yang

menyentuh unsur alam sekeliling.

Melalui simbol unsur alam,

masyarakat Melayu mampu

menyampaikan dan menerima mesej

serta melaksanakan satu tingkah

laku pentafsiran yang dipengaruhi

oleh situasi komunikasi. Pemikiran

yang terpancar dalam peribahasa

merupakan satu manifestasi perihal

berfikir masyarakat Melayu dan

pandangan hidup mereka tentang

sistem nilai, sistem sosial, adat,

budaya, kepercayaan beragama dan

peradaban bangsa Melayu yang

diungkap serta dirakamkan dengan

menggunakan bahasa yang kreatif,

padat dan indah. Oleh yang

demikian, keindahan peribahasa

sebagai warisan seni budaya dan

kesusasteraan,

dipertahankan.

wajar dipelihara dan

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

KARENAH

Kini manusia terkejar-kejar

Zaman sains teknologi yang makin mencabar

Hidup kini menjadi tidak tentu arah

Malam dan siang silih berganti

Hidup bagaikan putaran roda

Sekejap di atas sekejap di bawah

Pelbagai karenah dan perangai

Manusia kini tak tentu arah

Yang pintar, berjaya membentuk hala tuju

Yang bijak, menyusun atur dengan penuh teliti

Yang leka, tersesat dari arah tujuan

Yang lalai, tertinggal jauh dari landasan

Sedarlah

Bahawa dunia ini hanya pinjaman

Kembalilah kepada Yang Maha Esa

Insya Allah

Sudah tersurat

Akan bahagia dunia dan akhirat


28

ARTIKEL

OLEH: BADRUL HISHAM GHAZALI

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU,

KUALA LUMPUR

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Phuii! dan

Tuiih!

Jangan meludah merata-merata antara peringatan

yang mungkin kadang-kadang atau jarang-jarang kita

jumpa di tempat-tempat yang menjadi kunjungan

ramai terutamanya tempat makan.

Tetapi sebagai rakyat minda kelas pertama

kerelevanan peringatan seperti itu seperti bagai

berada di sebuah negara yang mundur bukan sahaja

dari segi pembangunan malah dari segi akhlaknya

juga masih mundur.

Jadi apa yang nak dilabunkan bukanlah berkaitan

maju mundur sesebuah negara dengan isu meludah

ini tetapi kejijikan mesti menerpa melihat bab orang

meludah ini. Namun, jangan bimbang belum ada lagi

penguatkuasaan untuk meludah tiga meter dari

tempat makan.

Berlabun bab tempat makan ini pun satu hal bila dah

sedawa kekenyangan, bab kebersihan itu memang

nampak nyata apabila membasuh tangan di sinki

yang disediakan sebelum dan selepas makan. Jadi

‘spoil’nya istilah morfologi di kampung saya,

dikumur-kumur kemudian meludah pula ke dalam

sinki.

Siap dengan berkahak pulak “steady la bro! ini bukan

makmal hospital nak mintak kahak nak buat kajian

kenal pasti penyakit” tetapi kesopanan yang tidaik

terbit tu memperlihatkan penyakit mentaliti kelas

rendah maaf cakap. Saya berbahasa pun sopan kan?

Apatah lagi budi bahasa, baru boleh buat menantu

kalau orang rumah saya bagi la.

Kalau warga asing memang dah kena ‘smack down’

dah bukan nak tunjuk gangster tetapi terpengaruh

juga dengan pelat filem gangster Melayu ni “nanti wa

sengat sama lu maa” penuh fonetik. Macam juga

pantun Melayu ‘makan sirih berpinang tidak, pinang

ada di bawah tangga, makan sirih mengenyang tidak,

kerana budi dan bahasa’.

Kalau ikut prasyarat makan siriih ni mesti ada

meludah tapi masyarakat Melayu dulu kalau makan

sirih mesti ada menyediakan ‘ketur’ istilah bekas

tempat meludah zaman poyang-moyang. ‘Mamat’ dari

negara mana entah berantah masih lagi mengunyah

sirih tetapi spesies ‘hak tuiih’ merata-rata dibuat

umpama di negara mereka.

Jauh berlabun sampai ke sirih perginya tetapi mahu

berlabun pasal kebersihan mental ini. Namun, dalam

komunikasi warga maya sekarang ni ramai ‘warganet’

yang suka meludah di alam cyber. Jadi kita masih tak

dapat lari dari bab meludah tapi inovasi meludah

dalam minda rakyat kelas pertama juga tak lagi kita

zahirkan demi menjaga kebersihan.

Itulah akan muncul phuii! dan tuiih! dalam kita

berkomunikasi dalam talian bagi ‘mengekspresi’ rasa

meluat dan ketidakpuasan hati atau gurauan. Bunyi

perbuatan yang menjadi istilah ini belum lagi

dimasukkan dalam perkamusan namun kesesuaian

dan kerelevanan dalam tandapagar# harus tidak

menimbulkan rasa kurang senang pembaca

sepertimana rasa kurang senang kita melihat orang

meludah merata-rata.

Wallahualambissawab.


29

SAJAK

OLEH: JASON

PELAJAR UNIT V6

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Kamu

Yang kutemui di kala aku tercari-cari

Destinasi yang ku tidak pasti

Tanpamu, hilang arahku.

Setelah kasih kucurahkan padamu

Kau pergi meninggalkan aku

Ku tetap mendoakan kau bahagia walau

tanpa diriku.

Keranamu

Ku belajar erti menghargai

Ku bersyukur Tuhan menemukanmu

Di waktu aku memerlukan

Keranamu

Ku mengerti nilai kasih dan sayang

Pintaku padamu

Simpan daku dalam hatimu

Jangan pernah tinggalkan aku

29

SAJAK

Kasihku padamu

Takkan hilang

Akan tetap ku kenang

Kerana kau megajarku

Erti kasih dan rindu

OLEH: NURAISYAFYQA BINTI NORTAMIZI

PELAJAR UNIT R1, IPG KAMPUS IPOH

PELAYARAN 373/18 KAPAL LAYAR DIRAJA TUNAS SAMUDRA

KERANAMU

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

SAMUDERA

Aku harus pulang ke samudera lagi,

Kepada bentangan birunya samudera,

Kepada bersihnya langit tiada cela,

Tiada apa yang ingin kupinta,

Selain keberadaanku di sana.

Aku harus pulang ke samudera lagi,

Kepada kerdipan bintang sinarnya mempesona,

Kepada ikhlasnya bulan memantul cahaya,

Tiada apa yang ingin kupinta,

Selain pulangkan aku ke sana.

Aku harus pulang ke samudera lagi,

Kepada langit yang dipenuhi camar di dadanya,

Kepada si lumba-lumba menari dengan gembira,

Tiada apa yang ingin kupinta,

Selain samudera muncul di mata.

Aku harus pulang ke samudera lagi,

Di mana bayu umpama pisau roda,

Yang menampar pipi si kerdil ini,

Menyedarkan kakiku masih terpasak di bumi.

Samudera, dengarlah bisikan ini,

Aku rindu padamu.


30

CERPEN

OLEH: ONN ABDULLAH

PERSATUAN KARYAWAN PERAK

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

R A T A H

ayahnya meninggal dunia. Kutan berkahwin dengan Raftah

seorang janda – janda berhias. Kutan tahu itu kerana

Raftah telah ditinggalkan oleh suaminya pada malam

pertama pernikahan mereka. Apapun Kutan tidak kisah

kerana Raftah seorang janda yang cantik yang belum

terusik. Walaupun janda, dia tetap jadi rebutan kerana

keanggunan wajahnya.

Sepuluh tahun lalu aku telah menghasilkan dua

kuntum sajak bertajuk "Ratah" dan ''Ratah:Jangan

Biarkan" . Sajak itu telah disiarkan dalam sebuah majalah

sastera. Dua bulan berturut-turut sajak itu disiarkan.

Demikian aku ceritakan pada Afdal sahabat lama yang

pulang bercuti, sewaktu dia bertandang ke rumahku. Dia

bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Afdal

orangnya simple saja. Tampangnya menarik, berkumis

tebal yang dijaga rapi. Rambut disisir kemas. Dia baru saja

berjinak-jinak di bidang sastera, setelah mendampingiku

beberapa bulan yang lalu. Bila dia pulang pasti singgah di

rumahku bercerita pasal kegiatan sastera kami.

“Mana sajak itu, aku nak tengok?” tanya Afdal tak

sabar.

“Aku sedang cari ni…”

“Cari?”

“Cari majalah.”

“Aku nak tengok sajak, bukan majalah.”

“Kau pun, sajak itu ada di dalam majalah, tak jumpa

majalah - tiadalah sajaknya...”

“O cakaplah macam tu…majalah apa?”

“Citarasa."

“Ada ke majalah itu?”

“Tentulah ada, kalau tak ada, takkan aku berani

cakap."

“Tak pernah dengar pun."

“Memang awak tak pernah dengar pun, sebab ketika

itu awak bukan kisah pasal sastera. Sebenarnya majalah

‘Citarasa’ hanya sempat bertahan lima kali keluaran saja,"

kataku dengan nada sedih.

“Kenapa?”

“Itu aku tak tahulah, tapi yang aku tahu, pihak

pengedar tidak bertanggungjawab. Sehingga penerbitnya

tidak dapat pusingan modal untuk meneruskan penerbitan

majalah itu."

“O begitu."

Demikian dari sajak-sajak itu, aku garap menjadi

sebuah cerpen ~ tajuknya ‘Ratah’ juga. Cerpen itu telah

disiarkan dalam majalah yang sama pada bulan

berikutnya. Ratah mengisahkan seorang lelaki bernama

Kutan. Kutan adalah anak tunggal kepada Haji Marbawi .

Dia mewarisi semua harta kekayaan ayahnya setelah

Raftah tidak ikhlas mengahwini Kutan kerana

cintanya hanya pada Meor Suhardi. Kutan tidaklah sekacak

mana hanya kerana Kutan seorang yang berharta. Suatu

pagi Desa Keramat dikejutkan dengan kematian Kutan.

Itulah intisari cerpen ratah. “Menarik tak?" tanyaku pada

Afdal yang tetap membisu setelah mendengar celoteh

dariku.

"Boleh tahan," jawab Afdal akhirnya

tersenyum ragu-ragu.

"Kini aku berhasrat pula untuk menjadikan cerpen

‘Ratah’ kepada sebuah novel. Ratah…Ratah…Ratah…jika

berhasil aku nak garap pula ia menjadi manuskrip teater

yang boleh meratah hati manusia yang hidup dalam

kesepian yang sibuk." ujarku bersemangat, sambil

menjeling wajah Afdal yang selamba.

“ Kau lupakan dulu pasal nak buat novel tu, aku nak

tengok sajak ‘Ratah’ dan cerpennya dulu," bidas Afdal

menyampuk bagai tak puas hati dengan kerenahku.

"Baik tuan" aku bergurau.

"Haa...boleh aku nak tahu sikit?"

"Pasal apa?"

"Macamana sajak dan cerpen kau boleh tersiar setiap

bulan dalam majalah yang sama..." tanya Afdal sedikit

musykil. Baginya bukan mudah untuk berbuat demikian.

