15.01.2019 Views

SKW BM V07

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENDIDIKAN

Mula bersekolah di tadika boleh jadi

perkara yang menerujakan kanak-kanak

terutama jika mereka sudah terdedah

kepada dunia playschool, kelas pengayaan

atau prasekolah. Namun, bagi kanakkanak

yang pertama kali memasuki alam

persekolahan, mereka mungkin akan

rasa berdebar, takut, teruja, tidak selesa

dan tidak gembira untuk memasuki

persekitaran baru yang asing.

Sebagai ibu bapa, menjadi tugas kita

untuk membantu anak-anak melalui fasa

transisi, terutama apabila melibatkan

perkara baru seperti memasuki

prasekolah, tadika, sekolah rendah,

menengah mahupun kolej. Apa yang

kita mahukan untuk anak kita adalah

supaya mereka bergembira di sekolah dan

dapat menyesuaikan diri dengan alam

persekolahan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa

langkah dan perkara yang perlu diberi

perhatian bagi menyediakan anak anda

untuk ke sekolah, seperti bercerita

tentang keadaan di sekolah dengan si

kecil dan membantunya mengembangkan

kemahiran-kemahiran asas yang perlu

untuk persediaan ke sekolah.

Bercerita Tentang Tadika

Sebulan Sebelum

Biasakan bercerita kepada anak anda

tentang kemasukannya ke tadika

sekurang-kurangnya sebulan sebelum

tarikh kemasukan. Anda boleh

gambarkan suasana di tadika atau

pergaulan di tadika seperti berjumpa

dengan rakan-rakan baru. Beritahu juga

si kecil tentang jadual yang akan dilalui di

sekolah seperti mengikuti kelas menyanyi,

bersukan dan melukis.

Berpisah Seketika

Salah satu masalah yang dihadapi

oleh ramai ibu bapa adalah anak tidak

mahu berpisah dengan mereka semasa

hari pertama persekolahan. Jadi, bagi

membiasakan si kecil memasuki tadika,

ajarnya untuk berjauhan sementara

dengan anda, seperti tinggalkannya

dengan ibu bapa anda untuk tempoh

setengah hari (tanpa kehadiran anda/

pasangan). Anda boleh periksa atau

telefon ibu bapa anda untuk mengetahui

keadaan anak anda di sana.

INFO TAMBAHAN

Bantu anak anda untuk

menguasai kemahiran asas

yang diperlukan sebelum

masuk ke prasekolah

seperti mengajarnya

menggunakan tandas,

memakai pakaian dan

membutangkan baju,

mengikat tali kasut

serta bersosial.

SmartKids World

13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!