14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

beliau berpuas hati.

Pengerusi kemudian meminta aku dan

kedua-dua pensyarah pembimbingku keluar untuk

mereka membuat keputusan. Setelah 10 minit kami

dipanggil masuk.

“Zanariah, ahli panel sebulat suara

mengucapkan tahniah. Anda lulus dengan pembetulan

selama tiga bulan” kata pengerusi viva.

Semua di dalam bilik itu mengucapkan

tahniah. Aku semacam terpaku. “Eh betulkah aku

telah lulus?. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu.”

Bisik hatiku. Seperti tidak percaya. Habis sesi

tersebut, kami bergambar. Selang beberapa minit

gambarku bersama-sama ahli panel telah tersebar di

semua aplikasi media sosial.

Ramai yang mengenali diriku mengucapkan

tahniah. Termasuk murid-muridku. Kenangan aku

ketika viva-voce sememangnya akan aku ingat sampai

bila-bila. Pesanku kepada rakan-rakan seperjuangan,

yakinlah dengan apa-apa yang telah kita tulis.

Kemudian berdoalah kepada Tuhan agar diri

dipermudahkan ketika belajar. Mohon doa daripada

orang-orang tersayang dan yang terdekat dengan diri

kita. Nescaya kita akan dipermudahkan. Mungkin

rezekiku tidak ditanya dengan pelbagai soalan. Namun

usaha perlu ada, jangan berserah sahaja pada Tuhan.

Pengalaman yang aku lalui mungkin berbeza antara

seorang calon PhD dengan calon yang lain. Mana tahu

anda juga akan dipermudahkan begitu. Berdoalah.

VIVA

VIVA VOCE atau singkatannya

“VIVA” yang berasal dari bahasa

Latin iaitu “with the living voice” ataupun

“word by mouth” yang mana satu ujian

atau peperiksaan yang dilakukan secara

perbincangan atau lisan. Setiap pelajar akan

dinilai oleh pemeriksa yang terdiri daripada

penilai dalaman dan luaran.

35

SAJAK

OLEH: AHMAD EN. MOHD JALALULAIL ISNIN TAWAF BIN ABD MANAB &

MASTURA WARUNG BUKU BINTI KARIMUDIN

JABATAN 15/2/2019 ILMU PENDIDIKAN, IPGKI

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

PEPAT

Aku terarah dari segenap arah hingga ke tebing

Menyeret suara merpati seawal pagi

Menghampar merdu dari penjuru ruang

Lantai irama alam paling menusuk pernah mendesir

Mencari-cari akar di permukaan tanah tuhan

Tunggul

ranting

daun

kugapai cari dari dinding ke dinding terbuka

ke mana pergi si pohon usia

rata

rata

rata

ada seperti garis embun amat cantik lurus menitis

demikian tulusnya daerah ini saat

kubaringkan amanat

terasa darah mengalir perlahan

rencong menusuk dari tanah datar di rusukku

embun dingin bukan lagi penawar kehidupan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!