15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KESIHATAN & KESEJAHTERAAN

Pakar Pediatrik, Dr Intan Juliana

Abd Hamid menjawab persoalan

tentang cara meningkatkan antibodi

badan. Artikel diambil dari laman

doktorbudak.com.

Umumnya, sistem pertahanan badan

kanak-kanak adalah masih belum

matang semasa baru lahir dan ia akan

berkembang selari dengan tumbesaran

kanak-kanak tersebut. Adalah merupakan

satu perkara lumrah bagi kanak-kanak

kecil mengalami jangkitan demam

selesema dan episod ini boleh mencapai

sehingga 5-6 kali setahun dan masih

dianggap normal.

Bagi setiap kali pendedahan kepada

kuman-kuman ini, sistem pertahanan

imun badan kanak-kanak akan bertindak

dengan efektif dan penghasilan antibodi

dan sel memori akan berlaku. Maka,

jika terjadi jangkitan oleh kuman yang

sama pada masa hadapan, kanak-kanak

tersebut mampu melawan jangkitan

tersebut dengan segera dan mereka akan

lega dengan cepat.

Terdapat banyak jenis kuman yang boleh

menyerang sistem pernafasan kanakkanak

dan seterusnya membawa kepada

demam selesema. Antaranya adalah

kuman bakteria seperti Streptococcus

pneumonia, kuman virus seperti

Respiratory Syncytial Virus dan banyak

lagi. Ini menjelaskan mengapa mereka

boleh mendapat jangkitan selesema

berulang kali. Ia disebabkan oleh

jangkitan demam selesema oleh agen

kuman yang berbeza.

Namun, perkara yang penting harus

diingat adalah penghasilan antibodi

ini adalah spesifik kepada kuman yang

terdedah. Maka, usahlah anda gusar jika

anak mengalami demam selesema yang

berulang. Kemungkinan besar sistem

pertahanan badan anak-anak anda

adalah mantap kerana jangkitan kuman

tersebut sembuh dan tidak melarat

sehingga perlu menerima rawatan pesakit

dalam di hospital ataupun ICU.

128 SmartKids World

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!