14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

34

CERPEN

OLEH: PN. ZANARIAH HAMID

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

17 JANUARI, 2020

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Secebis Kenangan :

VIVA

Tarikh keramat itu tiba. 13 Januari,

2020. Setelah kunantikan selama

berbulan-bulan. Perasaanku bercampur

-baur. Benarkah?. Tiba-tiba pula.

Kusangka lambat lagi. Tapi e-mel

yang kuterima mengejutkan aku dari

lamunan. Ya betul tarikh tersebut.

Menakutkan pula. Walaupun aku tahu

setiap pelajar yang belajar di peringkat

Sarjana mahupun PhD mod

penyelidikan akan melaluinya sama

ada lambat atau cepat.

“Tan, saya akan vivalah Isnin

ini”, kataku kepada kawan belajarku

selama 3 tahun. “Tahniah, saya

ucapkan”, kata Tan. “Tetapi Tan, saya

belum bersedialah. Bagaimana saya

nak menjawab nanti?”.

“Eh, janganlah terlalu risau.

Kamu suka berfikir macam-macam.

Bukankah kita telah melalui sesi pra

viva begitu ketika seminar satu

(proposal defence) dan seminar dua

(candidature defence)?” getus Tan.

“Entahlah Tan, tetapi sesi viva

ini lain. Ada pemeriksa luar”. “Saya

takutlah kalau gagal, kena mengulang

semula” jawab aku kepada Tan.

“Begini, saya berpendapat

kamu mesti boleh buat. Sebelum ini

pun kamu ada perasaan begitu, tetapi

lulus juga. Kamu ada seminggu untuk

membuat persediaan, jadi perlu yakin

boleh”, tambah Tan.

Pandangan Tan ada betulnya,

aku ada masa seminggu sebelum

viva-voce. Mesti boleh buat

persediaan. Aku menyedapkan hati.

Pada waktu malam, aku

menelefon ibuku untuk memohon

restu. “Emak, tolong doakan orang

(saya), Isnin ada peperiksaan”. Ibu

menjawab, “Eh, bukan kamu sudah

bekerja? Cuti belajar sudah habiskan?”

tanya ibuku.”

“Taklah emak, cuti belajar tiga

tahun memang sudah tamat, tetapi

belajar belum habis, Isnin ini ada

peperiksaan. Lepas itu baharu boleh

kata habis”, jawab aku.

“Ya baiklah, emak doakan

Ana (panggilan aku) lulus peperiksaan

itu” jawab ibuku.

Lega sedikit aku mendengarnya.

Esoknya, aku memberitahu

semua pelajar bahawa aku akan

bercuti. Aku sempat meminta mereka

“ Doakan cikgu supaya lulus

peperiksaan ini boleh?” permintaanku

kepada mereka.

“Cikgu jangan risau, kami

doakan cikgu lulus pada hari Isnin”,

mereka serentak menjawab sambil

menadah tangan berdoa.

13hb Januari, 2020

Pagi-pagi lagi (7.40 pagi) aku

sudah terpacak di hadapan

perpustakaan Universiti Malaya.

Sempat aku menjamah nasi lemak.

Walaupun aku sebenarnya tidak ada

selera. Aku masuk ke perpustakaan

pada pukul 8.00 pagi dan duduk di

bilik karel kebiasaanku. Bilik

bernombor 11. Aku mengulang kaji

dengan melihat nota-nota catatan.

Sambil-sambil itu, aku membuka buku

Tips-Tips Lulus PhD karya Profesor

Dr Norzaidi Haji Mohd Daud.

Macam-macam juga persediaannya.

Salah satunya bentuk kajian, jurang

kajian, teori kajian. Cemas juga aku

membaca buku tersebut. “Bolehkah

aku menjawab kalau ditanya soalan

macam-macam?”

berkata-berkata.

hatiku

Masa betul-betul cepat berlalu.

Sesi viva aku bermula tepat pukul

11.30 pagi. Aku pun bergegas keluar

dari perpustakaan dan ke Fakulti

Pendidikan. Aku perlu membuat

persediaan 30 minit sebelum sesi viva

tersebut.

Bermacam-macam yang

bermain-main di mindaku. Panik

menerpa dan ketika itulah semua yang

aku baca telah luput dari ingatan.

“Habislah aku, macam mana nak

jawab. Ya Allah tolonglah hamba-Mu

ini” doa aku dalam hati.

Tepat 11.30 pagi, pengerusi

viva telah masuk. “Eh penyeliaku

ketika Master iaitu seorang profesor

terkemuka dan pakar statistik. Makin

jantungku berdegup. Kemudian,

pemeriksa luar daripada Universiti

Pendidikan Sultan Idris iaitu seorang

profesor berkaitan bidang pendidikan

Bahasa Melayu. Diikuti dengan

pemeriksa dalaman iaitu Dr. Chin Hai

Leng. Seterusnya penyelia

pembimbingku iaitu Dr. Chew Fong

Peng dan Dr. Mohd Shahril Nizam bin

Shaharom. Pemeriksa dari luar negara

tidak hadir.

“Zanariah, ini hari berbahagia

kamu”, kata pengerusi. “Aduhai,

bahagiakah aku?, derita rasanya”,

kataku dalam hati.

Sesi viva bermula dengan aku

menerangkan pembentangan tesis

menggunakan power poin. Terasa

gagap pula walaupun membaca

poin -poin yang aku telah sediakan.

Habis 20 minit, masa inilah jantung

aku semakin berdegup kencang.

Pengerusi mempersilakan

pemeriksa luar pertama bertanya.

Beliau bertanya mengenai latar

belakang pendidikan diriku ketika

ijazah dan ketika membuat ijazah

sarjana. Lancar sahaja diriku

menjawab. Kemudian, beliau

mencadangkan beberapa perkara

seperti menambah perkataan

“Pembinaan” untuk tajukku.

Pemeriksa kedua juga begitu,

memberikan cadangan. Makin lega

diriku. Kemudian, “Apakah

sumbangan kajian anda?”, Timbalan

Dekan pula bertanya. Aku menjawab

dengan penuh keyakinan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!