14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

32

SAJAK

OLEH: ONN ABDULLAH

PERSATUAN KARYAWAN PERAK

10 JANUARI, 2020

DAN SELEPAS ITU ...

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

i

Kun, kata Allah. Jadilah Adam insan pertama

dan selepas itu para malaikat terdiam kesal pada rahsia

lalu patuh dan sujud insaf kecuali iblis memahat tegar

batu dendam berdiri sombong bersumpah di mata ingkar.

ii

Demikian hati lelaki jadi rindu pada belaian mesra seorang

perempuan bernama Hawa yang tercipta dari tulang rusuknya

dan pasangan cinta itu hidup damai bersenda-ria di syurga

lalu mulalah jarum khianat iblis menjadi ular jadi asap meresap

menusuk hati nurani, tegar membuka rahsia khuldi. Adam dan

Hawa termakan serbuk fitnah hingga terjelepuk malu.

iii

Dan selepas itu Adam dan Hawa tersingkir dari taman sendaloka

setelah kehilangan diri atas khilaf dan lalai terpedaya. Dunia fana

terbentang ujian. Nabi Adam merafak doa insaf taubat menyesali

diri kembali bertemu isterinya dan menjadi khalifah bumi.

iv

Di bumi lahirlah zuriat demi zuriat kelangsungan hidup maknawi

hingga Qabil melukis dendam menyingkirkan Habil, begitulah hati

tak suci melakar sengketa aib di wajah, menyimpul hasad dengki

melakar derhaka jadi insan pertama bergelar pembunuh durjana

tega mengheret jasad menimbus malu persis ajaran gagak.

v

Dari tusukan jarum iblis terhasutlah hati manusia yang leka

terjelma wajah serigala, jengkala, lipan, buaya, naga, anjing

dan kupu-kupu malam tegar memasang angan menjaring rindu

menabur duri sengketa dengan kerenah pelik @ derhaka mudah

tertipu oleh akal lidah nafsu yang pintar memutar kata-kata.

vi

Kecuali si bijaksana insan mulia dalam zuhud dan redha,

kasih jiwanya pasrah mengaut ikhlas menjauhi lorong maksiat

membeli urusan akhirat dengan jihad, tiada rasa tamak, murni

jati diri sedekah dan infak ikhlas murokabah pada kesibukan dunia

bagai satu peringatan, hidup ini pinjaman sebelum mata terpejam

mencari kelazatan dan akalnya tak tertipu nafsu.

vii

Dan orang-orang sasau hidup tak kenal Allah tak kenal diri

hutang ibadah bersepah tambah lagi hutang ceti dan along yang sadis

status quo keluarga besar tersungkur merempat susah hidup derita

ambil jalan mudah jadi pengemis bahasa merintih merayu kasih,

tak ingat diri nak cepat kaya asyik berjudi di rumah isteri gigit jari,

sesekali tuah menjelma rezeki menang besar lupa diri rela makan

di luar hidangan dan pandai makan pandai simpan rela berkecai iman.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!