14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Keesokan harinya, dalam

perjalanan Azman ke tempat

kerjanya, Azman terlibat dalam satu

kemalangan yang melibatkan kereta

pasangan pengantin dengan

motosikal yang ditunggangnya.

Tragedi tersebut menyebabkan

Azman koma dan terlantar di

hospital. Pasangan pengantin yang

melanggar Azman itu sebenarnya

Rindiani dan pasangannya. Rindiani

dan pasangannya hanya mendapat

kecederaan ringan sahaja. Pada

awalnya Rindiani tidak mengetahui

bahawa mangsa yang terlibat dalam

kemalangan itu adalah Azman.

Selepas dia berjumpa dengan

jururawat yang menguruskan

mangsa koma yang terlibat dalam

kemalangan dengannya, dia baru

sedar mangsa yang koma itu adalah

Azman.

Rindiani terus pergi ke katil

Azman sambil mengalirkan air mata.

46 SAJAK

Pada masa yang sama,

keluarga Azman tiba di hospital

untuk melihat keadaan Azman.

“Kamu ni siapa?” tanya mak Azman

dengan nada yang sayu. Rindiani

menjawab “saya Rindiani”. Keluarga

Azman terkejut, kerana mereka

tidak menyangka bahawa pasangan

pengantin yang melanggar Azman

itu adalah Rindiani.

Sudah seminggu Azman tidak

menyedarkan diri, namun Rindiani

tetap berada di sisi Azman.

Keesokan harinya, tidak diduga

Azman telah meninggal dunia.

Rindiani dan keluarganya berasa

hidup mereka amat bersalah dengan

tindakan yang mereka lakukan

terhadap Azman. Kemudiannya,

jenazah Azman dibawa ke rumahnya

untuk pengurusan jenazah.

Pada hari itu, Rindiani tidak

mahu bercakap dengan sesiapa pun

kerana dia menyesal dengan

OLEH: MOHAMMAD SYAMIL BIN ABDUL HAMID

PELAJAR UNIT R1

IPG KAMPUS IPOH

perbuatannya yang lalu. Selepas

jenazah Azman dikebumikan, mak

Azman menyerahkan surat yang

ditulis oleh Azman kepada Rindiani.

Rindiani membaca surat tersebut

sambil menangis di hadapan kubur

Azman. “Azman maafkan aku!!!” kata

Rindiani kepada Azman.

TAMAT

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

KUULANG

SETIA

Kuhambat gelora sepi,

Dari taman permainan akal,

Sekian lama melonjak,

Pada satu tapok sama

Ilham hadir,

Akal memikir,

Hati menafsir,

Mulut mengukir

Pujangga kata dijadikan nasihat,

Menampi mimpi pada buaian utuh,

Menatang hati dcelah-celah lurah,

Mendukung cita dalam benak samar

Perjalanan itu,

Telah terukir satu cerita gagal,

Berseni bunga,

Berconteng arang

Ada pula bertanya,

Aku setia pada jawab yang sama,

Belum tiba masa,

Mungkin aku tiada masa

Aku diusik,

Dalam gurau harapan,

Pada satu perjuangan,

Dan aku belum tewas

Pelangi indah,

Pelangi muda,

Indah bermadah,

Muda berwatak

Asbab satu perkenalan,

Di tepian mesej profesional,

Aku mula kenal,

Dia pula ingin mengenal

Kali ini,

Biarlah perlahan,

Asal berterusan,

Dan berkekalan

Ya,

Mudanya tidak perlu mencari,

Tetapi,

Usiaku kenapa takut mencalon diri

Seurat alasan jangan dicari,

Selembar harapan perlu diberi,

Agar dimiliki kekal sejati,

Sama menjadi penghias khilaf diri

Berpaksi satu niat,

Setia dek rembulan,

Bersinar bercampah bintang,

Berpayung putih awan

Pencarian ini,

Untuk diriku,

Demi pemimpinku tika kecil,

Dan matlamatku sesudah ajal

Moga aku kekal,

Mendukung doa,

Memanjat harapan,

Menyemai keikhlasan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!