09.02.2022 Views

Natural Health BM_Jan-Feb 2022

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kesihatan & Kesejahteraan

organ, matlamat ini baik kerana,

pesakit tidak perlu lagi menunggu

dalam tempoh masa yang terlalu lama

bagi mendapatkan penderma organ.

Hal ini dikatakan demikian kerana,

terdapat kajian yang menyatakan

bahawa terdapat seramai 10,000

pesakit telah meninggal dunia sebelum

menjalani pemindahan organ kerana

menunggu giliran yang terlalu lama

untuk mendapatkan penderma yang

sepadan. Dengan adanya rawatan

seperti ini pesakit akan memperoleh

organ baharu sebagai pengganti organ

yang telah rosak dalam tempoh masa

yang lebih cepat. Contohnya, paruparu,

hati, jantung, buah pinggang

dan sebagainya. Walaupun teknologi

ini dilihat luar biasa dan sukar untuk

dipercayai, namun ia mampu menjadi

kenyataan kerana banyak kajian telah

dijalankan oleh pakar perubatan

dan penyelidik dari luar negara.

Teknologi canggih ini juga mampu

mengembangkan fungsi organ

manusia semula. Jadi anda tidak perlu

bimbang dengan kesan sampingan

selepas pembedahan kerana ia

tidak akan menyebabkan kerosakan

pada tisu penerima organ dan tidak

mendatangkan sebarang masalah

kepada organ yang tidak boleh

diterima oleh tubuh badan.

iii) Penjagaan Kesihatan Mental

Secara Atas Talian /

E-Sokongan Psikologi

Akhir-akhir ini isu berkaitan dengan

masalah kesihatan mental acapkali

kita dengar dan menjadi buah

mulut masyarakat. Faktor tekanan

hidup, masalah di tempat kerja

dan isu keganasan rumah tangga

seringkali menjadi punca utama

kepada permasalahan ini. Namun

terdapat sesetengah masyarakat yang

memandang ringan terhadap isu

ini dan menjadikannya sebagai satu

jenaka. Tanpa mereka sedari gurauan

yang sering kali mereka lakukan ini

boleh menyebabkan seseorang itu

membunuh diri. Sekiranya anda sendiri

yang mengalami masalah tekanan

perasaan akibat desakan hidup, jangan

sesekali berdiam diri atau memendam

perasaan, dapatkan rawatan segera.

Isu penjagaan kesihatan penting bukan

sahaja berkaitan dengan fizikal, malah

ia juga berkaitan juga dengan mental

dan emosi seseorang. Hari ini ramai

masyarakat yang mengalami masalah

tekanan perasaan merasa takut

untuk keluar daripada masalah yang

mereka alami akibat takut dikecam

oleh masyarakat. Mereka takut untuk

mendapatkan rawatan sewajarnya di

hospital atau di pusat rawatan yang

menyediakan perkhidmatan daripada

golongan professional. Ada di antara

mereka yang menganggap sekiranya

mereka mendapatkan rawatan tersebut,

masyarakat akan menganggap mereka

sebagai seorang yang tidak waras atau

“gila”. Fikiran sempit seperti ini yang

menyebabkan sesetengah individu

takut untuk mendapatkan bantuan.

Oleh tiu, dengan adanya perkhidmatan

rawatan mental secara atas talian

dapat membantu golongan ini untuk

mendapatkan bantuan. Misalnya anda

boleh menghubungi perkhidmatan

kaunseling seperti KSK Care Centre,

Malaysian Relief Agency, Befrienders,

Hospital Canselor Tuanku Muhriz

(HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) Mereka akan mendapat

sokongan moral yang lebih kukuh.

Mereka dapat berkongsi masalah yang

dihadapi dengan cara menghubungi

talian perkhidmatan tanpa perlu bersua

muka. Pesakit ini akan berasa lebih

yakin dan selamat untuk bercerita

masalah yang dihadapi. Malah stigma

bahawa mereka yang mempunyai

masalah mental seperti anxiety dan

depression adalah golongan yang tidak

mempunyai pendirian agama juga

dapat diatasi.

iv) Mendapatkan Rawatan

Di Pusat Rawatan

Berteknologi Tinggi

Sistem kesihatan dan perubatan di

negara ini sewajarnya dinaiktaraf

seiring dengan kemajuan dalam

pelbagai sektor yang ada di dalam

negara. Kemajuan dan pemodenan

dalam sistem kesihatan ini penting

bagi memastikan rakyat dan pesakit

di negara ini mendapat perkhidmatan

dan rawatan dalam suasana yang

lebih kondusif seperti negara negara

maju yang lain. Sebagai rakyat kita

wajar memilih di dan bagaimana

cara kita dirawat bagi menjamin

kesejahteraan diri dan keluarga.

Tindakan ini bukanlah untuk

menunjukkan lambang kemewahan

seseorang, sebaliknya ia penting dalam

memberikan keselesaan kepada diri

atau keluarga semasa mendapatkan

rawatan. Sebagai contoh rawatan

canggih dan berteknologi tinggi

yang terdapat di Malaysia termasuk

mempunyai mesin scan Angio-CT

Hibrid yang terdapat di Hospital

Selayang bagi menilai keberkesanan

rawatan dan menyediakan baseline

untuk melakukan imbasan ke atas

pesakit. Disamping itu, Sunway

Medical Center Velocity juga pernah

memenangi Anugerah Frost & Sullivan

Excellence Awards, Asia Pacific Best

Practices Awards baru-baru ini secara

tidak langsung memberi satu reaksi

positif dalam kalangan masyarakat

untuk melakukan tindakan bijak dalam

memilih pusat rawatan yang dapat

menawarkan perkhidmatan rawatan

yang lebih kondusif.

Bagi membolehkan negara menuju

ke arah negara yang membangun

memerlukan rakyat memiliki jati diri

yang teguh dan saling bekerjasama

dalam apa jua situasi. Bukan itu sahaja,

sebagai seorang rakyat yang tinggal

di negara maju penelitian daripada

semua aspek haruslah diberikan

penekan terutama dalam aspek

kesihatan. Banyak negara yang mampu

menjadikan negara mereka maju

disebabkan oleh sikap dan tindakan

pemimpin serta rakyat yang prihatin

terhadap isu perubatan dan kesihatan

di negara mereka antaranya Singapura,

India, Korea Selatan dan Costa Rica.

Kita seharusnya menjadikan negaranegara

ini sebagai satu idola yang

hebat untuk dicontohi. Sikap suka

menghakimi diri dan orang lain perlu

dijauhi. Sebagai rakyat yang ingin

memajukan negara dalam pelbagai

industri terutamanya dalam bidang

perubatan dan kesihatan mentaliti kita

juga seharusnya bergerak sama pantas

dengan kemajuan dunia. Kesihatan

yang diberikan oleh Tuhan pada hari

ini seharusnya kita jaga kerana ia

merupakan satu anugerah yang tidak

ternilai. Jadi sekiranya ada diantara

kita yang menghidapi sebarang

penyakit berbahaya, sudah tentu kita

memerlukan rawatan canggih dan

moden untuk merawatnya.

Natural Health * Januari/Februari 2022

27

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!