15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENDIDIKAN

Tujuan ibu bapa menghantar anak ke

pusat pengayaan Matematik adalah bagi

memupuk minat mereka terhadap subjek

penting itu. Namun, sebagai ibu bapa,

anda sendiri tidak boleh memberikan

tanggungjawab sepenuhnya mendidik

anak meminati subjek teras ini kepada

pihak pusat pengayaan atau sekolah.

Bagi melatih anak anda meminati subjek

‘angka’, ibu bapa perlu mendedahkan anak

kepada Matematik sejak kecil lagi. Hal ini

adalah supaya mereka tidak akan berasa

terbeban dan ‘terkejut’ apabila mula belajar

Matematik di sekolah. Sebaik-baiknya,

kaitkan aktiviti-aktiviti harian mereka

dengan konsep Matematik supaya mereka

akan lebih mudah memahami konsep

Matematik di dalam kelas.

Tips menjadikan anak seronok

belajar Math:

• Main permainan - Jangan latih

anak anda untuk belajar Math

melalui buku, sebaliknya semai

kecintaannya terhadap Math dengan

cara bermain. Contohnya, berikannya

permainan yang melibatkan angka

di dalam permainan komputer,

sukan atau Monopoly. Selain itu,

muat turun aplikasi di dalam telefon

pintar atau tablet yang menjadikan

Matematik sebagai permainan yang

menyeronokkan. Galakkan anak anda

untuk bermain permainan kad dan

yang melibatkan pengiraan.

• Masukkan Math dalam aktiviti

kegemaran - Ketahui apakah

aktiviti yang anak anda gemari dan

masukkan Math dalam aktiviti tersebut.

Contohnya, anak perempuan anda

gemar membantu anak memasak,

jadi minta bantuannya untuk mengira

bilangan cip coklat atau telur yang

perlu digunakan.

• Ajar Math dalam kegiatan

harian - Kita sering menggunakan

penyelesaian Matematik dalam

kehidupan seharian seperti duit,

ukuran, masa dan sebagainya. Latih

anak anda mengetahui keperluan

Matematik dalam kehidupan seperti

pemberian wang belanja atau semasa

memberinya wang untuk membeli

coklat. Berikan wang kepadanya

dan minta dia kira berapa baki yang

sepatutnya dia terima kembali.

• Berikan ganjaran - Jika anak anda

melepasi satu-satu tahap dalam

Matematik seperti pengiraan, sifir atau

sebagainya, berikan ganjaran kepadanya

sebagai motivasi untuk dia lebih

menguasai Matematik. Ganjaran yang

diberikan tidak perlu mahal. Mungkin

anda boleh memberikannya makanan

pemanis mulut kegemaran atau mainan

baru yang melibatkan Matematik.

SmartKids World

17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!