14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Farhan kelihatan geli tetapi tetap menurut arahan Cikgu

Norehan kerana takut diketawakan oleh rakan-rakannya.

Cikgu Norehan mengajar tentang haiwan kepada anak

muridnya iaitu kelas 5 G. Cikgu Norehan menyuruh

Farhan, Mani dan Ismail meletakkan haiwan keluar kelas

selepas sesi pengajarannya. Semasa membawa katak

pisang keluar kelas, bajunya dikencingkan oleh katak

pisang itu. Farhan melompat-lompat geli kerana kotor.

Seluruh kelas sekali lagi ketawa berdekah-dekah. Wajah

Farhan merah padam menahan malu dan geram pada

rakan-rakannya.

“Lain kali jangan mengenakan orang, tidak baik dan Tuhan

akan balas perbuatan jahat kita,” nasihat Cikgu Norehan.

Cikgu Norehan memandang wajah Farhan, Mani dan

Ismail dengan pandangan mata yang tajam.

“Maafkan kami,” kata Farhan, Mani dan Ismail sambil

tertunduk.

“Pergi basuh baju itu, busuk bau kencing katak pisang dan

jangan lupa minta maaf dengan Cikgu Laila.” nasihat Cikgu

Norehan.

Ketiga-tiga murid itu bersalaman dengan Cikgu Norehan

dan berjanji tidak buat begitu lagi. Cikgu Norehan

tersenyum dan menasihati anak murid di kelas 5 G sambil

bersalaman dengan mereka.

Sekarang, Cikgu Norehan hanya memasang LCD dan

menunjukkan Youtube cerita-cerita haiwan. semua

menyanyi lagu “Katak Oh Katak”. Cikgu Norehan

memerhati murid-muridnya menyanyi sambil mengikut

rentak lagu dan membuat pergerakan seperti katak.

Elemen Seni Dalam Pendidikan diserapkan dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu di kelasnya.

Tamat

19

SAJAK

OLEH: EN. MOKHTAR RAIS

JABATAN ILMU PENDIDIKAN,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

SUARA HATI BAKAL PESARA

Bersara! Pesara !

Tiada lagi yang nak disara

Anak di mana mana

Dah lama berkelana

Mereka juga ada yang disara

Aku cuma tinggal berdua

Segar udara pagi di jendela gerigi

Ingin menyarung jersi lagi

Rupanya aku dipaksa di sini

Tidak layak ke kantor lagi

Baru kutahu usia sudah lima siri

Ooooo…..itu cuma bayangan

Yang akan jadi kenyataan

Cuma tinggal dua angka pusingan

Alhamdulillah…Allah kurnia lagi kudrat

Minda masih sihat

Badan masih afiat

Mata masih harat

Telinga belum karat

Tetiba aku sujud syukur…

Firman menyaran

Jika kamu bersyukur,

Aku akan tambah nikmat

Jika kamu kufur,

balasan azabNya amat pedih

Aku berkhayal lagi

Apa aku nak buat dengan 300 ribu tu?

Kawan banyak merayu

Niaga! Saham!

Bitcoin ! Cryptocurrency! Forex !

Atau simpan aje

Kawan kata, kalau nak kaya melabur

‘gunung pun, kalau ditarah rata dia”

Harta ni, kita cari, kitalah guna

Atau difaraid waris kita

Tamak masuk ke kepala

Dengki memang sudah ada

Aku jadi dilema

Tapi hati kecilku kata

Amalku sangat tiada

Dosaku berjela

Isteri pernah bersuara

Ada duit nanti kita ke Mekah saja…

Sejuk mindaku

Apa pun

Masanya masih belum tiba

Akan kukerah tenaga

Untuk terus berjasa

Demi nusa dan bangsa

Selagi masih diterima

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!