15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

GAYA HIDUP

Mengapa gemar muzik?

Pernahkah anda mengalami situasi seperti

ini, sewaktu anda masuk ke dalam kereta

dan memasang radio, anak anda yang

baru sahaja bersekolah turut bersiul-siulan

mengikut irama muzik yang ada. Hah!

Terbukti bukan, kanak-kanak memang

gemar mendengar atau melibatkan diri

dengan muzik.

Malah, kajian menunjukkan kanak-kanak

yang terlibat dengan muzik (sama ada

menyanyi atau bermain alat muzik) akan:

• Mudah membaca

• Belajar koordinasi, memberikan

tumpuan dan bekerjasama

• Bagus dalam subjek matematik

dan sains kerana muzik membantu

membina perkembangan kognitif

• Mudah bergaul dengan rakan sebaya

• Tinggi keyakinan diri

INFO

Bantu anak anda untuk

mengenali pelbagai genre

muzik (yang bertepatan dengan

usianya) seperti klasik dan jazz.

Variasi muzik

Memperkenalkan anak kepada pelbagai

variasi muzik dapat membantunya

meningkatkan keupayaan kanak-kanak

dalam menganalisis dan juga memahami

muzik. Kanak-kanak yang berada di awal

persekolahan (5-7 tahun) amat sesuai

diperkenalkan kepada muzik klasik

atau country.

Berikut merupakan beberapa idea bagi

memperkenalkan muzik dalam kehidupan

anak anda:

• Letakkan radio kecil dengan koleksikoleksi

lagu yang sesuai di bilik tidur

anak anda

• Jam loceng muzikal dapat membantu

anak anda untuk bangun pagi, malah

sesetengah lagu mungkin boleh

menjadi petunjuk kepada anak anda

untuk melakukan tugasan, seperti lagu

lullaby petanda waktu tidur anak anda

• Perkenalkan lagu kanak-kanak kepada

si cilik

• Menyanyi di dalam kereta bersamasama

anak anda

• Belikan anak anda instrumen muzik

seperti gitar, piano atau ukulele dan

main bersama dengannya

SmartKids World

151

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!