14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Keesokan harinya, Hani bekerja

seperti biasa bersama rakan

sekerjanya. Tiba-tiba seorang

rakannya datang kepada Hani dan

memberi kad kahwin serta

menjemput Hani untuk ke majlis

perkahwinan. Hani terkejut apabila

melihat kad kahwin yang tercatat

nama Nasir bin Ahmad bersama

pasangannya Anita binti Azam. “Aik,

Nasir mana pulak ni? Tak kan lah

Nasir yang pernah aku kenali

sebelum ni takpe-takpe nanti aku

datang” bisik Hani pada dirinya.

“Wah, tahniah Anita dah nak kahwin

dah, nanti aku datang ye Anita” kata

Hani kepada Anita. “Terima kasih

Hani, nanti datang tau” jawab Anita.

Hal ini menimbulkan 1001

persoalan kepada Hani terhadap

lelaki yang bernama Nasir bin

Ahmad. “Aku harap Anita dapat

suami yang bukan Nasir bin Ahmad

yang aku kenali dahulu, Nasir bin

Ahmad yang aku kenali dahulu

adalah lelaki yang suka memainkan

perasaan aku.

“Baiklah, esok aku nak balik

kampung nak minta maaf dekat ibu

bapa aku” bisik Hani pada dirinya.

Semasa dalam perjalanan Hani ke

rumahnya selepas habis bekerja

sekali lagi Hani terserempak dengan

Nasir di lampu isyarat. Namun Nasir

tidak perasan akan kehadiran Hani.

Hani ingin mengekori Nasir dari

belakang kerana dia musykil

mengapa Nasir hadir ke Klang

sedangkan Nasir tinggal di Mantin.

Hani terus mengekori Nasir tetapi

suatu kejadian yang tidak patut

berlaku iaitu Nasir dilanggar oleh

sebuah lori yang dipenuhi dengan

batu-bata. Kejadian betul-betul

berlaku dihadapan Hani mujur dia

tidak terlibat dalam kemalangan.

Persoalannya bagaimanakah

keadaan Nasir yang hanya memandu

motosikal yang dilanggar oleh lori

yang besar. Hani menjerit “ya Allah,

Nasir” dan Hani terus melangkah

keluar daripada keretanya.

Pemandu lori tersebut yang

menukar lorong secara tiba-tiba

tanpa memberi isyarat menukar

lorong. Hani terkasima dengan

kejadian yang berlaku dan dia terus

menelefon ambulans. Mujur ramai

yang datang membantu

menyelamatkan Nasir yang

dihempap batu-bata.

Selepas beberapa minit

ambulans hadir bersama bomba dan

polis. Ambulans terus membawa

Nasir ke hospital yang berdekatan.

Hani menjadi saksi kemalangan

tersebut dan dia menceritakan

kejadian yang berlaku kepada

anggota polis.

Selepas dua jam kemalangan

berlaku Hani pulang ke rumah

dengan tangisan. Dia tidak dapat

percaya dengan apa yang berlaku

kepada Nasir. Jam menunjukkan

sudah pukul tiga pagi namun, Hani

tidak dapat melelapkan matanya

untuk tidur walaupun pada masa itu

Hani telah pun baring di atas katil.

Dia segera bangun dan menunaikan

solat sunat tahajud supaya jiwanya

lebih tenang. Hani berdoa dan

bermonolog kepada Allah supaya

Nasir berada dalam keadaan baik.

Keesokan harinya, Hani pergi

melawat Nasir di hospital tetapi juru

rawat di hospital tersebut

mengatakan bahawa Nasir telah

meninggal dunia dan jenazahnya

telah dihantar ke Mantin. “Apa !!

sudah meninggal dunia” Hani

terkejut. Hani terus bergegas ke

rumahnya untuk mengemas pakaian

dan bergerak ke Mantin dan terus

balik ke Kuala Selangor bertemu

dengan keluarganya.

Apabila sudah sampai di Mantin

Hani pergi ke rumah keluarga Nasir

untuk melihat jenazah. Hani

menangis dan tidak dapat

mengungkapkan sebarang kata-kata.

Selesai sahaja pengurusan jenazah,

Hani terus menyambung perjalanan

ke kampungnya.

Apabila sudah sampai, Hani

terus melangkah masuk ke dalam

rumah keluarganya yang telah lama

dia tinggalkan. “Assalamualaikum,

ibu?, ayah?, along?. Oh dekat dapur

rupanya.” Hani terus salam kedua

ibu bapanya dan memohon maaf.

Hani menceritakan segala kisah

yang terjadi kepada ibu bapanya.

“Ayah nak cakap sesuatu dekat kau

ni” ayah Hani berkata. Hani

menjawab “ye ayah”. “Ayah nak

minta maaf dekat kau sebab ayah

paksa kau untuk kahwin dengan

Osman hari tu” ayah Hani berkata.

Hani menjawab “eh, ayah ni ….Hani

pun nak minta maaf sebab keluar

rumah macam tu je…..maafkan saya

ayah”. Ayah Hani tersenyum dan

berkata “ayah dah maaf kan kamu

dah”.

“Akak, sekarang macam mana?

Dah lama dah saya tak makan nasi

minyak…..hahaha…..”. Tanya Hani

sambil ketawa. “Ish kamu ni, dah

lama tak balik nak cari gaduh

pulak….yang kamu pergi ke Klang tu

buat apa? Cari suami ke?…..”tanya

kakak Hani sambil ketawa.

Hani menceritakan segala kisah

yang berlaku kepada ibu bapanya.

Setelah tiga hari dia tinggal bersama

dengan keluarganya, Hani pun mula

berangkat pergi untuk pulang ke

Klang. Semasa dalam perjalanan

pulang, Hani perasan yang dirinya

telah diikuti oleh sebuah kereta

yang berwarna hitam serta tingkap

yang agak gelap. Keadaan tingkap

itu menyukarkan Hani untuk

melihat siapakah pemandu tersebut.

Hani berasa amat takut dan dia mula

mengambil langkah berjaga-jaga.

Hani meneruskan lagi

perjalanannya, dia berasa pelik

mengapa kereta tersebut

mengekorinya. Hani memandu

kenderaannya terus ke balai polis

yang berhampiran. Namun, kereta

tersebut tidak memandu masuk ke

dalam balai polis tersebut.

Ini menimbulkan satu

persoalan kepada Hani, “asal pulak

kereta tu ikut aku” Hani bertanya

pada dirinya sendiri. Tetapi Hani

mengenal pasti nombor pendaftaran

kereta tersebut. Secara tidak

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!