23.03.2013 Views

universiti malaya - Faculty of Computer Science and Information ...

universiti malaya - Faculty of Computer Science and Information ...

universiti malaya - Faculty of Computer Science and Information ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

8. Notis dan Agenda bagi mana-mana mesyuarat Biasa hendaklah diedarkan

kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh mesyuarat itu.

9. Notis mengenai usul dan perkara-perkara yang ahli-ahli ingin masukkan dalam

agenda bagi mana-mana mesyuarat Biasa hendaklah dihantar secara bertulis

kepada Setiausaha tidak lewat daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh

mesyuarat itu dijadualkan. Notis-notis itu hendaklah disertai oleh suratan-suratan

mengenai usul atau perkara itu, jika ada.

10. Perkara penting yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan dalam perenggan

boleh dibangkitkan di bawah “hal-hal lain” dalam Agenda mesyuarat kecuali jika

perkara ini dibantah oleh Pengerusi atau mana-mana ahli Mesyuarat

Pengurusan, maka perkara itu tidak boleh dibincangkan tetapi hendaklah

dimasukkan sebagai satu perkara dalam Agenda bagi mesyuarat Biasa yang

akan datang.

11. Sesuatu mesyuarat Biasa boleh ditangguhkan apabila perlu. Mana-mana perkara

dalam Agenda yang tidak selesai hendaklah diselesaikan dalam mesyuarat yang

ditangguhkan itu atau dalam mesyuarat Biasa yang akan datang.

Mesyuarat Khas dan Mesyuarat Tergempar

12. Mesyuarat-mesyuarat Khas (a) boleh diadakan oleh Pengerusi atas

permintaannya sendiri, atau (b) hendaklah diadakan oleh Pengerusi atas

permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada empat (4) orang ahli.

13. Notis dan Agenda bagi mana-mana mesyuarat Khas hendaklah dihantar kepada

ahli-ahli sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh mesyuarat itu diadakan.

14. Mesyuarat-mesyuarat Tergempar (a) boleh diadakan oleh Pengerusi atas

permintaannya sendiri atau (b) hendaklah diadakan oleh Pengerusi atas

permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada empat (4) orang ahli. Notis dan

Agenda bagi mana-mana mesyuarat tergempar hendaklah diedarkan kepada

ahli-ahli sekurang-kurangnya dua puluh empat (24) jam sebelum masa dan tarikh

mesyuarat.

Minit

15. Minit mana-mana mesyuarat Pengurusan hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli

dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh mesyuarat itu.

16. Jika ada pindaan kepada minit mana-mana mesyuarat Pengurusan maka

pindaan itu mestilah sampai kepada Setiausaha dalam tempoh lima (5) hari

daripada tarikh minit itu dikeluarkan. Jika tiada pindaan diterima pada akhir

tersebut, maka Setiausaha akan menganggap minit itu betul dan akan terus

mengambil tindakan ke atas minit itu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!