14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

tuntas supaya tidak menyesal

kemudian.)

2. Ingat sementara belum

kena, jimat (hemat) sementara belum

habis. (Maksud: Kita hendaklah

selalu berwaspada dan berhati-hati

agar tidak terpedaya dan menyesal

kemudian hari nanti.)

Peribahasa Melayu, ‘Sesal dahulu

pendapatan, sesal kemudian tidak

berguna’ menggunakan perkataan

‘pendapat’ untuk menunjukkan kesan

yang wujud akibat tiada perancangan

yang teliti. Manusia perlu berfikir baik

-baik terhadap sesuatu tindakan

yang bakal diambil supaya tidak

menyesal pada akhirnya. Bertepatan

dengan situasi semasa, seseorang yang

ingkar arahan PKP boleh dikenakan

kompaun RM1000 atau tindakan

undang-undang jika keluar rumah

tanpa alasan yang kukuh. Peribahasa

Melayu ‘Ingat sementara belum kena,

27

SAJAK

jimat sementara belum habis’ juga

membawa makna yang sama seperti

peribahasa di atas, iaitu kita perlu

selalu berhati-hati agar tidak

menyesal selepas sesuatu perkara itu

terjadi. Peribahasa ini juga sangat

relevan dengan keadaan semasa yang

mengingatkan anggota masyarakat

yang mendapat Bantuan Prihatin

Nasional agar berjimat cermat setelah

mendapat bantuan tersebut.

OLEH: DR. NOR HASIMAH BINTI ISMAIL

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Kesimpulannya masyarakat

Melayu sememangnya banyak

menggunakan perkataan yang

menyentuh unsur alam sekeliling.

Melalui simbol unsur alam,

masyarakat Melayu mampu

menyampaikan dan menerima mesej

serta melaksanakan satu tingkah

laku pentafsiran yang dipengaruhi

oleh situasi komunikasi. Pemikiran

yang terpancar dalam peribahasa

merupakan satu manifestasi perihal

berfikir masyarakat Melayu dan

pandangan hidup mereka tentang

sistem nilai, sistem sosial, adat,

budaya, kepercayaan beragama dan

peradaban bangsa Melayu yang

diungkap serta dirakamkan dengan

menggunakan bahasa yang kreatif,

padat dan indah. Oleh yang

demikian, keindahan peribahasa

sebagai warisan seni budaya dan

kesusasteraan,

dipertahankan.

wajar dipelihara dan

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

KARENAH

Kini manusia terkejar-kejar

Zaman sains teknologi yang makin mencabar

Hidup kini menjadi tidak tentu arah

Malam dan siang silih berganti

Hidup bagaikan putaran roda

Sekejap di atas sekejap di bawah

Pelbagai karenah dan perangai

Manusia kini tak tentu arah

Yang pintar, berjaya membentuk hala tuju

Yang bijak, menyusun atur dengan penuh teliti

Yang leka, tersesat dari arah tujuan

Yang lalai, tertinggal jauh dari landasan

Sedarlah

Bahawa dunia ini hanya pinjaman

Kembalilah kepada Yang Maha Esa

Insya Allah

Sudah tersurat

Akan bahagia dunia dan akhirat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!