14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

44

CERPEN

OLEH: MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZA’BAR

PELAJAR UNIT V2

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

BALASAN JANJI

PALSU MU…

Apakah yang dimaksudkan dengan CINTA ?.

Cinta merupakan sifat semulajadi yang lahir dalam

diri seseorang tetapi, adakah cinta ini membawa

kebaikan sahaja ?. Sedar ataupun tidak kehadiran cinta

menjadikan kehidupan seseorang itu bertambah baik ataupun

sebaliknya.

Azman dan Rindiani merupakan

pasangan kekasih yang telah

menjalinkan hubungan percintaan

sejak zaman universiti lagi. Rindiani

merupakan seorang pelajar

daripada golongan keluarga yang

berada tetapi Azman merupakan

pelajar yang serba kekurangan.

Hubungan mereka seperti pinang

dibelah dua iaitu saling melengkapi

antara satu sama lain. Pada awalnya,

hubungan mereka ini berlaku tanpa

diduga kerana selepas tamat sahaja

kelas pertama, Azman menyanyikan

lagu daripada kumpulan Slam yang

bertajuk Rindiani. “Rindiani

kekasihku sayang jangan pergi dari

sisiku, Rindiani bunga hati

sayang…”. Lagu itu dinyanyikan oleh

Azman kerana dia berasa lega

selepas tamat kelas tersebut.

Semasa Azman menyanyikan lagu

tersebut, tiba-tiba wanita yang

cantik bernama Rindiani lalu di

hadapan Azman dan menegurnya.

“Kenapa awak panggil nama saya?”.

Kata Rindiani kepada Azman.

Sebenarnya Azman tidak

mengetahui bahawa wanita tersebut

bernama Rindiani. Azman terpaku

melihat Rindiani yang cantik seperti

bidadari syurga jelmaan

dunia.Rindiani menanyakan soalan

itu buat kali yang kedua. “Kenapa

awak panggil nama saya?”. Azman

menjawab dengan nada yang serius.

‘Tiada apa-apa’. Wanita tersebut

pergi meninggalkan Azman dengan

memberikan jelingan mata yang

tajam. Sejak daripada itu Azman

ingin mengenali Rindiani dengan

lebih dekat.

Hari demi hari Azman cuba

untuk mendapatkan maklumat

tentang wanita yang dianggap

sebagai bidadari itu. Namun, usaha

Azman iaitu ingin mengejar

cita-citanya untuk menjalinkan

percintaan dengan Rindiani pudar

selepas dia mengetahui bahawa

Rindiani adalah anak Dato’ Razali.

Azman berkata dalam hati “anak

Dato’ rupanya”. Selepas Azman

mengetahui Rindiani adalah

golongan orang yang berada, Azman

rasa dia tidak sepadan dengan

Rindiani yang dianggap sebagai

bidadari kerana Azman sedar yang

dirinya bukan daripada golongan

yang berada tetapi dalam beberapa

hari kemudian sesuatu yang di luar

jangkaan berlaku iaitu Rindiani

menegur Azman melalui Whats app.

“ Hai, assalamualaikum. Saya

Rindiani.”. Azman terkejut, dan

hatinya mula berbunga-bunga

setelah membaca mesej tersebut.

“Waalaikumussalam” jawab Azman

sambil tersenyum menghantar

mesej. Bermulalah episod cinta

Azman dengan Rindiani.

Hubungan mereka sebagai

kawan biasa yang lama

kelamaannya menjadi pasangan

BAHAGIAN 1

kekasih selepas mereka berdua

kerap berjumpa dan meluahkan isi

hati masing-masing. Setahun sudah

berlalu, Rindiani menjalinkan

hubungan dengan Azman tanpa

pengetahuan ibu bapanya.

Sebaliknya, keluarga Azman

mengetahui bahawa Azman

menjalinkan hubungan dengan

Rindiani. Hal ini kerana, Azman

merupakan anak yang taat kepada

ibu bapa dan sering bertanya khabar

keluarganya melalui panggilan

telefon. Jadi secara tidak langsung,

keluarga Azman dapat mengenali

Rindiani kerana Azman telah

menceritakan hubungannya dengan

Rindiani kepada ibu bapanya.

Azman menganggap bahawa

Rindiani telah menceritakan serba

sedikit tentang dirinya kepada

keluarga Rindiani tetapi pada

hakikatnya Rindiani tidak

menceritakan apa-apa pun kepada

ibu bapanya tentang hubungannya

dengan Azman.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!