14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

47

CERPEN

SAYANG KU SI

MATA-MATA

BAHAGIAN 1

Percintaan yang indah pasti

diinginkan oleh semua orang.

Persoalannya, bagaimanakah

percintaan ini memberi keindahan dan

adakah percintaan ini membawa

kezaliman yang tidak bermata dan

tidak berhati seolah-olah

meracuni seseorang.

Hani berehat sebentar di atas

pangkin di hadapan rumahnya yang

diteduhi oleh pokok manggis yang

agak rendang. Hani merupakan

pekerja kilang kotak yang

mempunyai semangat yang kuat

dalam pekerjaannya. Dia juga sedar

yang dirinya tidak mampu untuk

menjadi seorang yang mempunyai

kekayaan harta benda yang

dipandang tinggi oleh setiap orang

tapi dia percaya bahawa setiap

orang pasti mempunyai kelebihan

dan rezeki yang telah ditetapkan.

Hani menetap di sebuah rumah

dalam perkampungan yang kecil di

Klang dan dia telah ditinggalkan

oleh keluarganya. Dia merupakan

anak bongsu daripada dua orang

adik beradik. Perbalahan Hani

dengan bapanya terjadi kerana dia

tidak turuti perintah ayahnya yang

menyuruh Hani supaya berkahwin

dengan seorang lelaki duda yang

berumur dalam lingkungan 60

tahun. Hani menolak sekeras-

OLEH: MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZA’BAR

PELAJAR UNIT V2

IPG KAMPUS IPOH

kerasnya suruhan ayahnya

kerana dia tidak sanggup

untuk berkahwin dengan

pilihan ayahnya iaitu Osman

yang agak berharta. Se

dangkan pada ketika itu

Hani telah pun mempunyai

kekasih yang dicintai iaitu

Nasir. Disebabkan itulah

Hani meninggalkan keluar

ganya. Osman yang juga

merupakan kawan kepa

da ayah Hani yang sering

membelanja ayah Hani ber

sarapan hampir setiap

minggu di warung pak Ha

mid.

Nasir yang dicintai

oleh Hani sebenarnya hanya

berpura-pura untuk menyint

ai Hani. “Kasih yang lama

terjalin mudah sungguh

kasih mu berpaling Nasir,

dan lebih menyedihkan

lagi aku bagai ditampar oleh

bahasa mu yang tak sepatutnya

engkau ucapkan.” kata Hani pada

dirinya sendiri setelah dia

menyedari Nasir mempermainkan

cintanya. Namun Hani reda dengan

apa yang terjadi dalam hidupnya.

Pada suatu hari, Hani

memandu keretanya untuk ke

kilang dan terserempak dengan

Nasir di lampu isyarat mujur pada

masa itu Nasir tidak perasan akan

kereta yang dipandu oleh Hani. Hani

teringat kembali kisah cintanya

bersama Nasir dua tahun yang lalu

semasa menunggu lampu isyarat

hijau. Tiba-tiba kereta di belakang

kenderaan Hani membunyikan hon

kereta kerana telah tiba masanya

untuk kenderaan bergerak. Hani

dengan tercengang-cengang mula

memandu kenderaan.

Hani mula hairan, bagaimana

Nasir boleh berada di Klang

sedangkan dahulunya Nasir

menetap di Mantin. Hani terus ke

kilang untuk mulakan kerjanya

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

seperti biasa. Tamat sahaja waktu

pekerjaan, Hani menelefon ibunya

bertanya khabar tentang ahli

keluarganya. Ibu Hani memujuk

Hani supaya balik semula ke rumah

untuk bertemu keluarganya di Kuala

Selangor. Tapi Hani belum bersedia

untuk bertemu dengan ayahnya. Ibu

Hani memberi tahu bahawa ayahnya

telah bergaduh dengan Osman

kerana sikap Osman yang

mengungkit kembali wang yang

telah dibelanjakan kepada ayah Hani

dan menyuruh ayah Hani membayar

semula wang yang dibelanja itu.

Osman juga turut mengugut ayah

Hani dengan berkata “ aku ada dua

pilihan sama ada kau nak bayar

balik duit tu atau kau nak

kahwinkan anak kau Hani dengan

aku”. Ayah Hani menjawab “tak

ingin aku menantukan kau yang

kuat mengungkit ni nanti apa lah

jadi kalau aku kahwinkan kau

dengan Hani, segala wang yang kau

belanja aku tu akan aku bayar

kepada kau yang kuat mengungkit

ni”.

Osman dengan tiba-tiba

menghalakan penumbuk ke muka

ayah Hani, mujur ayah Hani sempat

untuk mengelak tumbukan Osman.

Kemudian Osman ditenangkan oleh

orang yang berada di kedai pak

Halim.

Hani agak terkejut mendengar

khabar berita tersebut. “Jadi ayah

macam mana sekarang ibu?”. Tanya

Hani kepada ibunya. Ibunya

menjawab “ayah kamu tiada

apa-apa, itu lah sebab mak suruh

kamu balik ke sini, lagi pun ayah nak

minta maaf dekat kamu, dia dah

salah buat pilihan hari tu sampai

kamu merajuk lari rumah”. “Baiklah

ibu, nanti saya balik ye” Hani

berkata kepada ibunya. “Yelah, aku

pun dah lama tak balik rumah” bisik

Hani pada dirinya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!