14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

28

ARTIKEL

OLEH: BADRUL HISHAM GHAZALI

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU,

KUALA LUMPUR

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Phuii! dan

Tuiih!

Jangan meludah merata-merata antara peringatan

yang mungkin kadang-kadang atau jarang-jarang kita

jumpa di tempat-tempat yang menjadi kunjungan

ramai terutamanya tempat makan.

Tetapi sebagai rakyat minda kelas pertama

kerelevanan peringatan seperti itu seperti bagai

berada di sebuah negara yang mundur bukan sahaja

dari segi pembangunan malah dari segi akhlaknya

juga masih mundur.

Jadi apa yang nak dilabunkan bukanlah berkaitan

maju mundur sesebuah negara dengan isu meludah

ini tetapi kejijikan mesti menerpa melihat bab orang

meludah ini. Namun, jangan bimbang belum ada lagi

penguatkuasaan untuk meludah tiga meter dari

tempat makan.

Berlabun bab tempat makan ini pun satu hal bila dah

sedawa kekenyangan, bab kebersihan itu memang

nampak nyata apabila membasuh tangan di sinki

yang disediakan sebelum dan selepas makan. Jadi

‘spoil’nya istilah morfologi di kampung saya,

dikumur-kumur kemudian meludah pula ke dalam

sinki.

Siap dengan berkahak pulak “steady la bro! ini bukan

makmal hospital nak mintak kahak nak buat kajian

kenal pasti penyakit” tetapi kesopanan yang tidaik

terbit tu memperlihatkan penyakit mentaliti kelas

rendah maaf cakap. Saya berbahasa pun sopan kan?

Apatah lagi budi bahasa, baru boleh buat menantu

kalau orang rumah saya bagi la.

Kalau warga asing memang dah kena ‘smack down’

dah bukan nak tunjuk gangster tetapi terpengaruh

juga dengan pelat filem gangster Melayu ni “nanti wa

sengat sama lu maa” penuh fonetik. Macam juga

pantun Melayu ‘makan sirih berpinang tidak, pinang

ada di bawah tangga, makan sirih mengenyang tidak,

kerana budi dan bahasa’.

Kalau ikut prasyarat makan siriih ni mesti ada

meludah tapi masyarakat Melayu dulu kalau makan

sirih mesti ada menyediakan ‘ketur’ istilah bekas

tempat meludah zaman poyang-moyang. ‘Mamat’ dari

negara mana entah berantah masih lagi mengunyah

sirih tetapi spesies ‘hak tuiih’ merata-rata dibuat

umpama di negara mereka.

Jauh berlabun sampai ke sirih perginya tetapi mahu

berlabun pasal kebersihan mental ini. Namun, dalam

komunikasi warga maya sekarang ni ramai ‘warganet’

yang suka meludah di alam cyber. Jadi kita masih tak

dapat lari dari bab meludah tapi inovasi meludah

dalam minda rakyat kelas pertama juga tak lagi kita

zahirkan demi menjaga kebersihan.

Itulah akan muncul phuii! dan tuiih! dalam kita

berkomunikasi dalam talian bagi ‘mengekspresi’ rasa

meluat dan ketidakpuasan hati atau gurauan. Bunyi

perbuatan yang menjadi istilah ini belum lagi

dimasukkan dalam perkamusan namun kesesuaian

dan kerelevanan dalam tandapagar# harus tidak

menimbulkan rasa kurang senang pembaca

sepertimana rasa kurang senang kita melihat orang

meludah merata-rata.

Wallahualambissawab.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!