14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

18

CERTOT

OLEH: PN. NOREHAN BINTI MUHAMAD

(NOHAN NOREHAN)

JABATAN PENGAJIAN MELAYU, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

AKU CIKGU YANG

DULU DAN SEKARANG

Tajuk: Cikgu Norehan Tidak Geli

“Benci betul kelas 5 G,” rungut Cikgu Laila yang memasuki

bilik guru. Cikgu Laila sangat geram. Buku-buku dan alat

bantuan mengajar yang dipegangnya dihempas atas meja.

Berselerak semuanya.

“Sabar, mengapa marah-marah tidak tentu pasal?” tanya

Cikgu Norehan lalu mendekatinya sambil memandang

wajah Cikgu Laila penuh kehairanan.

“Mengapa saya tidak marah dan geram? Apabila saya

buka laci, terkejut dan menjerit saya sekuat hati di kelas

tadi,” kata Cikgu Laila geram sambil mengetap bibirnya.

“Mengapa?” tanya Cikgu Norehan tidak sabar hendak

mendengar kata-kata dari Cikgu Laila.

“Membawang ke tu?” terdengar satu suara dari sudut di

bilik guru.

“Cikgu Ahmad...bagaimana saya tidak geram.

Murid-murid letak katak pisang dan cacing dalam laci,

saya menjerit dan melompat-lompat dalam kelas,

malunya diketawakan oleh murid-murid.” Cikgu Laila

menggayakan cara dia melompat.

Cikgu Norehan dan beberapa orang guru dalam bilik guru

turut ketawa dan mengusik Cikgu Laila yang memang

terkenal takut dan geli dengan haiwan dan serangga.

“Biasalah itu...murid-murid mengusik guru.” sampuk

Cikgu Zul sambil ketawa.

“Gelilah,...geli geleman sungguh...” kata Cikgu Laila tidak

habis-habis merungut marah kelas tersebut.

“Siapa punya angkara itu?. Selepas ini saya akan masuk

mengajar kelas tersebut,” kata Cikgu Norehan tidak sabar

untuk mengetahuinya.

“Siapa lagi...tiga serangkai itulah. Mani, Farhan dan Ismail.

Farhanlah ketuanya, “ lapor Cikgu Laila sambil menarik

nafas untuk meredakan kemarahannya. Dia sangat marah

kerana dia takut dan geli dengan katak pisang dan cacing.

Cikgu Norehan menuju ke kelas 5 G., dia berpura-pura

tidak tahu apa yang berlaku ke atas Cikgu Laila. Fikirannya

tertumpu kepada tiga kawan serangkai yang memang

terkenal dengan kenakalannya.

“Mana kapur dan pembaris kelas? tanya Cikgu Norehan

sambil memandang murid-murid di kelas tersebut. Mata

Cikgu Norehan juga menatap tiga kawan serangkai sambil

tersenyum.

Murid-murid lain senyap sambil tersenyum. Senyuman

yang bermakna kata Cikgu Norehan dalam hatinya.

“Di dalam laci meja guru,” kata Farhan sambil menjeling

dan tersenyum-senyum.

Semua murid dalam kelas 5 G memandang Cikgu Norehan

sambil tersengih-sengih.

Cikgu Norehan membuka laci dan memang jelas ada katak

pisang dan cacing di dalamnya. Cikgu Norehan menutup

semula laci tersebut. Murid-murid lain terdiam dan

terpinga-pinga melihat Cikgu Norehan tidak berkata

apa-apa tetapi mengeluarkan kapur daripada laci meja

guru.

”Hari ini saya hendak mengajar mengenai haiwan. Jadi

saya ambil contoh haiwan yang saya jumpa dalam laci

iaitu katak pisang dan cacing,” kata Cikgu Norehan sambil

mengeluarkan katak pisang dan cacing dalam laci

walaupun sebenarnya dia merasa geli.

“Saya tidak geli dengan katak pisang dan cacing. Saya

sudah biasa memegang katak pisang dan cacing. Saya

dilahirkan di kawasan sawah padi.” kata Cikgu Norehan

sambil memegang katak pisang dan cacing.

“Farhan, Mani, Ismail...mari sini. Mari kita belajar tentang

anggota badan katak pisang ini.” kata Cikgu Norehan.

Cikgu Norehan menyuruh Farhan memegang katak

pisang. Manakala Mani dan Ismail memegang cacing.

Farhan, Mani dan Ismail mengambil katak pisang dan

cacing menggunakan kertas.

“Tidak perlu guna kertas. Saya sendiri pun menggunakan

tangan.” kata Cikgu Norehan sambil meletakkan kata

pisang dan cacing ke tangan mereka.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!