14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

30

CERPEN

OLEH: ONN ABDULLAH

PERSATUAN KARYAWAN PERAK

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

R A T A H

ayahnya meninggal dunia. Kutan berkahwin dengan Raftah

seorang janda – janda berhias. Kutan tahu itu kerana

Raftah telah ditinggalkan oleh suaminya pada malam

pertama pernikahan mereka. Apapun Kutan tidak kisah

kerana Raftah seorang janda yang cantik yang belum

terusik. Walaupun janda, dia tetap jadi rebutan kerana

keanggunan wajahnya.

Sepuluh tahun lalu aku telah menghasilkan dua

kuntum sajak bertajuk "Ratah" dan ''Ratah:Jangan

Biarkan" . Sajak itu telah disiarkan dalam sebuah majalah

sastera. Dua bulan berturut-turut sajak itu disiarkan.

Demikian aku ceritakan pada Afdal sahabat lama yang

pulang bercuti, sewaktu dia bertandang ke rumahku. Dia

bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Afdal

orangnya simple saja. Tampangnya menarik, berkumis

tebal yang dijaga rapi. Rambut disisir kemas. Dia baru saja

berjinak-jinak di bidang sastera, setelah mendampingiku

beberapa bulan yang lalu. Bila dia pulang pasti singgah di

rumahku bercerita pasal kegiatan sastera kami.

“Mana sajak itu, aku nak tengok?” tanya Afdal tak

sabar.

“Aku sedang cari ni…”

“Cari?”

“Cari majalah.”

“Aku nak tengok sajak, bukan majalah.”

“Kau pun, sajak itu ada di dalam majalah, tak jumpa

majalah - tiadalah sajaknya...”

“O cakaplah macam tu…majalah apa?”

“Citarasa."

“Ada ke majalah itu?”

“Tentulah ada, kalau tak ada, takkan aku berani

cakap."

“Tak pernah dengar pun."

“Memang awak tak pernah dengar pun, sebab ketika

itu awak bukan kisah pasal sastera. Sebenarnya majalah

‘Citarasa’ hanya sempat bertahan lima kali keluaran saja,"

kataku dengan nada sedih.

“Kenapa?”

“Itu aku tak tahulah, tapi yang aku tahu, pihak

pengedar tidak bertanggungjawab. Sehingga penerbitnya

tidak dapat pusingan modal untuk meneruskan penerbitan

majalah itu."

“O begitu."

Demikian dari sajak-sajak itu, aku garap menjadi

sebuah cerpen ~ tajuknya ‘Ratah’ juga. Cerpen itu telah

disiarkan dalam majalah yang sama pada bulan

berikutnya. Ratah mengisahkan seorang lelaki bernama

Kutan. Kutan adalah anak tunggal kepada Haji Marbawi .

Dia mewarisi semua harta kekayaan ayahnya setelah

Raftah tidak ikhlas mengahwini Kutan kerana

cintanya hanya pada Meor Suhardi. Kutan tidaklah sekacak

mana hanya kerana Kutan seorang yang berharta. Suatu

pagi Desa Keramat dikejutkan dengan kematian Kutan.

Itulah intisari cerpen ratah. “Menarik tak?" tanyaku pada

Afdal yang tetap membisu setelah mendengar celoteh

dariku.

"Boleh tahan," jawab Afdal akhirnya

tersenyum ragu-ragu.

"Kini aku berhasrat pula untuk menjadikan cerpen

‘Ratah’ kepada sebuah novel. Ratah…Ratah…Ratah…jika

berhasil aku nak garap pula ia menjadi manuskrip teater

yang boleh meratah hati manusia yang hidup dalam

kesepian yang sibuk." ujarku bersemangat, sambil

menjeling wajah Afdal yang selamba.

“ Kau lupakan dulu pasal nak buat novel tu, aku nak

tengok sajak ‘Ratah’ dan cerpennya dulu," bidas Afdal

menyampuk bagai tak puas hati dengan kerenahku.

"Baik tuan" aku bergurau.

"Haa...boleh aku nak tahu sikit?"

"Pasal apa?"

"Macamana sajak dan cerpen kau boleh tersiar setiap

bulan dalam majalah yang sama..." tanya Afdal sedikit

musykil. Baginya bukan mudah untuk berbuat demikian.

Aku mengerling wajah Afdal yang selamba.

Dia mengangkat mukanya dan menatap ka arahku.

"Sebenarnya....majalah Citarasa diterbitkan

oleh Warusha Sdn Bhd. Adalah milik beberapa orang

sahabat kita, iaitu Baharuddin Kahar seorang cerpernis

yang hebat. Dia meletakkan jawatan sebagai guru bahasa

di Sekolah Menengah Tsung Wah, Kuala Kangsar. Dia

bertindak sebagai pengarang dan dibantu oleh Hasni

Tamrin Halimi dan T.Ayob Hud. Jadi sebagai kawan

mudahlah karya kita untuk disiarkan. Selain itu, dibantu

oleh Malim Ghozali Pk dan Jain Mahmud sebagai jurufoto.

Di syarikat itu Baharuddin Kahar sempat menerbitkan

sebuah kumpulan cerpennya bertajuk Terima Kasih

Tuhanku. Dan kumpulan cerpen itu telah berjaya

memenangi Hadiah Sastera Malaysia.”

Afdal melirik senyum dan

mengangguk-ngangguk tanda berpuas

hati dengan penerangan dariku.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!