Aku mengerling wajah Afdal yang selamba.

Dia mengangkat mukanya dan menatap ka arahku.

"Sebenarnya....majalah Citarasa diterbitkan

oleh Warusha Sdn Bhd. Adalah milik beberapa orang

sahabat kita, iaitu Baharuddin Kahar seorang cerpernis

yang hebat. Dia meletakkan jawatan sebagai guru bahasa

di Sekolah Menengah Tsung Wah, Kuala Kangsar. Dia

bertindak sebagai pengarang dan dibantu oleh Hasni

Tamrin Halimi dan T.Ayob Hud. Jadi sebagai kawan

mudahlah karya kita untuk disiarkan. Selain itu, dibantu

oleh Malim Ghozali Pk dan Jain Mahmud sebagai jurufoto.

Di syarikat itu Baharuddin Kahar sempat menerbitkan

sebuah kumpulan cerpennya bertajuk Terima Kasih

Tuhanku. Dan kumpulan cerpen itu telah berjaya

memenangi Hadiah Sastera Malaysia.”

Afdal melirik senyum dan

mengangguk-ngangguk tanda berpuas

hati dengan penerangan dariku.


Aku terus menyelongkar majalah yang tidak tersusun

dalam almari bukuku. Hairan juga ke mana pula hilangnya

majalah citarasa itu? Puas aku mencarinya namun masih

juga belum bersua. Sepuluh tahun adalah jangka masa

yang cukup lama, takkan hilang begitu saja. Akhirnya

kutemui majalah itu. Terselit dalam di dalam majalah

Dewan Sastera. Kucari puisi ratah itu. Ini dia puisinya:

RATAH

Melayu ratah melayu

dengan keris keramat

dengan tangkal azimat

dengan jampi maksiat

dengan umpan muslihat

Melayu dibuai mimpi keramat

hingga tersungkur bangsat

maruah terburai diratah kianat

melayu nazak di kamar tenat

Afdal mengambil majalah Citarasa dari tanganku,

dia mencari-cari sajak Ratah seperti yang telah aku

ceritakan padanya. Akhirnya dia melirik senyum setelah

menjumpai sajak Ratah di ruangan sajak bersama-sama

dengan enam kuntum sajak hasil nukilan penulis tanah air.

Dia lantas membaca sajak itu berulang-kali dengan kening

yang berkerut-kerut. Sama-ada dia faham atau tidak. Itu

aku tak pasti.

"Pendek saja sajak Ratah ini.,tapi padat. komennya

sedikit memuji dan mula percaya dengan ceritaku yang

disangkanya cuma omong-omong kosong saja.

Aku segera menyelongkar majalah-majalah yang

berderet di dalam almari kacaku untuk mencari sajak yang

kedua. Berpeluh juga aku dibuatnya. Akhirnya kutemui

juga sajak itu.

RATAH : JANGAN BIARKAN

Afdal membaca sajak-sajak tersebut dengan penuh

minat. Aku tersenyum menatap telatahnya. Barangkali dia

berpuas hati.

"Sekarang aku nak tengok cerpennya pulak," pinta

Afdal seakan mendesak padaku.

Satu almari telah aku selongkar. Hampa. Majalah

Citarasa jilid 3 yang menyiarkan cerpenku itu tak dapat

kucari. Entah ke mana ghaibnya. Takkan hilang begitu saja.

Jika tiada orang yang telah mengambil atau meminjam

majalah itu.

"Salinannya ada tak?" tanya Afdal berlembut seakan

gelisah membaca akalku yang tak keruan.

"Ada," jawabku.

"Baguslah," Afdal melirik senyum tanda gembira.

"Tapi tak boleh dibaca kerana tersimpan dalam disket.

Kau tahukan, sekarang ini disket dah tak boleh guna lagi"

jawabku. Afdal menarik nafas hampa dan melepaskan

keluhan setelah gagal menatap cerpen yang telah aku

ceritakan.

Dia terkedu menatap wajahku.

"Apapun aku akan tetap jadikan sajak-sajak dan

cerpen Ratah sebuah novel," Itu janji aku padamu Afdal.

"Semangat macam itulah yang amat aku banggakan.

Moga manuskrip Ratah seperti yang kau angan-angan itu

akan menjadi kenyataan dan tidak akan diratah oleh masa.

Aku akan tunggu kemunculan nanti."

"In Syaa Allah!" kataku.

SELESAI

R A T A H

Jangan biarkan

melayu ratah melayu

hingga mengundang padah

kerana secebis kalimat

hidup jadi kiamat

jendela kebenaran

tertutup kejab

Jangan biarkan

melayu ratah melayu

hingga melayu terlatah

oleh kederhakaan

Sebuah taman indah

bertukar jadi gelanggang

medan persengketaan.


32

SAJAK

OLEH: ONN ABDULLAH

PERSATUAN KARYAWAN PERAK

10 JANUARI, 2020

DAN SELEPAS ITU ...

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

i

Kun, kata Allah. Jadilah Adam insan pertama

dan selepas itu para malaikat terdiam kesal pada rahsia

lalu patuh dan sujud insaf kecuali iblis memahat tegar

batu dendam berdiri sombong bersumpah di mata ingkar.

ii

Demikian hati lelaki jadi rindu pada belaian mesra seorang

perempuan bernama Hawa yang tercipta dari tulang rusuknya

dan pasangan cinta itu hidup damai bersenda-ria di syurga

lalu mulalah jarum khianat iblis menjadi ular jadi asap meresap

menusuk hati nurani, tegar membuka rahsia khuldi. Adam dan

Hawa termakan serbuk fitnah hingga terjelepuk malu.

iii

Dan selepas itu Adam dan Hawa tersingkir dari taman sendaloka

setelah kehilangan diri atas khilaf dan lalai terpedaya. Dunia fana

terbentang ujian. Nabi Adam merafak doa insaf taubat menyesali

diri kembali bertemu isterinya dan menjadi khalifah bumi.

iv

Di bumi lahirlah zuriat demi zuriat kelangsungan hidup maknawi

hingga Qabil melukis dendam menyingkirkan Habil, begitulah hati

tak suci melakar sengketa aib di wajah, menyimpul hasad dengki

melakar derhaka jadi insan pertama bergelar pembunuh durjana

tega mengheret jasad menimbus malu persis ajaran gagak.

v

Dari tusukan jarum iblis terhasutlah hati manusia yang leka

terjelma wajah serigala, jengkala, lipan, buaya, naga, anjing

dan kupu-kupu malam tegar memasang angan menjaring rindu

menabur duri sengketa dengan kerenah pelik @ derhaka mudah

tertipu oleh akal lidah nafsu yang pintar memutar kata-kata.

vi

Kecuali si bijaksana insan mulia dalam zuhud dan redha,

kasih jiwanya pasrah mengaut ikhlas menjauhi lorong maksiat

membeli urusan akhirat dengan jihad, tiada rasa tamak, murni

jati diri sedekah dan infak ikhlas murokabah pada kesibukan dunia

bagai satu peringatan, hidup ini pinjaman sebelum mata terpejam

mencari kelazatan dan akalnya tak tertipu nafsu.

vii

Dan orang-orang sasau hidup tak kenal Allah tak kenal diri

hutang ibadah bersepah tambah lagi hutang ceti dan along yang sadis

status quo keluarga besar tersungkur merempat susah hidup derita

ambil jalan mudah jadi pengemis bahasa merintih merayu kasih,

tak ingat diri nak cepat kaya asyik berjudi di rumah isteri gigit jari,

sesekali tuah menjelma rezeki menang besar lupa diri rela makan

di luar hidangan dan pandai makan pandai simpan rela berkecai iman.


viii

Aduhai.. anak-anak seperti hidup yatim piatu, cetek akal disaluti

jerebu nafsu terdedah dalam serakah kucar-kacir duniawi tempuhi

jalan mudah berkeliaran malam hari merempit sakan sama kekasih

lari sembunyi hingga lahir bayi tak cukup sifat di lorong kelam

tertimbus tanpa nisan.

ix

Anjing pun ralit menyalak-nyalak pilu dan manusia tersentak ragu.

Ini zaman mutakhir manusia haru-biru kehilangan sifat malu

dan selepas itu.... kehidupan terpanggang ngilu!

33

SAJAK

OLEH: DR. MUNIRAH BINTI ABD HAMID

APRIL 2020, JABATAN PERANCANGAN

PENYELIDIKAN & INOVASI, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

MUAL BERSALUT MADU

Bahagia sungguh hidup ini

Kerana jejaka itu sudi

Melayari bersama saki

umur matangku

Memang ilmuku dangkal

Namun aku terus merancang

Rumahku jadi syurgaku

Keluargamu keluargaku jua

Harapkan hujan sampai

ke petang

Rupanya hujan di tengahari

Air mata jadi peneman

Kalbuku resah

Minda kacau

Karuan entah di mana

Kerana terlalu kerap

berantakan

Hilang sudah mesra

Mungkinkah kerana aku

yang kedua?

Alhamdulilah

Aku terus tabah dalam resah

Menuntut hak

menghambat kesunyian

yang kerap tiada keadilan

Atau masih belum tiba

Aku pasrah dalam redah

yang mengharap

Malam hening lembab merayap

Dalam sedar sejadahku basah

Pasrah berdoa untuk

suami tercinta

Aku tahu kau

Aku kenal kau

Aku faham kau

Hanya yang kuharap

Kelembutan dan keikhlasan

Kekuatan dan ketabahanmu

Dalam mencari bahagia

istana yang dibina

Hidupku kini mual

Namunku tetap setia

Demi sayang, cinta dan

tanggungjawab

Doa terus dititip

Penuh harap

Akan ada pulau bahagia

Yang entah bila

Empat dekad pelayaran ini

Aku terus ditempuh badai

Kusangat yakin

Hidup ini bagaikan roda

Syukur kala di atas

Sabar kala di bawah

Aku dalam rumah sangkar

Era PANDEMIK COVID 19

Menampakkan watak suami

Mana yang jadi utama

Jelas aku kerap menanti

dan menunggu

Kelibat yang kadang

jarang kelihatan

Memada…..

Hanya Allah

Tempatku berseru

Tempatku mengadu

Tempatku merayu


34

CERPEN

OLEH: PN. ZANARIAH HAMID

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

17 JANUARI, 2020

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Secebis Kenangan :

VIVA

Tarikh keramat itu tiba. 13 Januari,

2020. Setelah kunantikan selama

berbulan-bulan. Perasaanku bercampur

-baur. Benarkah?. Tiba-tiba pula.

Kusangka lambat lagi. Tapi e-mel

yang kuterima mengejutkan aku dari

lamunan. Ya betul tarikh tersebut.

Menakutkan pula. Walaupun aku tahu

setiap pelajar yang belajar di peringkat

Sarjana mahupun PhD mod

penyelidikan akan melaluinya sama

ada lambat atau cepat.

“Tan, saya akan vivalah Isnin

ini”, kataku kepada kawan belajarku

selama 3 tahun. “Tahniah, saya

ucapkan”, kata Tan. “Tetapi Tan, saya

belum bersedialah. Bagaimana saya

nak menjawab nanti?”.

“Eh, janganlah terlalu risau.

Kamu suka berfikir macam-macam.

Bukankah kita telah melalui sesi pra

viva begitu ketika seminar satu

(proposal defence) dan seminar dua

(candidature defence)?” getus Tan.

“Entahlah Tan, tetapi sesi viva

ini lain. Ada pemeriksa luar”. “Saya

takutlah kalau gagal, kena mengulang

semula” jawab aku kepada Tan.

“Begini, saya berpendapat

kamu mesti boleh buat. Sebelum ini

pun kamu ada perasaan begitu, tetapi

lulus juga. Kamu ada seminggu untuk

membuat persediaan, jadi perlu yakin

boleh”, tambah Tan.

Pandangan Tan ada betulnya,

aku ada masa seminggu sebelum

viva-voce. Mesti boleh buat

persediaan. Aku menyedapkan hati.

Pada waktu malam, aku

menelefon ibuku untuk memohon

restu. “Emak, tolong doakan orang

(saya), Isnin ada peperiksaan”. Ibu

menjawab, “Eh, bukan kamu sudah

bekerja? Cuti belajar sudah habiskan?”

tanya ibuku.”

“Taklah emak, cuti belajar tiga

tahun memang sudah tamat, tetapi

belajar belum habis, Isnin ini ada

peperiksaan. Lepas itu baharu boleh

kata habis”, jawab aku.

“Ya baiklah, emak doakan

Ana (panggilan aku) lulus peperiksaan

itu” jawab ibuku.

Lega sedikit aku mendengarnya.

Esoknya, aku memberitahu

semua pelajar bahawa aku akan

bercuti. Aku sempat meminta mereka

“ Doakan cikgu supaya lulus

peperiksaan ini boleh?” permintaanku

kepada mereka.

“Cikgu jangan risau, kami

doakan cikgu lulus pada hari Isnin”,

mereka serentak menjawab sambil

menadah tangan berdoa.

13hb Januari, 2020

Pagi-pagi lagi (7.40 pagi) aku

sudah terpacak di hadapan

perpustakaan Universiti Malaya.

Sempat aku menjamah nasi lemak.

Walaupun aku sebenarnya tidak ada

selera. Aku masuk ke perpustakaan

pada pukul 8.00 pagi dan duduk di

bilik karel kebiasaanku. Bilik

bernombor 11. Aku mengulang kaji

dengan melihat nota-nota catatan.

Sambil-sambil itu, aku membuka buku

Tips-Tips Lulus PhD karya Profesor

Dr Norzaidi Haji Mohd Daud.

Macam-macam juga persediaannya.

Salah satunya bentuk kajian, jurang

kajian, teori kajian. Cemas juga aku

membaca buku tersebut. “Bolehkah

aku menjawab kalau ditanya soalan

macam-macam?”

berkata-berkata.

hatiku

Masa betul-betul cepat berlalu.

Sesi viva aku bermula tepat pukul

11.30 pagi. Aku pun bergegas keluar

dari perpustakaan dan ke Fakulti

Pendidikan. Aku perlu membuat

persediaan 30 minit sebelum sesi viva

tersebut.

Bermacam-macam yang

bermain-main di mindaku. Panik

menerpa dan ketika itulah semua yang

aku baca telah luput dari ingatan.

“Habislah aku, macam mana nak

jawab. Ya Allah tolonglah hamba-Mu

ini” doa aku dalam hati.

Tepat 11.30 pagi, pengerusi

viva telah masuk. “Eh penyeliaku

ketika Master iaitu seorang profesor

terkemuka dan pakar statistik. Makin

jantungku berdegup. Kemudian,

pemeriksa luar daripada Universiti

Pendidikan Sultan Idris iaitu seorang

profesor berkaitan bidang pendidikan

Bahasa Melayu. Diikuti dengan

pemeriksa dalaman iaitu Dr. Chin Hai

Leng. Seterusnya penyelia

pembimbingku iaitu Dr. Chew Fong

Peng dan Dr. Mohd Shahril Nizam bin

Shaharom. Pemeriksa dari luar negara

tidak hadir.

“Zanariah, ini hari berbahagia

kamu”, kata pengerusi. “Aduhai,

bahagiakah aku?, derita rasanya”,

kataku dalam hati.

Sesi viva bermula dengan aku

menerangkan pembentangan tesis

menggunakan power poin. Terasa

gagap pula walaupun membaca

poin -poin yang aku telah sediakan.

Habis 20 minit, masa inilah jantung

aku semakin berdegup kencang.

Pengerusi mempersilakan

pemeriksa luar pertama bertanya.

Beliau bertanya mengenai latar

belakang pendidikan diriku ketika

ijazah dan ketika membuat ijazah

sarjana. Lancar sahaja diriku

menjawab. Kemudian, beliau

mencadangkan beberapa perkara

seperti menambah perkataan

“Pembinaan” untuk tajukku.

Pemeriksa kedua juga begitu,

memberikan cadangan. Makin lega

diriku. Kemudian, “Apakah

sumbangan kajian anda?”, Timbalan

Dekan pula bertanya. Aku menjawab

dengan penuh keyakinan.


beliau berpuas hati.

Pengerusi kemudian meminta aku dan

kedua-dua pensyarah pembimbingku keluar untuk

mereka membuat keputusan. Setelah 10 minit kami

dipanggil masuk.

“Zanariah, ahli panel sebulat suara

mengucapkan tahniah. Anda lulus dengan pembetulan

selama tiga bulan” kata pengerusi viva.

Semua di dalam bilik itu mengucapkan

tahniah. Aku semacam terpaku. “Eh betulkah aku

telah lulus?. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu.”

Bisik hatiku. Seperti tidak percaya. Habis sesi

tersebut, kami bergambar. Selang beberapa minit

gambarku bersama-sama ahli panel telah tersebar di

semua aplikasi media sosial.

Ramai yang mengenali diriku mengucapkan

tahniah. Termasuk murid-muridku. Kenangan aku

ketika viva-voce sememangnya akan aku ingat sampai

bila-bila. Pesanku kepada rakan-rakan seperjuangan,

yakinlah dengan apa-apa yang telah kita tulis.

Kemudian berdoalah kepada Tuhan agar diri

dipermudahkan ketika belajar. Mohon doa daripada

orang-orang tersayang dan yang terdekat dengan diri

kita. Nescaya kita akan dipermudahkan. Mungkin

rezekiku tidak ditanya dengan pelbagai soalan. Namun

usaha perlu ada, jangan berserah sahaja pada Tuhan.

Pengalaman yang aku lalui mungkin berbeza antara

seorang calon PhD dengan calon yang lain. Mana tahu

anda juga akan dipermudahkan begitu. Berdoalah.

VIVA

VIVA VOCE atau singkatannya

“VIVA” yang berasal dari bahasa

Latin iaitu “with the living voice” ataupun

“word by mouth” yang mana satu ujian

atau peperiksaan yang dilakukan secara

perbincangan atau lisan. Setiap pelajar akan

dinilai oleh pemeriksa yang terdiri daripada

penilai dalaman dan luaran.

35

SAJAK

OLEH: AHMAD EN. MOHD JALALULAIL ISNIN TAWAF BIN ABD MANAB &

MASTURA WARUNG BUKU BINTI KARIMUDIN

JABATAN 15/2/2019 ILMU PENDIDIKAN, IPGKI

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

PEPAT

Aku terarah dari segenap arah hingga ke tebing

Menyeret suara merpati seawal pagi

Menghampar merdu dari penjuru ruang

Lantai irama alam paling menusuk pernah mendesir

Mencari-cari akar di permukaan tanah tuhan

Tunggul

ranting

daun

kugapai cari dari dinding ke dinding terbuka

ke mana pergi si pohon usia

rata

rata

rata

ada seperti garis embun amat cantik lurus menitis

demikian tulusnya daerah ini saat

kubaringkan amanat

terasa darah mengalir perlahan

rencong menusuk dari tanah datar di rusukku

embun dingin bukan lagi penawar kehidupan


36

SHORT

STORIES

OLEH: NURKHADIJAH BINTI JALIL

PELAJAR UNIT V16,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

The Adventure of Lola the cat

Chapter 1:

You deserve better

Lola is obviously a cat. A female cat.

She does have whiskers and fluffy

white fur that everyone will go nuts

about it, but what human doesn’t

know about her is, she’s a magical

cat from an alternate universe that

travels to our dimension just for one

solid reason, that is to spread kindness

and love. She is a cat in disguise.

Last night, Lola was passing through

a huge bridge above water. There

were many vehicles on the road,

luckily, Lola was walking at the sidewalk

beside the bustling and busy

road. Lola could hear voices

shouting and cursing from the angry

drivers, in their car nearby because

of the long queue that makes them

stuck.

Lola sighed while starring

the commotion that

happened, she

continued walking,

ignoring the noises

and voices of

lunatic people that

don’t know how

to be patient

and reserved.

Lola walked

further and was

surprised to

encounter a young

girl in her 20’s.

The girl sat

on the

bridge barrier, with both of her legs,

hanging low towards the cold water

beneath. She looks upset with tears

swelling in her orbs, her clothes are

a mess, just the same as her messy

bun. Lola was bewildered when she

noticed that the girl didn’t wear any

shoes on. Did the girl just walk

barefoot to the bridge, in the middle

of the night? What was the girl

thinking? Might the girl have gone

mad? Lola sighed and pushed all the

negative assumptions away. Who is

she to judge her, so she took steps

closer towards the girl and read her

mind instead, for a better

understanding.

“I thought you were different, I've

been hurt for my entire life, even by

my close and loves one before, and

foolish me to believe, that fate still

has mercy on my pathetic soul. It

looks like, you're just another

mistake that I hate to admit. This

endless misery destroyed me

entirely. If only destiny was on my

side. I could be the happiest person

alive. Shame on me, that still hoped

for the impossible. I have heard this

one saying ‘The higher you go, the

harder you'll fall’ and I’ve been

wondering what it’s like to jump

from here? Will, it hurt a lot? Will

you regret choosing her rather than

me?...”

Emelda, the girl who caught her

boyfriend cheating with her best

friend, twice, in the worst scenario

that anyone could think off, that was

in her own bedroom and house. Sad,

anger, the feeling of betrayal and

everything piling up in her head. The

urge to end everything had become

the only solution for her own

mistakes, to still trust her

boyfriend’s promises and lies, and

was generous enough to give him a

second chance after what he had

done before.

Lola got right on the action when

she saw Emelda, closing her eyes

and calmly letting her body to fall by

the breezy night wind, by the

moment. Lola fiercely pulled

Emelda’s long cardigan, preventing

her from falling.

Emelda felt weird and decided to

open her eyes again, just to see a

cute and fluffy cat pulling her

cardigan.

“It looks like, that you’re the only

living thing that want me to live.”

Emelda chuckled and cancelled her

intentions just now. She got down


over the barrier and examined the

fluff ball while squatting over it.

“Lola. That’s a beautiful name for a

beautiful cat.” She read the collar

tag, that was around the cat’s neck.

“You’re so cute? Mind if I rub your

belly, Lola?” Emelda laughed and

soon as she touched the cat,

something unexpected happened.

"Your feelings are valid. It's normal

to have those feelings because that

what makes us human after all. Your

youth is a blessing, you need to

spend it wisely. Happiness and

tranquility can come in many ways

and forms, it's not limited to just one

human, who don't know how to

value and appreciate you rightly.

You're more worth it than you think.

Just give yourself another chance to

live and proves that you can be

happy without him, because not

everybody you want deserves you.

May you attract someone who

speaks your language so you don't

have to spend a lifetime translating

your soul. Flowers need time to

bloom, so do you."

Emelda cried when several

realisations hit her right in the

heart. It felt like there is an entity

consoling her, convincing her that

not everyone has the same heart as

her. Telling her, that he was not a

mistake but a lesson that must be

learned.

"Purr purr" Lola purred, making

Emelda smile. She then put Lola

down, breaking the embrace.

"Alright kitty, I need to go now. I

have a new life to live, I'll open a

new book and close the old one."

Emelda smiled warmly and pet Lola

for the last time before walking

away, who knows where.

Lola felt great that she can save

another human being that needs

help when the world turned them

down.

Lola's first mission accomplished!

37

SAJAK

OLEH: DR HJ NOOR AZMI BIN OSMAN

UNIT KOKURIKULUM,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Seekor ikan di akuarium,

Warnanya oren kemerahan,

Menarik mataku melihatnya,

Akhirnya kubeli dari tauke kedai.

Seekor ikan di akuarium,

Setiap hari berenang riang,

Menyusuri air yang tenang,

Menarik perhatian siapa saja.

IKAN AKUARIUM

Seekor ikan di akuarium,

Terlihatnya kebosanan,

Kubawakan teman untuknya,

Moga makin riang dan

lincah berenangnya.

Dua ekor ikan di akuarium,

Tidak kusangka teman yang

kubawa itu

lebih besar saiznya,

Seekor ikan di akuarium,

Kini tidak lagi kumelihatnya.


38

CERPEN

OLEH: SITI ZUKHAIDAH BINTI MIOR YAHYA

PELAJAR UNIT V16

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

TAKDIR

BAHAGIAN 1

Aku Nur Maria binti Dato Azhar. Aku

bangga dilahirkan dalam keadaan serba

mewah. Dari kecil sehingga besar aku di

tatang bagai minyak yang penuh oleh

ibu bapaku tambahan pula aku adalah

anak tunggal mereka. Segala kemahuan

dan ke hendakku semuanya dipenuhi

tanpa sedikit pun membantah. Prada,

Lana Mark dan Judith Leiber yang

diidamkan oleh setiap wanita teteapi

sukar didapati kerana harganya yang

mahal telah mampu kumiliki ketika

usiaku berinjak ke belasan tahun.

Bilikku dilengkapi segala-galanya

hanya untuk aku. Setiap bulan

pakaian-pakaian akan diganti

dengan pakaian yang baru.

Makanan akan terhidang di atas

katilku pada waktu pagi. Dihantar

dan diambil pulang dari sekolah

oleh pemandu ayah. Aku merasa

kehidupanku serba mewah

ketika ini. Aku bahagia

sehinggakan aku kufur akan

nikmat yang telah Allah

berikan kepadaku.

“Maria, boleh tak aku nak

pinjam duit kau RM10, sebab

hari ini aku tak bawa duit?”

Lina meminta wang

kepadaku dengan nada yang

diolok-olokkan sedih.

“Boleh, nah ambil duit ni.”

Aku memberikannya wang

kertas berwarna merah

yang dikeluarkan dari

pursenya.

“Terima kasih Maria.”Ucap Lina dengan

pantas sambil mengambil wang itu.

“Tiada hal. Setakat RM10 ni macam

seringgit saja bagi aku. Sudah jom kita

makan, aku lapar.”Aku membalas dengan

wajah yang megah sambal melangkah ke

kantin.

“Eh, sekarang sudah pukul 10.45 pagi!

Sekarang masa untuk masuk ke kelas.”

Lina melihat jam di tangannya sambil

berkerut dahi.

“Ahh, biar saja!. Aku tidak takut dengan

pihak sekolah di sini lagi pula ayah aku

adalah ketua PIBG. Tanpa bantuan ayah

aku, sekolah di desa ini tidak akan

terbina. Jadi mereka kena sedar diri.”

Aku masih memberontak kerana terpaksa

bersekolah di kawasan kampung ini kerana

ayahku adalah ahli politik dan harus

menambat hati warga kampung untuk

kepentingannya. Tetapi aku masih

bertahan kerana kelengkapanku masih

dipenuhi. Aku tersenyum sambil

melangkah pergi ke kantin.

Ketika aku sedang asyik bersembang

dengan Lina di koridor tiba-tibaku

terlanggar Aina budak yang paling aku

benci itu.

“Arghhhhhhh, kau apahal budak kampung!

Kau tak nampak orang ke? Mata kau letak

dekat lutut ke letak dekat kaki?”


Aku memberontak apabila Aina

secara tidak sengaja terlanggar

aku. Habis berterabur buku-buku

yang dibawanya. Aku tidak

berkeinginan untuk menolongnya

ketika itu kerana jijik. Aku tidak

tahu perasaan cemburu atau apa

ketika aku melihatnya kerana bagi

semua orang di sekolah ini Aina

adalah permata yang sukar dicari

gantinya. Sangat rajin, pintar dan

suka menolong orang.

Sehinggakan Yusof anak ketua

kampung pun jatuh hati padanya

bukan padaku. Itu membuatkan

aku bertambah panas.

“ Maaf Maria. Aina tidak sengaja.

Aina minta maaf.” Aina tunduk

ketakutan apabila berdiri di

hadapanku. Lalu dia terus

mengutip buku yang masih

berterabur di lantai. Beberapa

orang pelajar di koridor itu hanya

menjadi pemerhati saja kerana

takut akan aku.

Aku tidak puas hati dan masih

panas hati apabila melihat wajah

Aina yang naif itu. Oleh kerana

itu aku memijak-mijak roti di

dalam plastik putih yang terjatuh

sekali di lantai itu untuk

mencabar kesabarannya. Lalu aku

berlalu pergi dengan perasaan

benci. Aku sempat menoleh ke

arahnya kembali dan melihat dia

masih mengutip roti itu meskipun

sudah lenyet aku lakukan. Lalu

berlalu pergi dari situ. Aku hanya

menjeling.

…...

“Aina?” Aku terpandang akan

kelibat Aina yang pergi ke suatu

sudut paling hujung di belakang

koridor. Aku tertanya-tanya apa

yang hendak dilakukan Aina

berseorangan di situ. Kelas

tambahan bermula pada jam 2.30

petang. Masih berbaki 30 minit

lagi. Ketika itu aku baru sahaja

selesai membuat hajat.

“Aku rasa Aina hendak berasmara

dengan Yusof ni. Sepandai-pandai

tupai melompat akhirnya jatuh ke

tanah jua. Aku akan pastikan biar

semua orang tahu perangai

sebenar kau Aina. Bagi mereka

engkau seperti malaikat dan aku

seperti syaitan. Kita lihat siapa

syaitan sebenarnya.” Aku

bermonolog sendirian dengan

senyuman sinis sambil perlahanlahan

mengikutinya. Kadangkadang

aku berselindung di

sebalik tiang takut dikesan.

Lagakku ini seorang spy.

“ Oh, lupa! Aku mengeluarkan

iPhone 11 Pro dari poket baju

kurungku.Bukti harus diambil

barulah mereka akan

mempercayaiku.

Ketika aku mula mengendap di

sebalik dinding koridor itu

alangkah terkejutnya apabila aku

melihat Aina memakan roti yang

telah aku pijak tadi. Tiba-tiba

aku berasa seperti ada duri tajam

yang mencucuk hatiku. Sangat

pedih sehingga aku merasa titisan

air mataku kian

bergelingan. Aku

dengan pantas

melangkah pergi

kerana tidak

sanggup

melihatnya lagi.

……..

“ Pak Mat, ikut budak perempuan

yang yang tengah kayuh basikal

ni.” Aku menyuruh pemandu

ayahku untuk mengikuti Aina

sambil menunding jari.

“Kenapa Maria tidak mahu

memanggilnya terus?” Pak Mat

bertanya kerana hairan dengan

tingkah laku aku yang berlainan

daripada biasa. Selalunya aku

tidak pernah membuang masa dan

mengambil kisah tentang rakanrakan

di kampung ini.

“ Pak Mat boleh jangan banyak

tanya. Ayah bayar gaji Pak Mat

untuk memandu saja bukan

mencampuri urusan Maria.” Aku

meninggikan sedikit suaraku.

Kerana dikaburi kekayaan, bukan

hanya aku hilang hormat dengan

orang miskin malah dengan orang

yang lebih tua dariku. Bagiku

mereka harus menghormatiku

dahulu baru aku akan

menghormati mereka.

“ Maafkan Pak Mat.” Pak Mat

memohon maaf kerana Pak Mat

sedar kedudukannya terletak

dimana. Benar kata orang terlajak

perahu boleh diundur terlajak

kata badan binasa.

Aku hanya memandang

mengangguk.

Pak Mat terus mengekori Aina.

Jauh benar Aina mengayuh

basikalnya sehingga hampir 20

minit baru dia berhenti di sebuah

kedai roti. Aku meminta Pak Mat

berhenti jauh sedikit dari kedai

itu kerana takut dikesan oleh

Aina.

‘ Aina buat apa di sini ya?’ Aku

bermonolog di dalam hati. Aku

melihat Aina masuk ke dalam

kedai itu. Aku kena siasat ni.’

“Pak Mat mari kita pulang.” Aku

meminta Pak Mat untuk memandu

pulang.

“Baik Cik Maria.” Pak Mat terus

memandu tanpa banyak soal

kerana takut akan dimarahi oleh

aku seperti tadi.

Ketika itu aku hanya menerawang

memikirkan Aina. Mengapa? Aku

sendiri tidak tahu. Aku dapat

merasakan Aina menyembunyikan

sesuatu daripadaku.

“Roti.” Secara tidak sengaja aku

telah menyebut perkataan itu.

………. Bersambung …...

TAKDIR


40

ARTIKEL

OLEH: PN. SITI HAYATI HJ MOHD YUSOFF

UNIT PENGAJIAN SENI VISUAL

JABATAN SAINS SOSIAL, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

BAHAGIAN 1

Din Omar

Kepelbagaian

Beliau merupakan salah

seorang pelukis Malaysia yang

menonjol dan bersifat inovatif

dalam mengemukan simbol dalam

karya media campuran. Dalam

karyanya, persoalan gaya tidak

terbatas dalam lingkaran

permasalahan bentuk, tetapi

meliputi aspek makna seperti tema

dan subjek, sama ada secara

representasi

mahupun

perlambangan.

Karya media campuran Din

Omar yang bertajuk ‘Kepelbagaian’

ini pernah dianugerahkan hadiah

kecil dalam pertandingan seni lukis

Bakat Muda Sezaman anjuran

Balai Seni Lukis Negara pada

tahun 1990.

