14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

24

ARTIKEL

OLEH: DR. MOHAMAD YUSRI BAKIR,PHD

PENSYARAH CEMERLANG (PENDIDIKAN MORAL)

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL, IPGKI

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

AMALAN BUDAYA ALTRUISME

DALAM KEHIDUPAN

A

malan budaya Altruisme merupakan

satu tingkahlaku yang bertujuan

membantu dengan sukarela. Ianya

juga ditakrifkan sebagai satu tindakan memberi

bantuan kepada insan lain tanpa mengharapkan

balasan atau ganjaran daripada insan yang ditolong

(Macaulay & Berkowitz, 1970). Sifat Altruisme ini

juga dapat dikategorikan sebagai salah satu daripada

tingkahlaku prososial, iaitu perbuatan positif yang

memberikan manfaat kepada insan lain dan alam

sekitar (Batson, 1998).

Dari sudut bahasa, Altruisme berasal daripada

bahasa Perancis iaitu altrui bererti "insan lain" yang

merupakan terbitan dari kata asal latin “Alter”.

Secara epistimologis, istilah Altruisme bermaksud

1. Mencintai insan lain seperti mencintai diri sendiri

(Loving others as oneself).

2. Tingkahlaku yang mengutamakan keselamatan

dan kesejahteraan insan lain walaupun boleh

merugikan diri mereka sendiri (Behaviour that

promotes the survival chances of others at a cost to

one’s own).

3. Mengorbankan kepentingan diri sendiri agar

bermanfaat bagi insan lain (Self-sacrifice for the

benefit of others) (Scott & Seglow, 2007).

Istilah Altruisme dimulakan oleh Comte

(1798-1857), iaitu pengasas kepada falsafah

positivisme. Comte, (1852) dalam karya beliau,

Catechisme Positiviste, yang menyatakan bahawa

setiap individu mempunyai kehendak moral untuk

memenuhi kepentingan insan lain atau melakukan

kebaikan kemanusiaan secara keseluruhan (greater

good of humanity).

Kehendak hidup bersama ini adalah

merupakan satu bentuk nilai moral manusia, yang

memberi hala tuju kepada naluri dengan bertujuan

untuk berbakti dan kemudiannya menjadi sumber

kebahagiaan. Sebagai sebuah doktrin etika, Altruisme

bermaksud memberi kepuasan kepada insan lain

dengan meletakkan kepentingan insan lain melebihi

kepentingan diri sendiri (Pugmire, 1978). Altruisme

juga merupakan tindakan sukarela untuk menolong

insan lain tanpa mengharapkan ganjaran dalam

bentuk apapun atau disebut juga sebagai tindakan

tanpa maksud tersembunyi.

Franzoi (2009) telah mengenal pasti empat

norma sosial yang berkait rapat dengan tingkahlaku

altruisme iaitu; norm of reciprocity (norma balas

budi), norm of social responsibility (norma tanggung

jawab sosial), norm of social justice (norma keadilan

sosial) dan budaya kolektivis. Norma balas budi

menyatakan bahawa setiap insan mahupun

masyarakat akan merasa tidak selesa apabila tidak

mampu memberi balasan atau bantuan kepada insan

lain yang telah membantu mereka (Brown & Moore,

2001).

Sorokin (1955) ada menyatakan bahawa,

Altruisme adalah satu gagasan moral asas kerana

menggalakkan nilai kemanusiaan dapat timbul

dengan mengutamakan kepentingan umum lebih

daripada diri sendiri. Grant (2001) menyatakan

bahawa idea ini telah dibawa dalam ajaran agama dan

ideologi yang lahir pada awal sejarah kemanusiaan itu

sendiri. Agama dan ajaran budaya sentiasa

mengutamakan tingkahlaku Altruisme sehingga

terciptanya kedamaian dan keharmonian dalam

kehidupan untuk bermasyarakat. Sikap senang

menolong dan tidak suka melihat insan lain dalam

kesusahan dan penderitaan merupakan asas lahirnya

tingkahlaku Altruisme. Tingkahlaku ini membuat

manusia yang melakukannya menjadi lebih

berperikemanusiaan daripada insan lain yang tidak

suka menolong. Sikap inilah yang menempatkan

tingkahlaku Altruisme dalam golongan perbuatan

prososial dalam psikologi sosial.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!