14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

16

ARTIKEL

OLEH: H. AHMAD BIN AHMAD RUSDI

AJIMAD AL-JAWI AL-MAKKI

JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS IPOH

PERBEZAAN FALSAFAH

PENDIDIKAN BARAT

DAN ISLAM

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

L

azim dunia hari ini lebih

memandang tinggi dan

menanggap sesuatu mengikut

perspektif Barat termasuk dalam

bidang kefalsafahan ilmu dan

pendidikan. Sedangkan untuk umat

Islam khasnya, terdapat falsafah

pendidkan sendiri yang lebih bersifat

menyeluruh (syumul). Dalam falsafah

pendidikan Barat, ilmu tidak muncul

dari pandangan hidup agama

tertentu. Ia sebaliknya sebagai

sesuatu yang bebas nilai, yang

maksudnya bebas daripada nilai-nilai

keagamaan dan ketuhanan. Ilmu

dalam peradaban Barat tidak

dibangun di atas wahyu dan

kepercayaan agama akan tetapi

dibangun di atas tradisi budaya

yang diperkuat dengan spekulasi

filosofis yang memusatkan manusia

sebagai makhluk rasional. Falsafah

Barat hanya mengutamakan

kebenaran akal dan menafikan

sumber wahyu. Inlah umumnya sifat

falsafah pendidikan Barat daripada

zaman tokoh-tokoh purba Yunani

Reneseperti Aristotle dan Plato

hinggalah ke era moden mereka sepeti

John Dewey dan Descartes.

Sebaliknya dalam falsafah Islam

membuat kebenaran akal mesti

didasari dengan kebenaran wahyu dan

sunnah (sumber naqli). Perkara ini

diberi penekanan dalam tradisi

falsafah Islam seperti yang

ditunjukkan melalui pemikiranpemikiran

tokoh-tokoh Islam zaman

berzaman daripada era Al-Ghazali,

Al-Khindi, dan Ibn Rushd hingga era

mutakhir seperti Yusof

Al-Qaradhawi, Al-Shaibani dan

Al-Ibrashi. Contohnya, pendidikan

menurut Al-Syaibani adalah bertujuan

untuk menyiapkan generasi muda

agar beriman kepada Allah dan apa

yang diwahyukan-Nya.

Berdasarkan pandangan para sarjana,

terdapat beberapa karakteristik

khusus falsafah pendidikan Islam

yang dalam falsafah penddikan Barat

tidak jelas atau tidak diberi penekanan

dan diendahkan :

Pertama, penguasaan ilmu

pengetahuan yang mana ajaran dasar

Islam mewajibkan mencari ilmu

pengetahuan bagi setiap Muslim

lelaki dan perempuan.

Kedua, pengembangan ilmu

pengetahuan yang harus

disebarluaskan oleh umat.

Ketiga adalah penekanan pada

nilai akhlak yang bermaksud ilmu

pengetahuan yang disebarkan itu

sangat terikat oleh nilai-nilai akhlak

dan memang bertujuan membentuk

sahsiah mulia manusia.

Keempat adalah pengembangan

ilmu pengetahuan hanya bermatlamat

untuk pengabdian kepada Allah dan

untuk kemaslahatan umum.

Kelima, penyesuaian pendidikan

terhadap perkembangan anak, di

mana pendidikan itu harus diberikan

kepada anak sesuai dengan umur,

kemampuan, perkembangan jiwa, dan

baka.

Keenam,

pengembangan

keperibadian yang mana tiap individu

murid dipandang sebagai amanah

daripada Allah SWT. Malahan,

ianya pula berkaitan dengan seluruh

nilai Islam, sehingga setiap anak

dapat diarahkan untuk mencapai

tujuan Islam.

Ketujuh, penekanan pada amal

soleh dan tanggungjawab, yang

maksudnya setiap anak didik diberi

dorongan untuk mengamalkan

ilmunya sehingga bermanfaat bagi

dirinya sendiri, keluarga dan

masyarakat secara keseluruhan.

Tuntasnya, jelas falsafah pendidikan

dalam Islam mempunyai ikatan

langsung dengan nilai-nilai sistem

Islam yang mengatur seluruh aspek

kehidupan manusia sesuai dengan

sifat Islam sendiri sebagai ad-diin

(cara hidup yang smpurna).

Sementara dalam falsafah Barat,

proses pembelajaran dalam

pendidikannya semata-mata bersifat

keduniaan sekularistik-materialistik.

Tujuan pendidikannya hanya untuk

memenuhi kepentingan dunia sahaja.

Mereka menekankan unsur-unsur

rasionalisme,

empirisme,

pragmatisme dan intuisi dalam

falsafah pendidikan mereka dengan

mengenepikan unsur kerohanian.

Sebaliknya, proses belajar mengajar

dalam pendidikan Islam merupakan

aktiviti amal ibadah yang berkait

erat dengan pengabdian kepada

Allah sebagai jalan mencapai

keredhaan-Nya bagi mendapatkan

kesejahteraan hidup di dunia dan

akhirat. Walaupun masih ada

persamaan antara kedua-dua jenis

falsafah pendidikan itu, iaitu dari

aspek penekanan kepada akal

(rasional) dan memandang ke

hadapan, namun cakupan unsur

ketuhanan (dalam falsafah Islam)

memberikan perbezaan yang cukup

besar antara keduanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!