14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

40

ARTIKEL

OLEH: PN. SITI HAYATI HJ MOHD YUSOFF

UNIT PENGAJIAN SENI VISUAL

JABATAN SAINS SOSIAL, IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

BAHAGIAN 1

Din Omar

Kepelbagaian

Beliau merupakan salah

seorang pelukis Malaysia yang

menonjol dan bersifat inovatif

dalam mengemukan simbol dalam

karya media campuran. Dalam

karyanya, persoalan gaya tidak

terbatas dalam lingkaran

permasalahan bentuk, tetapi

meliputi aspek makna seperti tema

dan subjek, sama ada secara

representasi

mahupun

perlambangan.

Karya media campuran Din

Omar yang bertajuk ‘Kepelbagaian’

ini pernah dianugerahkan hadiah

kecil dalam pertandingan seni lukis

Bakat Muda Sezaman anjuran

Balai Seni Lukis Negara pada

tahun 1990.

Dalam karya ini, Din Omar

mengungkap kesatuan hidup

masyarakat majmuk Malaysia

menerusi imej nasi bungkus yang

menjadi simbol yang

memusnahkan perbezaan bangsa

dan warna kulit. Nasi bungkus

bersifat keMalaysiaan, diterima

dan digemari oleh berbilang

bangsa. Apa yang menarik dalam

karya ini , beliau mengambil suatu

perkara yang lumrah dalam

kehidupan lalu dipersembahkan

dalam bentuk kesenian.

Subjek Din Omar adalah

berkaitan dengan objek budaya

pemakanan seperti nasi bungkus,

pinggan mangkuk, sudu garpu dan

cawan. Apa yang paling nyata

menonjol ialah imej dan bentuk

nasi bungkus yang diolah sama

ada secara papar ataupun dalam

bentuk 3 dimensi. Usaha Din

mengungkap mesej budaya dan

kemasyarakatan pastinya berbeza

daripada kencenderungan

kebanyakan pelukis catan alam

benda yang turut menampilkan

objek budaya pemakanan, tetapi

hanya berminat pada nilai

keindahan yang tersurat sematamata.

"Kepelbagaian" serta karya

lain daripada siri nasi bungkus itu

cukup menarik dan menyegarkan,

mencerminkan sensitiviti pelukis

terhadap unsur biasa dalam

persekitaran mereka yang dapat

digarap sebagai simbol budaya.

Pendekatan Din Omar

dalam karya ‘kepelbagaian’ ini

mungkin bertalian dengan seni

popular, tetapi pemilihan motif dan

subjeknya bersifat tempatan.

Pemindahan imej dan bentuk nasi

bungkus ke permukaan catan serta

arcanya memperkaya penggunaan

simbol tempatan yang baru dalam

dunia seni moden Malaysia di

samping mengetengahkan isu-isu

budaya tempatan.

Mohd Fauzin Mustafa

The Lost Horizon

Mohd Fauzin Mustafa

antara pelukis Malaysia yang

gemar menggunakan media

campuran dalam berkarya. Karyakarya

beliau banyak merujuk

kepada alam sebagai subjek dan

sumber inspirasi yang kaya. ‘The

Lost Horizon’ merupakan antara

karya beliau yang terkenal. Dalam

karya ini beliau menggunakan

pelbagai campuran media seperti

perca, kepingan timah, emas, kolaj

dan akrilik. Tema yang cuba

ditonjolkan oleh beliau dalam karya

ini merujuk kepada alam flora dan

fauna sebagai motif ukiran kayu

dan batik.

Motif pucuk rebung dan

awan larat mengandungi makna

simbolik yang kuat tentang peribadi

dan kesopanan Melayu

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!