15.01.2019 Views

SKW BM V07

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENDIDIKAN

Sang Kancil dan Sang Buaya merupakan

antara cerita kanak-kanak yang begitu

terkenal di waktu dahulu. Masihkah anda

ingat lagi akan cerita kanak-kanak ini?

Lazimnya, mereka yang telah didedahkan

dengan cerita kanak-kanak sejak kecil

akan mengingati plot cerita tersebut.

Salah satu perkara yang membuatkan kita

masih teringat akan plot cerita ini adalah

kerana gaya penceritaan yang menarik.

Begitulah pentingnya pembacaan buku

cerita kepada kanak-kanak. Jika kita

lihat pada hari ini pun, kaedah membaca

buku cerita masih digunakan lagi dalam

pendidikan awal kanak-kanak, menyedari

akan manfaatnya kepada si kecil.

tahu dan membantu perkembangan

otak si kecil

Membantu anak anda belajar tentang

‘realiti’ dan ‘dongeng’

Membantu kanak-kanak

memantapkan kemahiran literasi

awal mereka seperti kemampuan

mendengar serta memahami

perkataan dan ayat

Membacakan buku cerita kepada

kanak-kanak merupakan cara yang

terbaik untuk anda meluangkan masa

berkualiti bersama si manja. Bukan itu

sahaja, dengan sesi bercerita juga dapat

membantu meningkatkan perkembangan

bahasa, literasi dan minda si kecil.

Mengapa membaca penting

untuk anak?

Dengan bercerita, bercakap dan

menyanyi bersama anak anda setiap hari

dapat membantu perkembangannya. Sesi

membaca dan berkongsi cerita bersama si

manja boleh:

Membantunya biasa dengan bunyi,

perkataan, bahasa dan buku

Merangsang daya imaginasi, sifat ingin

Jenis Buku Yang Sesuai Untuk

Anak Anda

Terdapat pelbagai pilihan buku untuk

dipilih. Namun, yang menjadi persoalan

ialah buku pertama yang perlu dipilih.

Secara amnya, anak kecil gemarkan

buku-buku yang mengandungi lagu

dan ilustrasi menarik berserta perkataan

yang mudah dan berulang. Jadi, anda

dinasihatkan untuk memilih buku yang

sesuai dengan peringkat usia anak anda

bagi membantu perkembangannya.

INFO TAMBAHAN

Memilih pelbagai jenis

dan genre buku cerita

dapat mempelbagaikan

kosa kata anak anda,

di samping membantu

kanak-kanak untuk

belajar tentang topiktopik

yang berbeza dan

memahami penstrukturan

sesebuah cerita.

22 SmartKids World

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!