15.01.2019 Views

SKW BM V07

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SEKOLAH ANTARABANGSA

The International School @ ParkCity

No.1 Jalan Intisari, Desa ParkCity, 52200 Kuala Lumpur

Tel: 03-6280 8880 www.isp.edu.my

Kurikulum: British (UK) Pengambilan: September

Yuran: RM30,450 hingga RM54,000 (sekali bayaran)

Terletak di komuniti Desa ParkCity, sekolah ini menggunakan UK National Curriculum dan

mempraktikkan fleksibiliti untuk perubahan global. Semua guru ISP adalah ekspatriat yang

mempunyai kelayakan sepenuhnya dan sangat berpengalaman. Pelajar-pelajar digalakkan untuk

meneruskan kecemerlangan dalam akademik dan peningkatan peribadi bagi membolehkan mereka

untuk mengambil peranan utama dan sentiasa maju dalam masyarakat global. