14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

6 ARTIKEL

OLEH: PN. SITI HAYATI HJ MOHD YUSOFF

UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL,

JABATAN SAINS SOSIAL, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

….Sambungan dari Siri 1/2020

Melalui ‘frame’ Bahagian 1,

penulis berpendapat dua orang gadis

kecil yang dipaparkan ialah anak

kepada lelaki tua itu, jadi penulis

bersetuju dengan buku “Masterpieces

from the National Art Gallery of

Malaysia” yang menyatakan, “The

old man is shown sleeping, talking to

his grand children, watching

television, staring at a wall and lying

sick on a mattress”.

Pada pandangan penulis

inilah gambaran pelukis yang

menunjukkan kemungkinan ketika

lelaki tua itu pulang dari bekerja, dia

akan disambut oleh dua orang anak

perempuannya. Wajah kedua-dua

anak perempuan itu menunjukkan

reaksi biasa sahaja. Reaksi sebegini

mungkin disebabkan layanan yang

kurang mesra yang ditunjukkan oleh

si bapa terhadap mereka. Kelihatan

tangan lelaki tua itu seolah-olah cuba

untuk menggapai kedua-dua anak

perempuannya. Ini membawa

kemungkinan bahawa lelaki tua itu

begitu merindui saat itu jika berulang

kembali.

Kenyataannya, dalam situasi

sebenar lelaki tua itu hanyalah

merenung dinding sahaja. Kehampaan

ini ditunjukkan di Bahagian 2 di mana

dia memegang kepalanya yang

menyatakan bahawa terdapat

kekesalan di hatinya dan situasi itu

sudah pasti tidak akan berulang

kembali.

Bahagian

3

Bahagian

3

Bahagian

3

Dalam ‘frame’ Bahagian 3,

digambarkan lelaki tua tersebut

sedang santai menonton televisyen

bersama keluarganya iaitu bersama

isteri dan dua orang anak

perempuannya. Gambaran lelaki tua

itu menikmati saat-saat tersebut dapat

dilihat melalui imej dia menongkat

dagu, mengenangkan kembali

saat-saat tersebut. Dan akhirnya

berbalik juga keadaannya pada imej

lelaki tua di Bahagian 2, di mana

beliau menyedari bahawa saat-saat

gembira seperti itu tidak mungkin

akan berulang kembali dalam

hidupnya.

Dalam keadaan baring

terlentang, lelaki tua itu hanya

mampu memandang siling rumah

tersebut. Memikirkan apa akan

terjadi seterusnya. Mungkin perlu

diteliti beberapa objek kecil yang

terdapat di sisi lelaki tersebut. Objekobjek

ini menggambarkan betapa dia

rindu akan keadaan sebelumnya.

Objek-objek itu terdiri

daripada bola kecil permainan kanakkanak

dan sebuah bingkai gambar

yang berkemungkinan gambar

keluarganya. Secara realitinya,

gambaran Bahagian 2 adalah sutuasi

sebenar lelaki tua tersebut yang

terbaring di atas tilam nipis bercadar

berwarna coklat sedang merenung

siling seolah-olah meramal masa

depannya yang kabur dan

berseorangan menghabiskan sisa

kehidupannya. Tempat lelaki tua itu

sebenarnya hanya sebuah bilik sempit

yang hanya mempunyai sebuah

tingkap sahaja sebagai agen

pengaliran udara.

Perhatikan juga dua orang

wanita yang sedang melihatnya di

tingkap. Pada pandangan saya keduadua

wanita tersebut ialah anak

perempuannya yang hanya sanggup

memandang bapa mereka tanpa dapat

mengambil tindakan sewajarnya.

Walaupun masih ada rasa simpati

(melihat keadaan bapa secara

sembunyi) namun tiada apa-apa

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!