15.01.2019 Views

SKW BM V07

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KESIHATAN & KESEJAHTERAAN

Bagaimana mengajar kanakkanak

memberus gigi:

xxTunjukkan anak cara memegang

berus gigi dan biarkannya mencuba

memegang batang berus gigi tersebut.

xxGunakan cermin untuk membantu

anak anda melihat perbuatannya

semasa membersihkan giginya.

xxJadikan masa memberus gigi sebagai

masa yang menghiburkan dan

manfaatkan masa dua minit semasa

sesi memberus gigi.

Bawa anak berjumpa

doktor gigi:

xxBawa anak anda berjumpa dengan

doktor gigi sebaik sahaja gigi

pertamanya tumbuh supaya mereka

akan lebih biasa dengan persekitaran

dalam klinik gigi di samping dapat

berkenalan dengan doktor gigi mereka.

Doktor gigi akan dapat membantu

menghalang masalah kerosakan gigi

dan mengenalpasti masalah kesihatan

gigi pada peringkat awal.

TIPS PENJAGAAN GIGI ANAK

1. Hadiri pemeriksaan - Anak anda

perlu dibawa berjumpa doktor gigi

semasa ulang tahun pertamanya.

2. Ajar tabiat baik - Amalan memberus

gigi perlu dimulakan sejak kecil lagi.

Sebelum bayi anda tumbuh gigi,

anda boleh mula memberus gusinya

dahulu. Letakkan air pada berus gigi

bayi atau bersihkan gusinya dengan

menggunakan kain basah. Selepas gigi

bayi anda tumbuh, berus gigi anak anda

dua kali sehari dengan menggunakan

berus gigi bayi dan ubat gigi berfluorida.

Mulakan pemflosan apabila dua batang

gigi anak anda tumbuh bersebelahan

dan menyentuh satu sama lain. Tanya

doktor gigi tentang teknik memberus

dan pemflosan.

3. Elakkan pemberian botol - Jangan

biarkan anak anda menyusu botol

sambil berbaring atau sebelum tidur.

Cecair bergula seperti susu atau jus

buah-buahan akan melekat pada

giginya dan sekali gus membawa

kepada kerosakan gigi.

4. Hadkan pengambilan jus - Ramai

ibu bapa yang menganggap bahawa

pemberian jus kepada anak adalah

pilihan minuman yang baik, namun

sebenarnya ia boleh membawa kepada

kerosakan gigi. Hadkan pengambilan

jus anak anda tidak lebih daripada 4

auns jus buah-buahan sehari.

Sumber: www.nhs.uk, www.webmd.com

136 SmartKids World

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!