14.06.2020 Views

KARYA 2-2020 FLIP

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020 UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 2/2020
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

25

ARTIKEL

OLEH: DR BADARIAH BINTI HASHIM

JABATAN SAINS DAN MATEMATIK,

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA Siri 2/2020

perpustakaanipgki@gmail.com

KAEDAH PEMBELAJARAN

BERASASKAN PEMIKIRAN

MENGKONSEPSIKAN:

SATU PENGENALAN

P

embelajaran berasaskan pemikiran (Thinking

Based Learning, TBL) adalah satu kaedah

pembelajaran yang mengandungi sekaligus iaitu

(a) kandungan pelajaran, (b) satu kemahiran

berfikir sama ada dalam kategori kritis, kreatif atau strategi

berfikir; (c) penerapan tabiat minda dan (d) melakukan

metakognisi. Dalam satu contoh pengajaran Fizik, tajuk

yang diajar ialah 4.1 Memahami Keseimbangan Terma,

kemahiran berfikir yang digunakan ialah strategi berfikir

mengkonsepsikan, tabiat minda yang digunakan ialah

mendengar sambil memahami dan bersifat empati dan

melakukan metakognisi. Keempat-empat komponen ini

akan disepadukan dalam satu pengajaran secara

berstruktur.

Kaedah TBL terdiri daripada dua bahagian iaitu

pengenalan dan aktiviti.

Dalam bahagian pengenalan mengandungi:

• Mengaitkan strategi berfikir mengkonsepsikan

dalam pengalaman harian murid secara eksplisit

• Memperkenalkan kemahiran tabiat minda secara

eksplisit

Dalam bahagian aktiviti mengandungi:

• Latihan terbimbing penggunaan strategi berfikir

mengkonsepsikan dalam penguasaan kandungan

pembelajaran

• Menerapkan kemahiran tabiat minda

• Melakukan metakognisi

Semasa merancang PdPc, guru perlu menentukan apakah

kemahiran berfikir yang sesuai untuk digunakan dengan

kandungan pelajaran yang akan diajar. Dalam mata

pelajaran Fizik terdapat banyak konsep-konsep Fizik, oleh

itu penggunaan strategi berfikir mengkonsepsikan adalah

sesuai dalam PdPc Fizik. Setelah guru mengenal pasti

kemahiran berfikir yang akan digunakan, pada peringkat

pengenalan guru perlu menunjuk cara menggunakan

kemahiran berfikir kepada murid, contoh seperti

mengkonsepsikan. Guru akan menunjukkan cara

melaksanakan mengkonsepsikan dengan mengaitkannya

kepada contoh mudah dalam kehidupan seharian, pada

masa ini belum lagi dikaitkan dengan kandungan pelajaran.

Pada peringkat perancangan juga, guru perlu mengenal

pasti apakah tabiat minda yang guru pilih untuk diterapkan

kepada murid-muridnya semasa PdPc. Pada peringkat ini,

guru akan menerangkan kepada murid-murid cara untuk

menerapkan tabiat minda dalam diri masing-masing

semasa PdPc berlangsung.

Dalam peringkat aktiviti, kandungan pelajaran akan

disepadukan bersama dengan strategi berfikir

mengkonsepsikan dan tabiat minda. Guru sebagai

fasilitator bertindak sebagai model atau memberi

penerangan supaya semua prosedur menjadi tepat dan

jelas. Dalam peringkat aktiviti ini juga murid melakukan

metakognisi.

Sekiranya berminat untuk membuat bacaan lebih lanjut

berkenaan TBL, bahan rujukan asal, bolehlah membaca

buku Thinking-based learning: promoting quality student

achievement in the 21 st century yang dikarang oleh Robert

J. Swartz, Arthur L. Costa, Barry K. Beyer, Rebecca

Reagan, dan Bena Kallick, keluaran pada tahun 2008.

Bahan bacaan TBL dalam Bahasa Melayu pula

dicadangkan untuk membaca buku bertajuk Manual

Pengajaran: Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

Mengkonsepsikan yang dikarang oleh Dr. Badariah binti

Hashim keluaran 2019.

Pembelajaran berasaskan pemikiran adalah satu alternatif

pedagogi khusus melibatkan KBAT. TBL

menjadikan murid aktif dalam pembelajaran

dan bekerja secara berkumpulan. Tidak

dapat dinafikan lagi sememangnya berlaku

peningkatan yang jelas dalam aspek

kemahiran berfikir murid kerana

dalam PdPc satu kemahiran berfikir yang

khusus akan diaplikasikan sepenuhnya

dalam kandungan pelajaran.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!