Dalam karya ini, Din Omar

mengungkap kesatuan hidup

masyarakat majmuk Malaysia

menerusi imej nasi bungkus yang

menjadi simbol yang

memusnahkan perbezaan bangsa

dan warna kulit. Nasi bungkus

bersifat keMalaysiaan, diterima

dan digemari oleh berbilang

bangsa. Apa yang menarik dalam

karya ini , beliau mengambil suatu

perkara yang lumrah dalam

kehidupan lalu dipersembahkan

dalam bentuk kesenian.

Subjek Din Omar adalah

berkaitan dengan objek budaya

pemakanan seperti nasi bungkus,

pinggan mangkuk, sudu garpu dan

cawan. Apa yang paling nyata

menonjol ialah imej dan bentuk

nasi bungkus yang diolah sama

ada secara papar ataupun dalam

bentuk 3 dimensi. Usaha Din

mengungkap mesej budaya dan

kemasyarakatan pastinya berbeza

daripada kencenderungan

kebanyakan pelukis catan alam

benda yang turut menampilkan

objek budaya pemakanan, tetapi

hanya berminat pada nilai

keindahan yang tersurat sematamata.

"Kepelbagaian" serta karya

lain daripada siri nasi bungkus itu

cukup menarik dan menyegarkan,

mencerminkan sensitiviti pelukis

terhadap unsur biasa dalam

persekitaran mereka yang dapat

digarap sebagai simbol budaya.

Pendekatan Din Omar

dalam karya ‘kepelbagaian’ ini

mungkin bertalian dengan seni

popular, tetapi pemilihan motif dan

subjeknya bersifat tempatan.

Pemindahan imej dan bentuk nasi

bungkus ke permukaan catan serta

arcanya memperkaya penggunaan

simbol tempatan yang baru dalam

dunia seni moden Malaysia di

samping mengetengahkan isu-isu

budaya tempatan.

Mohd Fauzin Mustafa

The Lost Horizon

Mohd Fauzin Mustafa

antara pelukis Malaysia yang

gemar menggunakan media

campuran dalam berkarya. Karyakarya

beliau banyak merujuk

kepada alam sebagai subjek dan

sumber inspirasi yang kaya. ‘The

Lost Horizon’ merupakan antara

karya beliau yang terkenal. Dalam

karya ini beliau menggunakan

pelbagai campuran media seperti

perca, kepingan timah, emas, kolaj

dan akrilik. Tema yang cuba

ditonjolkan oleh beliau dalam karya

ini merujuk kepada alam flora dan

fauna sebagai motif ukiran kayu

dan batik.

Motif pucuk rebung dan

awan larat mengandungi makna

simbolik yang kuat tentang peribadi

dan kesopanan Melayu


iaitu satu bangsa yang

menghormati pemimpin serta

tunduk kepada suruhan Tuhan.

‘The Lost Horizon’ mempamerkan

beberapa perbezaan dari segi

pendekatan, pengolahan bentuk

rakaman, dan terjemahan bahasa

visual. Ini menjadikan karya beliau

ini berbeza dengan pelukis lain.

Karya Mohd Fauzin ini

terbentuk menerusi pengolahan

yang tidak mengongkong dan

menyarankan alternatif baru

terhadap eksploitasi media dan

bahan. Pelbagai mdia campuran

yang digunakan berjaya

mengungkap kemungkinan yang

mencabar dalam proses berkarya.

Beliau menggunakan ciri semula

jadi bahannya dengan sebaik

mungkin bagi mewujudkan kesan

yang diidamkan.

Warna perca yang

sememangnya sudah menyerupai

alam semula jadi dengan corak

bebunga diperelok menerusi

sentuhan dan campuran bahan

yang lain. Hasilnya, kesan yang

padu dapat dihayati dalam imej

yang yang lebih menyerupai

lanskap dan struktur bumi. Mediamedia

ang digunakan berjaya

menyerlahkan simbol yang

merujuk kepada budaya

tempatan. Tema dalam ‘The Lost

Horizon’ merupakan satu

penghayatan dan penghargaan

pelukis kepada alam ciptaan

Tuhan.

Karya ini melukiskan

rakaman penghayatan beliau yang

bersifat luaran dan dalaman.

Menurut Mohd Fauzin sendiri,

alam perlu dihayati zahir dan

batinnya iaitu segala yang tersurat

dan yang tersirat. Melalui

penghayatan terhadap alam,

akan mendorong kita mengenali

kebesaran Tuhan.

Alias Yusoff

The Fest 1

Pelbagai

tema,

pendekatan dan unsur formalistik

digunakan oleh para pelukis di

Malaysia dalam menghasilkan

karya mereka. Setiap karya yang

dihasilkan mempunyai kekuatan

yang tersendiri menjadikan karya

meraka itu unik dan berbeza dan

mempunyai identiti yang

tersendiri. Dalam karya Alias

Yussof bertajuk ‘The Fest 1’

terserlah dalam penggabungan

ciri-ciri formal yang disusun

dengan unik dan menimbulkan

kesan. Unsur-unsur rekaan

seperti garis, bentuk, jalinan,

warna dan rupa dihasilkan

menerusi

sensitiviti,

melambangkan keperihatinan beliau

terhadap agama, alam

sekeliling, masyarakat dan

budaya.

Karya

ini

mengetengahkan kaedah

penerokaan permukaan catan

dengan memberi perhatian

kepada komposisi dan dan

permasalahan teknikal. Gagasan

bahawa setiap sesuatu berhubung

dan dihubungkan dengan sesuatu

yang lain dalam alam ini menjadi

titik tolak karya beliau. Di

samping mencari perhubungan

dan kesatuan pelbagai bahan,

beliau cuba membentuk komposisi

yang harmonis dalam karyanya

menerusi percaturan dan

perhubungan satah, bentuk, rupa,

warna serta garisan.

Unsur-unsur harmoni dan

kontras dalam ciri formal seni lukis

diolah dengan sebaik mungkin

untuk menghasilkan komposisi

catan yang menarik dan

mengukuhkan struktur yang

tersirat.

Selain menyarankan

aspek penerokaan bahan dan

permukaan, karya Alias

memperlihatkan sikap ketelitian

dan disiplin yang tinggi dalam

proses komposisi. Komposisi

catan yang seperti ini tidak

terbentuk secara kebetulan, tetapi

memerlukan perancangan yang

konstruktif dan teratur.

Unsur-unsur

keseimbangan dan pergerakan

serta kadar bandingan

umpamanya dikaji dengan teliti.

Ini agak berbeza dengan karya

abstrak ekpresionisme yang

banyak bersandar pada unsur

kespontanan dalam proses

berkarya. Karya ini bukan sahaja

mendukung kuat pendekatan

formal yang berkaitan dengan

bahan dan permukaan, tetapi juga

turut menyarankan makna yang

tersirat tentang perkembangan

tamadun yang berlainan zaman

serta konsep keharmonian alam.

Ruzaika Omer Basaree 1981

Sri Dungun

Media Campuran

Karya ini menggabungkan

motif seni bina ukiran Melayu

tradisi dalam catan-catannya yang

juga bersifat kearcaan.

Pendekatannya

telah

memperluaskan pengertian catan

yang lazimnya ditakrifkan sebagai

aturan warna di atas permukaan

dua dimensi semata-mata kepada

karya yang bersifat tiga dimensi.

Pelukis mendalami nilainilai

estetika Islam dan

menterjemahkan kefahamannya

itu menerusi karya-karya yang

selama ini dirujuk oleh pelukis

yang memiliki makna tersirat yang

berkaitan dengan Islam. Keduadua

konsep yang terjelma dalam

kesenian tradisi seperti seni ukiran

kayu dan seni bina Melayu tradisi

seterusnya meletakkan kesenian

yang berkontekskan galeri seni.

BERSAMBUNG...


42

SAJAK

OLEH: SHEILA SARAVANAN

PELAJAR UNIT V7

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

BENCANA

Di sini datang air,

Apa yang tahu dan

Apa yang aku percaya !

Ada runtuhan imej ?

Itu tidak lagi menghiburkan

aku …..

Aku cuba untuk tidak berpura-pura

Ia tidak akan berlaku lagi dan lagi seperti itu

Aku tidak fikir ia akan berakhir

'Sebab kau bangun di kepalaku,

di kepala aku macam itu

Dan membuat aku bahagia, sayang, cinta gila,

sangat menakjubkan

Tetapi ia berubah, mengatur semula

Aku tidak fikir aku boleh mengambil lagi

42

SENI

OLEH: DR. SAIDAH BINTI HARIS @ HARITH

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com


43

SAJAK

OLEH: EN. HAMDAN HAJI YAAKUB

JABATAN PENGAJAN MELAYU, IPG KAMPUS IPOH

PERSATUAN KARYAWAN PERAK

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

KITA

BERSAUDARA

Malaysia – Indonesia

sebenarnya kita satu

satu alam

satu bangsa

satu budaya

satu agama

dari nenek moyang silam.

Mengapa kita harus

memuntahkan larva gunung ketegangan

mengapa kita harus

menyalakan obor kemarahan, kesangsian

sedangkan kita

bersaudara

berkasih sayang

berjumpa bermesra

bersatu hati

dalam lingkaran serumpun dan serantau.

Malaysia- Indonesia

masa depan kita

mesti direncana sebaik mungkin

kukuh mesti, utuh bersama

demi anak bangsa nusantara

yang bebas dan tidak terbelenggu

dengan omong-omongan

yang meleraikan,

memisahkan,

memecahbelahkan

bangsa seantero sejagat.

Malaysia – Indonesia

bangkitlah

sedarlah

sebenarnya kita masih bersaudara

masih ada kuntum-kuntum kasih.

43

SAJAK

OLEH: PN. ZANARIAH HAMID

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU,

LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

IBU

Ibu,

Sering ke dapur tanpa berasa lelah,

Memasak, membasuh, mengemas,

Seawal pagi hinggalah ke malam,

Tak pernah mengeluh,

Malah riang melayan anak-anaknya.

Ibu,

Sanggup berkorban wang ringgit

Sakit anak, sakit lagi perasaannya,

Pernahkah kau kisah?

Ibu yang mengharapkan,

Secebis perhatian mahupun kasih sayang.


44

CERPEN

OLEH: MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZA’BAR

PELAJAR UNIT V2

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

BALASAN JANJI

PALSU MU…

Apakah yang dimaksudkan dengan CINTA ?.

Cinta merupakan sifat semulajadi yang lahir dalam

diri seseorang tetapi, adakah cinta ini membawa

kebaikan sahaja ?. Sedar ataupun tidak kehadiran cinta

menjadikan kehidupan seseorang itu bertambah baik ataupun

sebaliknya.

Azman dan Rindiani merupakan

pasangan kekasih yang telah

menjalinkan hubungan percintaan

sejak zaman universiti lagi. Rindiani

merupakan seorang pelajar

daripada golongan keluarga yang

berada tetapi Azman merupakan

pelajar yang serba kekurangan.

Hubungan mereka seperti pinang

dibelah dua iaitu saling melengkapi

antara satu sama lain. Pada awalnya,

hubungan mereka ini berlaku tanpa

diduga kerana selepas tamat sahaja

kelas pertama, Azman menyanyikan

lagu daripada kumpulan Slam yang

bertajuk Rindiani. “Rindiani

kekasihku sayang jangan pergi dari

sisiku, Rindiani bunga hati

sayang…”. Lagu itu dinyanyikan oleh

Azman kerana dia berasa lega

selepas tamat kelas tersebut.

