15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

GAYA HIDUP

Mulakan perbualan anda bersama

si kecil tentang perasaannya dibuli

bagi mendalami tentang isi hati anak

anda. Bincang dengan si kecil tentang

perancangan yang perlu dilakukan

untuk mengelakkan dirinya daripada

menjadi mangsa buli. Contoh, jika

anak anda dibuli kerana faktor tubuh

badannya yang gempal, tukar persepsi

anak anda tentang bentuk tubuh

kepada kepentingan mengamalkan

hidup sihat. Dengan melibatkan anak

anda kepada proses perancangan dapat

membuatkan dia lebih berminat dan

bersemangat meneruskan hasrat untuk

mendapatkan hidup yang sihat.

Tanya anak anda jika dia mahu anda

berjumpa dengan guru atau pihak

sekolah bagi memaklumkan tentang

kejadian buli tersebut. Jika dia mahu

anda berjumpa guru, beritahu secara

spesifik siapa yang terlibat dan kejadian

yang melibatkan buli. Lazimnya, setiap

sekolah mempunyai protokol tertentu

yang perlu diikuti oleh setiap pelajarnya.

Dengan memaklumkan kepada pihak

sekolah bukan sahaja dapat membantu

mangsa buli seperti anak anda bahkan

juga dapat mengubah kelakuan kanakkanak

yang bertindak sebagai pembuli.

Cara lain, anda boleh berjumpa dengan

ibu bapa si pembuli. Ini pendekatan

yang betul bagi mengubah perlakuan

kanak-kanak tersebut. Anda boleh

berbincang melalui perjumpaan berdua

dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut

ataupun melalui telefon juga email.

Terangkan kepada mereka bahawa anda

ingin mencari penyelesaian kepada

masalah tersebut.

ELAKKAN!

Jangan bersikap acuh tak acuh

jika anak mengadu dibuli dan

jangan pula menyuruh anak

untuk membalas kembali

perbuatan buli. Banteras

segera gejala buli di kalangan

kanak-kanak.

SmartKids World

161

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!