14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

26

ARTIKEL

OLEH: DR. HAJAH FATIMAH BINTI IBRAHIM

JABATAN PENGAJIAN MELAYU,

IPG KAMPUS IPOH

BAHASA, BUDAYA DAN

PEMIKIRAN DALAM

PERIBAHASA MELAYU

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

Peribahasa secara khususnya dapat

menzahirkan dengan jelas kehidupan

dan pemikiran sesuatu bangsa,

terutamanya bangsa Melayu, kerana

penghasilan sesuatu peribahasa ada

kaitan dengan istiadat Melayu lama.

Peribahasa sejak kebelakangan ini

sudah semakin kurang kedengaran di

media elektronik dan jarang sekali

diguna pakai dalam perbualan

masyarakat Malaysia. Sesetengah

generasi muda menganggap

pengunaan peribahasa adalah bersifat

formal dan lebih malang lagi ada yang

beranggapan peribahasa hanya

digunakan oleh golongan tua sahaja.

Bukan itu sahaja, ada pula orang

yang meragui sama ada peribahasa

berkenaan masih sesuai digunakan

atau tidak dalam keadaan masyarakat

sekarang yang bergantung pada sains

dan teknologi.

Peribahasa dihasilkan daripada

pemerhatian terhadap budaya dan

tingkah laku masyarakat ketika itu

melalui bahasa yang diolah secara

menarik dan indah. Melalui bahasa

yang diolah menjadi peribahasa ini,

dapatlah masyarakat itu memberi

pesan dalam memupuk budaya, nilai

dan norma secara lebih berkesan.

Kritikan atau sindiran dengan

ungkapan peribahasa “hangat-hangat

tahi ayam” jelas menunjukkan bahawa

peribahasa dapat membentuk

peribadi manusia untuk menjadi

lebih baik pada masa akan datang.

Hipotesis Sapir-Whorf (1921) jelas

menunjukkan bahawa penggunaan

bahasa dalam melahirkan peribahasa

ini dipengaruhi oleh situasi ataupun

cabaran semasa yang dihadapi oleh

sesuatu masyarakat itu. Cabaran atau

situasi pandemik COVID-19 yang

dialami oleh masyarakat kini boleh

mencetuskan ungkapan peribahasa

yang baharu. Misalnya, ungkapan

peribahasa, ‘sayangkan anak

ditangan-tangankan, sayangkan cucu

dicuti-cutikan’, timbul hasil daripada

petikan ucapan YAB Perdana Menteri

Malaysia yang menyebut, ‘...semua

orang sayangkan anak..tapi cucu,

lagilah lebih sayang...’.

Dalam hal ini, peranan utama

peribahasa adalah untuk

menyampaikan sesuatu perkara

dengan merujuk lambang yang sama

fungsi dengan pemikiran atau nilai

yang hendak disampaikan. Biasanya

setiap lambang tersebut diambil

daripada persekitaran manusia untuk

mewakili sesuatu makna. Hal ini

sejajar dengan pendapat Asmah Haji

Omar (1993), iaitu peribahasa

merupakan hasil persepsi masyarakat

terhadap persekitaran dan juga hasil

pemahaman mereka terhadap alam

nyata. Lambang bahasa ini dijadikan

sebagai medium untuk merakamkan

pengalaman dan fikiran mereka.

Dalam kehidupan masyarakat,

kadangkala terdapat sesuatu pekerjaan

itu dilakukan oleh orang lain sama

ada secara sengaja atau tidak, tetapi

mendatangkan akibat kepada orang

lain. Oleh itu, masyarakat Melayu

mempunyai peribahasa tertentu dalam

menggambarkan perbuatan tersebut,

iaitu:

1. Lain orang yang makan

nangka lain orang yang kena getah.

2. Lain bengkak lain bernanah.

3. Enggang lalu atal jatuh,

anak raja mati ditimpanya.

Peribahasa di atas

menjelaskan perbandingan yang

menyatakan keadaan tersebut.

Contohnya dalam peribahasa di atas

terdapat objek ‘bengkak’ dan ‘nangka’

dijadikan sebagai lambang manusia

yang mengakibatkan manusia lain

yang menerima kesan ekoran

daripada perbuatannya. Seterusnya,

dengan mengambil contoh objek

‘enggang’ dalam peribahasa Melayu.

Apabila enggang berkenaan terbang

sehingga atal tersebut jatuh lalu

menimpa anak raja hingga dia mati.

Maka anak raja yang tidak bersalah

itu mati akibat perbuatan enggang

itu, yang mungkin tidak

disengajakan. Begitu juga dengan

peribahasa ‘Enggang lalu ranting

patah’, iaitu perkara yang terjadi

secara kebetulan dan meninggalkan

kesan yang buruk. Peribahasa

tersebut membawa satu pengajaran,

iaitu apabila membuat sesuatu

pekerjaan, perlulah berhati-hati

supaya tidak membawa padah dan

kesan negatif kepada orang lain.

Penggunaan peribahasa di atas amat

relevan dengan keadaan masyarakat

pada waktu ini yang perlu melakukan

penjarakan sosial dan duduk di rumah.

Bagi orang ramai yang enggan

mematuhi Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) ini boleh

menyebabkan, ‘lain orang yang makan

nangka, lain orang yang kena getah’.

Justeru dapat dilihat bahawa

penggunaan peribahasa ini sentiasa

relevan dengan situasi atau cabaran

yang dihadapi oleh masyarakat.

Terdapat juga peribahasa

yang memberi pengajaran kepada

manusia agar dapat membuat

pertimbangan yang sewajarnya

sebelum sesuatu tindakan itu diambil.

Perkara ini adalah penting kerana

menyesal kemudian tidak berguna.

Keadaan ini dapat digambarkan

melalui peribahasa yang berikut:

1. Sesal dahulu pendapatan,

sesal kemudian tidak berguna.

(Maksud: Sebelum mengerjakan

sesuatu hendaklah berfikir secara

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!