23.03.2013 Views

universiti malaya - Faculty of Computer Science and Information ...

universiti malaya - Faculty of Computer Science and Information ...

universiti malaya - Faculty of Computer Science and Information ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

26. Mesyuarat Pengurusan boleh melulus atau merujukkan balik sebarang perakuan

yang dibuat oleh mana-mana jawatankuasanya.

Suratan-suratan dan Perjalanan Mesyuarat bersifat Sulit

27. Surat-suratan yang diedarkan kepada ahli-ahli dan perjalanan mesyuarat

Mesyuarat Pengurusan hendaklah disifatkan sebagai SULIT.

Pengedaran Perkara Penting

28. Atas budibicara Pengerusi Mesyuarat Pengurusan, sebarang perkara penting

boleh diedarkan untuk kelulusan ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan, dengan syarat:

(a) ahli-ahli diberi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari daripada tarikh surat

pekeliling itu dikeluarkan untuk mengemukakan bantahannya, jika ada,

dan

(b) jika ada dua (2) orang atau lebih ahli-ahli yang membantah perkaraperkara

yang diurus dengan cara edaran itu, maka perkara-perkara itu

tidak boleh diluluskan tetapi hendaklah dimasukkan dalam Agenda

mesyuarat Biasa yang akan datang atau dalam satu mesyuarat Khas.

29. Jika tiada jawapan diterima dalam tempoh tujuh (7) hari yang tersebut dalam

perenggan 22 daripada mana-mana ahli mesyuarat Pengurusan menyatakan

kelulusan atau bantahannya terhadap sebarang perkara yang diurus secara

edaran itu, maka bolehlah Setiausahanya mensifatkannya sebagai bermakna

bahawa perkara itu telah diluluskan oleh ahli.

Tempoh Jawatan ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan dalam Jawatankuasajawatankuasa

30. Apabila berakhir tempo jawatan hakiki seseorang ahli Mesyuarat Pengurusan,

maka keanggotaannya dalam jawatankuasa atau jawatankuasa-jawatankuasa

sebagai wakil Mesyuarat Pengurusan juga akan berakhir pada tarikh yang sama.

Pindaan kepada atau Penggantungan Perintah-perintah Tetap

31. Pindaan kepada perintah-perintah boleh dibuat pada bila-bila masa dengan

ketetapan Mesyuarat Pengurusan.

32. Mesyuarat Pengurusan boleh, dengan ketetapan, menggantung Perintah Tetap

ini.

Tarikh :

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!