14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Sindiran

Sindiran dapat dibahagikan kepada

tiga jenis iaitu ironi, sinisme dan

sakasme. Ironi adalah satu penipuan

halus dan berlawanan maksud asal

dalam kata-katanya. Sinisme pula

adalah sindiran tajam, ejekan kerana

kesangsian terhadap pernyataan,

keikhlasan dan kejujuran seseorang.

Sakasme adalah penuh cemuhan dan

celaan, kata-kata bersifat keras dan

kasar tidak enak didengar. Semua

tujuan sindiran untuk memberi

kritikan.

Allegori

Allegori digunakan kerana isi cerita

tidak sesuai disampaikan secara

berterus-terang kerana mungkin

gangguan undang-undang dan

menganggu kredebiliti seseorang.

Biasanya, cerita yang dikiaskan itu

adalah cerita benar-benar terjadi

dalam masyarakat.

Contoh:

Aku sekarang di bandar

tapi hidupku menderita

duitku sekeping cuma

di mana aku hendak mengadu

siapa mahu mendengar

mereka

cuma

mengenyangkan perut

saudara mereka sahaja.

Metonimi

Metonimi ialah perubahan nama

sesuatu yang diperkatakan dengan

merujuk kepada nama lain yang erat

hubungan dengan sesuatu yang

diperkatakan.

Contoh: Makhota boleh berubah

maksud asalnya kepada makna raja

atau kerajaan yang memerintah.

Sinekdoki

Sinekdoki akan memberi tumpuan

kepada bahagian-bahagian tertentu

sahaja. Bahagian yang dianggap

penting dan dapat mewakili

keseluruhan sifat atau perbuatan

objek yang hendak disampaikan.

Bahagian penting ini berkaitrapat

dengan mesej. Sinekdot terbahagi

dua iaitu Pars pro toto(Sebut

sebahagian sahaja untuk gambarkan

keseluruhan) dan totum pro parte

(sebut keseluruhan untuk gambarkan

sebahagian).

Contoh:

Kulontar mukaku

ke luar desa

Ungkapan mukaku yang

menggambarkan keseluruhan dirinya

yang pergi ke luar desa(pars pro toto).

Sudah bertahun-tahun

kita bertapak

di bumi bertuah ini

Ungkapan bertahun-tahun itu

sebenarnya beberapa tahun sahaja

kerana tiada manusia hidup lama

(pars pro parte). Bumi pula

bermaksud Malaysia sahaja bukan

seluruh dunia . Malaysia itu

sebahagian dunia.

21

SAJAK

OLEH: EN. NORIZMAN BIN IDRIS

NBI-JAN,2020

JABATAN SAINS SOSIAL, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Bingung aku memikirkan

Kekadang hendaknya ke sana

Kekadang mahunya di sini

Hish.. bingung aku

Ketetapan rasanya perlu tetap

Bukannya longgar tidak berpendirian

Jangan jadi lalang yang lembut meliut

ke kiri dan kanan

Jadilah batang balak yang teguh tanpa goyah

Hish..bingung aku

Aku ingin maju ke hadapan

Orang tua ku berpesan

“Jangan Berundur Walaupun Parah”

Namun tiupan angin semboyan

sudah berlainan nada

Disuruhku berundur tanpa rela

Hish… bingung aku

BINGUNG

Bingung..Bingung..Bingung

Ahh..lantaklah

Aku mesti tetap dengan prinsip hidup aku

Biarlah apa saja yang mendatang dan bertiup

Peganganku harus teguh

tidak mudah dipengaruh

Barulah namanya manusia berdarjat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!