Semasa Azman menyanyikan lagu

tersebut, tiba-tiba wanita yang

cantik bernama Rindiani lalu di

hadapan Azman dan menegurnya.

“Kenapa awak panggil nama saya?”.

Kata Rindiani kepada Azman.

Sebenarnya Azman tidak

mengetahui bahawa wanita tersebut

bernama Rindiani. Azman terpaku

melihat Rindiani yang cantik seperti

bidadari syurga jelmaan

dunia.Rindiani menanyakan soalan

itu buat kali yang kedua. “Kenapa

awak panggil nama saya?”. Azman

menjawab dengan nada yang serius.

‘Tiada apa-apa’. Wanita tersebut

pergi meninggalkan Azman dengan

memberikan jelingan mata yang

tajam. Sejak daripada itu Azman

ingin mengenali Rindiani dengan

lebih dekat.

Hari demi hari Azman cuba

untuk mendapatkan maklumat

tentang wanita yang dianggap

sebagai bidadari itu. Namun, usaha

Azman iaitu ingin mengejar

cita-citanya untuk menjalinkan

percintaan dengan Rindiani pudar

selepas dia mengetahui bahawa

Rindiani adalah anak Dato’ Razali.

Azman berkata dalam hati “anak

Dato’ rupanya”. Selepas Azman

mengetahui Rindiani adalah

golongan orang yang berada, Azman

rasa dia tidak sepadan dengan

Rindiani yang dianggap sebagai

bidadari kerana Azman sedar yang

dirinya bukan daripada golongan

yang berada tetapi dalam beberapa

hari kemudian sesuatu yang di luar

jangkaan berlaku iaitu Rindiani

menegur Azman melalui Whats app.

“ Hai, assalamualaikum. Saya

Rindiani.”. Azman terkejut, dan

hatinya mula berbunga-bunga

setelah membaca mesej tersebut.

“Waalaikumussalam” jawab Azman

sambil tersenyum menghantar

mesej. Bermulalah episod cinta

Azman dengan Rindiani.

Hubungan mereka sebagai

kawan biasa yang lama

kelamaannya menjadi pasangan

BAHAGIAN 1

kekasih selepas mereka berdua

kerap berjumpa dan meluahkan isi

hati masing-masing. Setahun sudah

berlalu, Rindiani menjalinkan

hubungan dengan Azman tanpa

pengetahuan ibu bapanya.

Sebaliknya, keluarga Azman

mengetahui bahawa Azman

menjalinkan hubungan dengan

Rindiani. Hal ini kerana, Azman

merupakan anak yang taat kepada

ibu bapa dan sering bertanya khabar

keluarganya melalui panggilan

telefon. Jadi secara tidak langsung,

keluarga Azman dapat mengenali

Rindiani kerana Azman telah

menceritakan hubungannya dengan

Rindiani kepada ibu bapanya.

Azman menganggap bahawa

Rindiani telah menceritakan serba

sedikit tentang dirinya kepada

keluarga Rindiani tetapi pada

hakikatnya Rindiani tidak

menceritakan apa-apa pun kepada

ibu bapanya tentang hubungannya

dengan Azman.


“Ini adalah merupakan tahun

akhir kita di sini.” kata Azman

kepada Rindiani. “Jadi apakah hala

tuju hubungan kita selepas ini

Rindiani”. Tambah Azman. Rindiani

menjawab dengan nada yang lembut

“hubungan kita sudah hampir empat

tahun jadi, saya rasa kita belum

cukup mengenali hati budi masingmasing

lagi”. Azman menambah.

“Adakah awak ikhlas mencintai

saya ?”. Rindiani menjawab “Ya, saya

ikhlas mencintai awak dan saya

berjanji akan setia pada awak”.

Azman berkata “Baiklah saya terima

sumpah setia awak dan saya akan

serahkan jiwa dan raga ini hanya

untuk awak Rindiani”. Hubungan

mereka bertambah erat sehingga

mereka mendapat segulung ijazah

pada hari graduasi.

Pada hari graduasi tersebut,

suasana di universiti sangat meriah

ditambah pula dengan kehadiran

ibu bapa yang menambahkan lagi

seri hari graduasi tersebut. Pada

hari graduasi inilah yang menyebabkan

hati Azman terguris apabila Azman

diperkenalkan oleh Rindiani

kepada ibu bapanya. “Mama, papa

ini dia Azman kawan baik Ani.”

“Assalamualaikum, apa khabar Dato’

dan Datin?” Azman bertanya.

“Alhamdulillah, kami baik saja.

Kamu anak Dato’ siapa?” tanya Dato’

Razali kepada Azman. “Oh, saya

bukan anak Dato’ “ jawab Azman.

Dato’ Razali menambah “Sepatutnya

anak saya hanya berkawan dengan

orang yang berada saja seperti anak

Dato’, bukannya orang seperti ….”

Rindiani terus menukar topik

perbualan “Papa jom kita pergi

makan” kata Rindiani kepada

ayahnya dengan nada suara yang

tinggi seakan-akan perutnya lapar

sehingga ada pisau menyucuk ke

perutnya. Rindiani dan ibu bapanya

terus pergi meninggalkan Azman

seorang diri. Azman agak terasa hati

apabila Dato’ Razali berkata begitu

kepada dia. “Walaupun aku tak kaya

harta tapi aku kaya hati” Azman

bersuara dalam hati.

Tiba sahaja di sebuah

restoran, Dato’ Razali berkata “Papa pergi?” tanya Azman kepada

tak nak tengok kamu berkawan kekasihnya. Namun Rindiani

dengan budak lelaki tu”. Rindiani mendiamkan diri sahaja. “Awak,

menjawab “tapi kenapa papa?. Dia

tu baik je, dia layan Ani dengan

penuh mesra paaa”. Situasi menjadi

saya tanya ni?” kata Azman dengan

nada yang serius. Tiba-tiba Dato’

Razali keluar dari rumah dan pergi

semakin tegang apabila Dato’ ke Azman lalu berkata “Woi, aku tak

Razali menengking Rindiani di nak tengok kau berkawan dengan

hadapan khalayak ramai yang sedang

anak aku lagi!! cerminlah muka kau,

menjamu selera di restoran kau tak sesuai dengan anak aku.”

tersebut.”Papa bagi amaran dekat

kamu, kalau kamu ingkar arahan

papa, kamu tidak lagi menjadi anak

papa yang sah. Datin Mira cuba

Azman pulang dengan kesedihan

yang teramat dalam. “Sampai hati

kau buat aku macam ni” Azman

berkata dalam hati.

menenangkan keadaan. “Abang, apa

abang merepek ni, sudahlah malu

Tiga

peristiwa

bulan

buruk

sudah

yang

berlalu,

melanda

orang tengok,”. Dato’ Razali hubungan Azman dengan Rindiani.

menambah “Awak diam”. Rindiani Peristiwa itu telah dilupakan oleh

terus melangkah keluar dari Azman dan dia menganggap bahawa

restoran tersebut sehingga jodohnya dengan Rindiani tiada.

menitiskan air mata.

Azman baru memulakan

“Seminggu dah berlalu, mana pekerjaannya sebagai jurutera

kekasih aku ni?. Bila telefon, dia tak elektronik di sebuah syarikat

angkat” bisik Azman dalam hatinya.

“Esok terpaksa aku datang rumah

dia” tambah Azman. Keesokannya,

Azman tiba di rumah kekasihnya.

“Assalamualaikum Rindiani” sudah

tiga kali Azman memberi salam

namun tiada orang yang menjawab.

komputer. Setiap kali Azman ingin

pergi ke tempat kerjanya, sudah

pasti dia perlu melalui jalan untuk

ke rumah Rindiani.

Pada suatu malam, hati Azman

terlintas untuk menulis sepucuk

surat yang isinya penuh dengan

kekecewaan terhadap wanita yang

dia sayangi. “Di awal percintaan

sungguh indah hidup kita dan

kemesraanmu membangkitkan

kasih sayang, betapa relaku

berkorban untukmu. Tetapi

mengapa dengan tiba-tiba engkau

membenciku hingga kau tergamak

tidak sudi lagi memandangku. Di

mana sumpah setiamu dahulu oh

sayang seandainya suatu hari nanti

hidupmu tak bahagia itulah balasan

sumpahan janji palsumu.” Azman

berkata kepada keluarganya jika dia

tiada di dunia ini nanti, tolong beri

Apabila Azman hendak pergi

meninggalkan rumah Rindiani

dengan menaiki motosikalnya

tiba-tiba, Rindiani keluar dan terus

pergi ke Azman. “Ke mana awak

surat ini kepada Rindiani. “Ish,

kenapa kamu cakap macam ni

Man,?” tanya mak Azman dengan

nada yang serius. Azman hanya

mendiamkan dirinya sahaja.


Keesokan harinya, dalam

perjalanan Azman ke tempat

kerjanya, Azman terlibat dalam satu

kemalangan yang melibatkan kereta

pasangan pengantin dengan

motosikal yang ditunggangnya.

Tragedi tersebut menyebabkan

Azman koma dan terlantar di

hospital. Pasangan pengantin yang

melanggar Azman itu sebenarnya

Rindiani dan pasangannya. Rindiani

dan pasangannya hanya mendapat

kecederaan ringan sahaja. Pada

awalnya Rindiani tidak mengetahui

bahawa mangsa yang terlibat dalam

kemalangan itu adalah Azman.

Selepas dia berjumpa dengan

jururawat yang menguruskan

mangsa koma yang terlibat dalam

kemalangan dengannya, dia baru

sedar mangsa yang koma itu adalah

Azman.

Rindiani terus pergi ke katil

Azman sambil mengalirkan air mata.

46 SAJAK

Pada masa yang sama,

keluarga Azman tiba di hospital

untuk melihat keadaan Azman.

“Kamu ni siapa?” tanya mak Azman

dengan nada yang sayu. Rindiani

menjawab “saya Rindiani”. Keluarga

Azman terkejut, kerana mereka

tidak menyangka bahawa pasangan

pengantin yang melanggar Azman

itu adalah Rindiani.

Sudah seminggu Azman tidak

menyedarkan diri, namun Rindiani

tetap berada di sisi Azman.

Keesokan harinya, tidak diduga

Azman telah meninggal dunia.

Rindiani dan keluarganya berasa

hidup mereka amat bersalah dengan

tindakan yang mereka lakukan

terhadap Azman. Kemudiannya,

jenazah Azman dibawa ke rumahnya

untuk pengurusan jenazah.

Pada hari itu, Rindiani tidak

mahu bercakap dengan sesiapa pun

kerana dia menyesal dengan

OLEH: MOHAMMAD SYAMIL BIN ABDUL HAMID

PELAJAR UNIT R1

IPG KAMPUS IPOH

perbuatannya yang lalu. Selepas

jenazah Azman dikebumikan, mak

Azman menyerahkan surat yang

ditulis oleh Azman kepada Rindiani.

