14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

asal-usul nama negeri Perak.

Oleh itu, negeri tersebut yang

kaya dengan bijih timah maka

dikenali sebagai negeri Perak

sehingg kini.

Negeri Perak merupakan

sebuah negeri yang kaya dengan

bijih timah, kebetulan pada tahun

1874, bahan mentah bijih timah

pula amat diperlukan oleh pihak

kerajaan kolonial British. Oleh itu,

negeri Perak merupakan negeri

yang keempat ditadbir oleh pihak

kerajaan kolonial British selain

Negeri-Negeri Selat. Negeri

Perak telah dipemerintah oleh

pihak kerajaan kolonial British

adalah bermula sejak pada tahun

1874 secara rasminya.

Sebenarnya, menurut Paul Chang

Ming Phang bahawa penglibatan

pihak kerajaan kolonial British di

negeri Perak adalah bermula pada

tahun November 1873. Ini dapat

dibuktikan bahawa pada masa itu,

apabila Gabenor Negeri-negeri

Selat (NNS) Sir Harry Ord telah

digantikan oleh Sir Andrew Clarke.

Menurut Gabenor baru Sir

Andrew Clarke pula berpendapat

bahawa Negeri-negeri Melayu

boleh diamankan apabila dengan

adanya campur tangan dari pihak

luar seperti pihak kerajaan kolonial

British. Sebelum tahun 1873,

pentadbiran penjajahan pihak

kerjaan kolonial British telah

berusaha mengikuti dasar tidak

campur tangan dalam hal-ehwal

Negeri-negeri Melayu walaupun

kerap kali terdapat desakan

daripada kelompok peniaga yang

semakin jumlahnya untuk

melindung kepentingan mereka di

negeri Perak, yang telah terancam

disebabkan oleh perbalahan dan

lain-lain kekacauan yang

mengganggu perniagaan peniaga

di negeri Perak. Namun begitu,

perebutan takhta dan perpecahan

telah membuka peluang kepada

campur tangan asing khususnya

kepada pihak kerajaan kolonial

British. Ini bermakna satu

kesempatan yang baik kepada

pihak kerajaan kolonial British

untuk mengambil alih negeri Perak

selain daripada Negeri-Negeri

Selat. Jelas terbukti, kesempatan

yang begitu baik dan tidak lagi ada

alasan yang dapat mampu ditolak

oleh pihak kerajaan kolonial British,

maka akhirnya pihak kerajaan

kolonial British mengambil alih

negeri Perak dan telah wujudnya

perjanjian Pengkor di antara dua

pihak pada tahun 1874 di negeri

Perak.

Walau bagaimanapun,

pada tahun Oktober 1873, Raja

Abdullah telah mendapat

pertolongan daripada Tan Kim

Cheng (seorang saudagar Cina di

Singapura yang berpengaruh).

Dengan ini, dikatakan menjadi

penggerak ke arah Persetiaan

Pangkor pada tahun 1874.

Pedagang-pedagang yang

merapatkan bersama dengan

Sultan Abdullah pula terdiri

daripada saudagar yang

berpengaruh seperti Tan Kim

Cheng, Edward Bacon dan W.H.

Read. Menerusi nasihat merekalah

Sultan Abdullah telah membuat

keputusan menjemput campur

tangan daripada pihak kerajaan

kolonial British. Di samping itu,

bagi pihak kerajaan kolonial British

pada tahun 1874 turut

sememangnya memerlukan

bekalan bijih timah yang

berterusan. Oleh itu, ini adalah

kesempatan yang baik dengan

campur tangan bukan sahaja boleh

dapat menjajah sebuah negeri iaitu

negeri Perak dan juga kaya

dengan bekalan bijih timah,

dengan serta–merta tentulah pihak

kerajaan kolonial British tidak akan

melepaskan permintaan seperti ini

dan bersiap sedia untuk campur

tangan di negeri Perak.

Disebabkan dengan adanya alasan

yang begitu kukuh, maka

sememangnya bagi pihak kerajaan

kolnial British telah dapat secara

rasmi campur tangan ke atas

negeri Perak pada tahun 1874

bersama dengan ada Perjanjian

Pangkor. Secara rasminya, negeri

Perak telah dijajah oleh pihak

kerajaan kolonial British pada

tahun 1874.

Perjanjian Pangkor

dimenterai pada tahun 1874 iaitu

apabila Sultan Perak tidak dapat

menyelesaikan kekacauan akibat

peperangan dalam kalangan puakpuak

Cina di kawasan lombong

bijih Larut, salah sebuah daerah

perlombongan di negeri Perak,

Sultan Perak telah meminta

pertolongan daripada pihak

kerajaan kolonial British. Oleh itu,

untuk mendapatkan keamanan

negeri Perak maka tumpuan utama

usahanya ditumpukan ke arah

kongsi-kongsi gelap. Langkah

pertama yang diambilnya oleh

pihak kerajaan kolonial British

adalah mengatur gencatan senjata

antara kongsi-kongsi gelap yang

bertelagah.

Sir Andrew Clarke yang

merupakan Gabenor baru telah

mencadangkan kepada pembesarpembesar

Perak bermesyuarat

dengan beliau di Pulau Pangkor

bagi berunding untuk

menyelesaikan masalah negeri

Perak. Raja Muda Abdullah telah

bersetuju malah menjemput pihak

kerajaan kolonial British

menghantar seorang wakil dengan

syarat beliau akan dilantik sebagai

Sultan. Satu rundingan telah

diadakan di atas kapal Pluto pada

hari Sabtu, 17 Januari 1874. Turut

disertai bersama dalam rundingan

tersebut ialah Sir Andrew Clarke,

gabenor Negeri-negeri Selat

dengan orang Besar-besar Perak

iatu Raja Muda Abdullah,

Bendahara, Laksamana, Menteri

Larut, Syahbandar, Temenggung,

Raja Mahkota dan Datuk Sagor

manakala Sultan Ismail dan Raja

Yusuf tidak hadir dalam rundingan

tersebut. Perebutan takhta

kerajaan Perak yang

pertelingkahan di antara Raja

Yusof, Raja Ismail dan Raja

Abdullah serta pergaduhan Kongsi

Gelap iaitu Ghee Hin and Hai San

(Perang Larut).

BERSAMBUNG...

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!