15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KESIHATAN & KESEJAHTERAAN

Rabun Di Usia Muda

Masalah gangguan penglihatan

di usia kanak-kanak bukan sahaja

memberi kesan kepada kesihatan dan

pembelajaran, malah aktiviti sosial

mereka juga turut terlibat. Kanak-kanak

ini mungkin mengalami kesukaran

semasa bermain seperti semasa

menangkap bola atau berbasikal.

Jika dia tidak mampu untuk memberi

jawapan, mungkin dia mengalami

masalah penglihatan.

Kebanyakan kanak-kanak menderita

masalah ini bertahun-tahun kerana

ada ibu bapa yang kurang peduli akan

masalah penglihatan anak-anak. Malah,

ada keadaan di mana kanak-kanak itu

sendiri takut untuk mengadu tentang

masalah mereka kepada ibu bapa.

Tanda-Tanda Anak Rabun

Sebagai ibu bapa, anda sendiri perlu

perhatikan sebarang perubahan pada diri

si kecil dengan mengetahui tanda-tanda

yang menunjukkan anak anda rabun.

‣ ¾ Minta anak anda untuk membaca buku

di hadapan anda. Perhatikan sama

ada dia mengecilkan matanya atau

membawa buku menghampiri mata

ataupun menjauhkan buku semasa

ingin membaca.

‣ ¾ Minta anak anda memandang ke arah

sesuatu objek dengan jarak sekurangkurangnya

10 kaki ke belakang.

Tanya anak anda apa yang dia lihat.

Cegah Rabun Di Usia Muda

Masalah rabun masih boleh ‘dilewatkan’ jika

anda mengamalkan kaedah-kaedah berikut:

1. Rehatkan mata - Jangan biarkan

anak anda mengadap televisyen atau

gajet terlalu lama. Letakkan sofa jauh

dari televisyen.

2. Keluar riadah - Rajin-rajinkan diri

untuk bawa anak anda melakukan

aktiviti luar.

3. Tumbuhan hijau - Tanam kawasan

rumah anda dengan pokok menghijau.

Anda juga boleh letakkan bilik anak

anda mengadap tumbuhan hijau.

4. Kawal pemakanan - Pilih makanan

yang mengandungi vitamin,

antioksidan, beta-karoten, omega-3

dan zink.

124 SmartKids World

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!