Rindiani membaca surat tersebut

sambil menangis di hadapan kubur

Azman. “Azman maafkan aku!!!” kata

Rindiani kepada Azman.

TAMAT

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

KUULANG

SETIA

Kuhambat gelora sepi,

Dari taman permainan akal,

Sekian lama melonjak,

Pada satu tapok sama

Ilham hadir,

Akal memikir,

Hati menafsir,

Mulut mengukir

Pujangga kata dijadikan nasihat,

Menampi mimpi pada buaian utuh,

Menatang hati dcelah-celah lurah,

Mendukung cita dalam benak samar

Perjalanan itu,

Telah terukir satu cerita gagal,

Berseni bunga,

Berconteng arang

Ada pula bertanya,

Aku setia pada jawab yang sama,

Belum tiba masa,

Mungkin aku tiada masa

Aku diusik,

Dalam gurau harapan,

Pada satu perjuangan,

Dan aku belum tewas

Pelangi indah,

Pelangi muda,

Indah bermadah,

Muda berwatak

Asbab satu perkenalan,

Di tepian mesej profesional,

Aku mula kenal,

Dia pula ingin mengenal

Kali ini,

Biarlah perlahan,

Asal berterusan,

Dan berkekalan

Ya,

Mudanya tidak perlu mencari,

Tetapi,

Usiaku kenapa takut mencalon diri

Seurat alasan jangan dicari,

Selembar harapan perlu diberi,

Agar dimiliki kekal sejati,

Sama menjadi penghias khilaf diri

Berpaksi satu niat,

Setia dek rembulan,

Bersinar bercampah bintang,

Berpayung putih awan

Pencarian ini,

Untuk diriku,

Demi pemimpinku tika kecil,

Dan matlamatku sesudah ajal

Moga aku kekal,

Mendukung doa,

Memanjat harapan,

Menyemai keikhlasan.


47

CERPEN

SAYANG KU SI

MATA-MATA

BAHAGIAN 1

Percintaan yang indah pasti

diinginkan oleh semua orang.

Persoalannya, bagaimanakah

percintaan ini memberi keindahan dan

adakah percintaan ini membawa

kezaliman yang tidak bermata dan

tidak berhati seolah-olah

meracuni seseorang.

Hani berehat sebentar di atas

pangkin di hadapan rumahnya yang

diteduhi oleh pokok manggis yang

agak rendang. Hani merupakan

pekerja kilang kotak yang

mempunyai semangat yang kuat

dalam pekerjaannya. Dia juga sedar

yang dirinya tidak mampu untuk

menjadi seorang yang mempunyai

kekayaan harta benda yang

dipandang tinggi oleh setiap orang

tapi dia percaya bahawa setiap

orang pasti mempunyai kelebihan

dan rezeki yang telah ditetapkan.

Hani menetap di sebuah rumah

dalam perkampungan yang kecil di

Klang dan dia telah ditinggalkan

oleh keluarganya. Dia merupakan

anak bongsu daripada dua orang

adik beradik. Perbalahan Hani

dengan bapanya terjadi kerana dia

tidak turuti perintah ayahnya yang

menyuruh Hani supaya berkahwin

dengan seorang lelaki duda yang

berumur dalam lingkungan 60

tahun. Hani menolak sekeras-

OLEH: MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZA’BAR

PELAJAR UNIT V2

IPG KAMPUS IPOH

kerasnya suruhan ayahnya

kerana dia tidak sanggup

untuk berkahwin dengan

pilihan ayahnya iaitu Osman

yang agak berharta. Se

dangkan pada ketika itu

Hani telah pun mempunyai

kekasih yang dicintai iaitu

Nasir. Disebabkan itulah

Hani meninggalkan keluar

ganya. Osman yang juga

merupakan kawan kepa

da ayah Hani yang sering

membelanja ayah Hani ber

sarapan hampir setiap

minggu di warung pak Ha

mid.

Nasir yang dicintai

oleh Hani sebenarnya hanya

berpura-pura untuk menyint

ai Hani. “Kasih yang lama

terjalin mudah sungguh

kasih mu berpaling Nasir,

dan lebih menyedihkan

lagi aku bagai ditampar oleh

bahasa mu yang tak sepatutnya

engkau ucapkan.” kata Hani pada

dirinya sendiri setelah dia

menyedari Nasir mempermainkan

cintanya. Namun Hani reda dengan

apa yang terjadi dalam hidupnya.

Pada suatu hari, Hani

memandu keretanya untuk ke

kilang dan terserempak dengan

Nasir di lampu isyarat mujur pada

masa itu Nasir tidak perasan akan

kereta yang dipandu oleh Hani. Hani

teringat kembali kisah cintanya

bersama Nasir dua tahun yang lalu

semasa menunggu lampu isyarat

hijau. Tiba-tiba kereta di belakang

kenderaan Hani membunyikan hon

kereta kerana telah tiba masanya

untuk kenderaan bergerak. Hani

dengan tercengang-cengang mula

memandu kenderaan.

Hani mula hairan, bagaimana

Nasir boleh berada di Klang

sedangkan dahulunya Nasir

menetap di Mantin. Hani terus ke

kilang untuk mulakan kerjanya

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

seperti biasa. Tamat sahaja waktu

pekerjaan, Hani menelefon ibunya

bertanya khabar tentang ahli

keluarganya. Ibu Hani memujuk

Hani supaya balik semula ke rumah

untuk bertemu keluarganya di Kuala

Selangor. Tapi Hani belum bersedia

untuk bertemu dengan ayahnya. Ibu

Hani memberi tahu bahawa ayahnya

telah bergaduh dengan Osman

kerana sikap Osman yang

mengungkit kembali wang yang

telah dibelanjakan kepada ayah Hani

dan menyuruh ayah Hani membayar

semula wang yang dibelanja itu.

Osman juga turut mengugut ayah

Hani dengan berkata “ aku ada dua

pilihan sama ada kau nak bayar

balik duit tu atau kau nak

kahwinkan anak kau Hani dengan

aku”. Ayah Hani menjawab “tak

ingin aku menantukan kau yang

kuat mengungkit ni nanti apa lah

jadi kalau aku kahwinkan kau

dengan Hani, segala wang yang kau

belanja aku tu akan aku bayar

kepada kau yang kuat mengungkit

ni”.

Osman dengan tiba-tiba

menghalakan penumbuk ke muka

ayah Hani, mujur ayah Hani sempat

untuk mengelak tumbukan Osman.

Kemudian Osman ditenangkan oleh

orang yang berada di kedai pak

Halim.

Hani agak terkejut mendengar

khabar berita tersebut. “Jadi ayah

macam mana sekarang ibu?”. Tanya

Hani kepada ibunya. Ibunya

menjawab “ayah kamu tiada

apa-apa, itu lah sebab mak suruh

kamu balik ke sini, lagi pun ayah nak

minta maaf dekat kamu, dia dah

salah buat pilihan hari tu sampai

kamu merajuk lari rumah”. “Baiklah

ibu, nanti saya balik ye” Hani

berkata kepada ibunya. “Yelah, aku

pun dah lama tak balik rumah” bisik

Hani pada dirinya.


Keesokan harinya, Hani bekerja

seperti biasa bersama rakan

sekerjanya. Tiba-tiba seorang

rakannya datang kepada Hani dan

memberi kad kahwin serta

menjemput Hani untuk ke majlis

perkahwinan. Hani terkejut apabila

melihat kad kahwin yang tercatat

nama Nasir bin Ahmad bersama

pasangannya Anita binti Azam. “Aik,

Nasir mana pulak ni? Tak kan lah

Nasir yang pernah aku kenali

sebelum ni takpe-takpe nanti aku

datang” bisik Hani pada dirinya.

“Wah, tahniah Anita dah nak kahwin

dah, nanti aku datang ye Anita” kata

Hani kepada Anita. “Terima kasih

Hani, nanti datang tau” jawab Anita.

Hal ini menimbulkan 1001

persoalan kepada Hani terhadap

lelaki yang bernama Nasir bin

Ahmad. “Aku harap Anita dapat

suami yang bukan Nasir bin Ahmad

yang aku kenali dahulu, Nasir bin

Ahmad yang aku kenali dahulu

adalah lelaki yang suka memainkan

perasaan aku.

“Baiklah, esok aku nak balik

kampung nak minta maaf dekat ibu

bapa aku” bisik Hani pada dirinya.

Semasa dalam perjalanan Hani ke

rumahnya selepas habis bekerja

sekali lagi Hani terserempak dengan

Nasir di lampu isyarat. Namun Nasir

tidak perasan akan kehadiran Hani.

Hani ingin mengekori Nasir dari

belakang kerana dia musykil

mengapa Nasir hadir ke Klang

sedangkan Nasir tinggal di Mantin.

Hani terus mengekori Nasir tetapi

suatu kejadian yang tidak patut

berlaku iaitu Nasir dilanggar oleh

sebuah lori yang dipenuhi dengan

batu-bata. Kejadian betul-betul

berlaku dihadapan Hani mujur dia

tidak terlibat dalam kemalangan.

Persoalannya bagaimanakah

keadaan Nasir yang hanya memandu

motosikal yang dilanggar oleh lori

yang besar. Hani menjerit “ya Allah,

Nasir” dan Hani terus melangkah

keluar daripada keretanya.

Pemandu lori tersebut yang

menukar lorong secara tiba-tiba

tanpa memberi isyarat menukar

lorong. Hani terkasima dengan

kejadian yang berlaku dan dia terus

menelefon ambulans. Mujur ramai

yang datang membantu

menyelamatkan Nasir yang

dihempap batu-bata.

Selepas beberapa minit

ambulans hadir bersama bomba dan

polis. Ambulans terus membawa

Nasir ke hospital yang berdekatan.

Hani menjadi saksi kemalangan

tersebut dan dia menceritakan

kejadian yang berlaku kepada

anggota polis.

Selepas dua jam kemalangan

berlaku Hani pulang ke rumah

dengan tangisan. Dia tidak dapat

percaya dengan apa yang berlaku

kepada Nasir. Jam menunjukkan

sudah pukul tiga pagi namun, Hani

tidak dapat melelapkan matanya

untuk tidur walaupun pada masa itu

Hani telah pun baring di atas katil.

Dia segera bangun dan menunaikan

solat sunat tahajud supaya jiwanya

lebih tenang. Hani berdoa dan

bermonolog kepada Allah supaya

Nasir berada dalam keadaan baik.

Keesokan harinya, Hani pergi

melawat Nasir di hospital tetapi juru

rawat di hospital tersebut

mengatakan bahawa Nasir telah

meninggal dunia dan jenazahnya

telah dihantar ke Mantin. “Apa !!

sudah meninggal dunia” Hani

terkejut. Hani terus bergegas ke

rumahnya untuk mengemas pakaian

dan bergerak ke Mantin dan terus

balik ke Kuala Selangor bertemu

dengan keluarganya.

Apabila sudah sampai di Mantin

Hani pergi ke rumah keluarga Nasir

untuk melihat jenazah. Hani

menangis dan tidak dapat

mengungkapkan sebarang kata-kata.

Selesai sahaja pengurusan jenazah,

Hani terus menyambung perjalanan

ke kampungnya.

Apabila sudah sampai, Hani

terus melangkah masuk ke dalam

rumah keluarganya yang telah lama

dia tinggalkan. “Assalamualaikum,

ibu?, ayah?, along?. Oh dekat dapur

rupanya.” Hani terus salam kedua

ibu bapanya dan memohon maaf.

Hani menceritakan segala kisah

yang terjadi kepada ibu bapanya.

“Ayah nak cakap sesuatu dekat kau

ni” ayah Hani berkata. Hani

menjawab “ye ayah”. “Ayah nak

minta maaf dekat kau sebab ayah

paksa kau untuk kahwin dengan

Osman hari tu” ayah Hani berkata.

Hani menjawab “eh, ayah ni ….Hani

pun nak minta maaf sebab keluar

rumah macam tu je…..maafkan saya

ayah”. Ayah Hani tersenyum dan

berkata “ayah dah maaf kan kamu

dah”.

“Akak, sekarang macam mana?

Dah lama dah saya tak makan nasi

minyak…..hahaha…..”. Tanya Hani

sambil ketawa. “Ish kamu ni, dah

lama tak balik nak cari gaduh

pulak….yang kamu pergi ke Klang tu

buat apa? Cari suami ke?…..”tanya

kakak Hani sambil ketawa.

Hani menceritakan segala kisah

yang berlaku kepada ibu bapanya.

Setelah tiga hari dia tinggal bersama

dengan keluarganya, Hani pun mula

berangkat pergi untuk pulang ke

Klang. Semasa dalam perjalanan

pulang, Hani perasan yang dirinya

telah diikuti oleh sebuah kereta

yang berwarna hitam serta tingkap

yang agak gelap. Keadaan tingkap

itu menyukarkan Hani untuk

melihat siapakah pemandu tersebut.

Hani berasa amat takut dan dia mula

mengambil langkah berjaga-jaga.

Hani meneruskan lagi

perjalanannya, dia berasa pelik

mengapa kereta tersebut

mengekorinya. Hani memandu

kenderaannya terus ke balai polis

yang berhampiran. Namun, kereta

tersebut tidak memandu masuk ke

dalam balai polis tersebut.

Ini menimbulkan satu

persoalan kepada Hani, “asal pulak

kereta tu ikut aku” Hani bertanya

pada dirinya sendiri. Tetapi Hani

mengenal pasti nombor pendaftaran

kereta tersebut. Secara tidak


langsung, Hani akan dapat

mengetahui siapa pemandu

kenderaan tersebut. Hani terus

membuat laporan polis supaya

membuatkan dirinya lebih selamat.

Selepas sehari, polis memanggil

Hani semula untuk mengenal pasti

bahawa adakah dia kenal akan

pemilik kenderaan tersebut. “Puan,

adakah puan kenal siapa pemandu

ni” anggota polis itu bertanya. Hani

menjawab “eh, saya kenal ni……dia

ni Osman”. Hani mula risau dan dia

terus memberitahu kepada ayahnya.

Ayah Hani menasihati Hani supaya

berjaga-jaga dalam semua tindakan

dan keadaan sekeliling. Anggota

polis akan memantau dan mengikuti

segala pergerakan Hani .

Hani betul-betul tidak

teringat tentang Anita yang akan

melangsungkan

majlis

perkahwinannya bersama Nasir.

Semasa berada di kilang Hani

ternampak wajah Anita dan dia

terus berjalan melangkah laju

menuju ke Anita. “Hai, Anita awak

nak berkahwin minggu depan

dengan siapa ye?” tanya Hani

kepada Anita. Anita menjawab “saya

nak berkahwin dengan Nasir,

kenapa ya?.” Hani bertanya “eh,

bukan ke Nasir dah meninggal?”.

Anita menjawab semula “Awak salah

orang lah Hani, elok je Nasir hantar

saya ke kilang ni pagi tadi”. Hani

terdiam seribu kata seakan-akan

dirinya telah ditipu dengan nama

Nasir. “Oh, saya silap orang lah

ni….hahahaha” Hani ketawa dengan

sikapnya sendiri dan dia terus pergi

meninggalkan Anita. Anita berkata

kepada Hani dengan nada suara

yang agak tinggi semasa Hani pergi

meninggalkan Anita “Hani, nanti

datang majlis aku tau”. Hani tidak

menoleh kepada Anita dan hanya

mengangkat ibu jari tangannya

menunjukkkan bahawa yang dia

akan hadir ke majlis tersebut.

Setelah seminggu berlalu,

Hani pergi ke majlis perkahwinan

Anita. “Wah cantiknya pelamin dia”

Hani teruja dengan kemeriahan

majlis perkahwinan tersebut.

Tiba-tiba, seorang lelaki

berkata kepada Hani “cantik kan

pelamin dia, nanti kita bersanding

atas pelamin itu ye” Hani menoleh

rupa-rupanya Osman yang berkata

begitu kepada Hani. Hani terus pergi

jauh daripada Osman dan pergi

tanpa menjamah makanan yang

disediakan. Hani terus pergi ke

keretanya sambil berlari. “Macam

mana dia boleh tahu yang aku ada

dekat situ, tak ada pun polis yang

cakap nak ikut Osman dan nak jaga

aku……dah lah tua lepas tu nak

mengorat aku. Arhhh…”Hani agak

bengang dengan apa yang terjadi

pada dirinya yang diganggu oleh

Osman.

Hani terus memandu

keretanya dan pergi ke balai polis

untuk memberi penjelasan kepada

pihak polis kerana dirinya diganggu

oleh Osman. “Encik macam mana

encik buat kerja? Osman tu dia

kacau saya lagi….susah lah saya

macam ni encik” Hani merungut. “Eh

puan, puan kene sabar….. kami akan

cuba selesaikan masalah puan ni…..”

kata salah seorang anggota polis

kepada Hani. “Encik kata encik akan

mengikut segala pergerakan saya,

memantau saya tapi takda pun.”

Hani menambah. “Puan, macam

mana puan boleh kata yang kami tak

ikut dan tak pantau puan, kami ada

lah puan, saya dah lantik mata-mata

untuk ikut puan…..buat masa

sekarang ni puan sabar ye, kami

akan selesaikan kes ni puan” kata

anggota polis tersebut.

Hani terus melangkah keluar

dari balai polis dan pulang ke

rumahnya dengan perasaan yang

agak tidak puas hati.

Osman sememangnya tidak

perasan bahawa ada mata-mata

yang melihatnya semasa majlis

perkahwinan Anita. Namun Osman

mengetahui bahawa Hani telah

membuat laporan polis kerana

semasa Osman mengekori Hani dari

belakang, dia perasan yang Hani

telah masuk ke simpang menghala

ke balai polis yang berdekatan.

Osman turut mengambil langkah

berjaga-jaga bagi mengelakkan

dirinya di tangkap. Apakah tindakan

yang akan dilakukan oleh Osman

kepada Hani yang tidak mahu

berkahwin dengan Osman ?.

Semasa dalam perjalanan

pulang ke rumahnya Hani terlibat

dalam satu kemalangan. Keretanya

disodok atau dilanggar dari arah

belakang oleh kereta yang agak

mewah yang dipandu oleh seorang

pemuda. Hani terus

memberhentikan keretanya dan

terus keluar daripada keretanya.

“Woi, habis kereta aku” kata Hani

kepada pemuda yang melanggar

keretanya. Pemuda itu pun keluar

daripada keretanya dan berkata

“maaf puan, saya yang salah sebab

bermain telefon semasa memandu”.

Wajah Hani bertukar menjadi

bersinar-sinar selepas melihat

wajah pemuda yang tampan itu.

“Ok,….ok” kata Hani kepada

pemuda tersebut. “Puan, jom kita

pergi kat kedai depan tu kejap” kata

pemuda itu. Jadi mereka tiba di

kedai tersebut dan membincangkan

hal kemalangan yang berlaku.

“Macam ni lah puan, saya bayar

ganti rugi kenderaan puan atau

puan nak buat laporan polis?” tanya

pemuda tersebut kepada Hani.

BERSAMBUNG...


50

ARTIKEL

OLEH: PN. SAIDATUL NADIAH BINTI SHAMSUDDIN

PENOLONG KUTUA UNIT PRAKTIKUM,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

INTEGRATING TELEGRAM IN YOUR PdPc

Oleh: Pn. Saidatul Nadiah Shamsuddin

Membina Kuiz Menggunakan

Aplikasi Telegram

Tahukah anda Telegram menyediakan satu aplikasi pintar

yang dapat membantu anda membina pelbagai

perkara?

Ia bersifat Artificial Intelligence dan amat menarik jika

digunakan dalam PdPc dengan pelajar hanya

menggunakan HP dan Aplikasi Telegram sebagai tools

Kelebihan Quiz Bot adalah membolehkan anda membina soalan

Quiz (Multiple Choice Question) dan memboleh anda berkongsi

dengan rakan/pelajar

Ia juga membenarkan anda memasukkan soalan

berbentuk teks dan memasukkan gambar pada

soalan.

Contoh Respon

Beranimasi

QuizBot turut membantu

dalam menghasilkan

soalan berbentuk

peperiksaan dengan

memasukkan gambar dan

graf. Serta memaparkan

statistik pengguna yang

menjawab soalan.

Menarik kan!

Bagaimana

membina

Quiz

menggunakan

QuizBot


51

ARTIKEL

OLEH: SAIDATUL NADIAH BINTI SHAMSUDIN

PENOLONG KETUA UNIT PRAKTIKUM,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Membina Kuiz Menggunakan

Aplikasi Telegram

INTEGRATING TELEGRAM IN YOUR PdPc

Oleh: Pn. Saidatul Nadiah Shamsuddin

1

Minit

membina

Quiz dengan

Telegram

Taipkan perkataan @QuizBot pada ruangan pencarian/Search. Pilih

Ikon QuizBot simbol ‘?’ dan berwarna biru

6

Klik /done

untukselesai

pembinaan soa-

Klik untuk bina soalan

seterusnya

2

Taip tajuk kuiz

Klik untuk

masukkan

gambar atau

boleh guna

fungis Ctrl+C

dan Ctrl+V

pada papan

kekunci

7

Pilih masa untuk

3

Masukkan arahan soalan jika

perlu. Jika tidak hanya klik /

Pilih Yes untuk

soalan dan jawapan

sentiasa berubah

kedudukan

8

Klik butang

4

9

5

Taip soalan

Taip pilihan jawapan

dan tandakan

jawapan betul

Soalan

telah siap.

Anda boleh pilih untuk

mulakan soalan bagi

menguji atau berkongsi

kuiz. Anda juga

boleh edit semula

soalan dan paparkan

Statistik soalan

Hilangkan

tanda berikut

Klik create


UNIT PERPUSTAKAAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

31150 HULU KINTA, IPOH, PERAK DARL RIDZUAN

Perpustakaan IPGKI

perpustakaanipgki@gmail.com

www.perpustakaan.ipgmipoh.edu.my

05-5551311, 1386, 1382

Perpustakaan IPGKI

perpustakaanipgkampusipoh.blogspot.com

perpustakaanipgki2019

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!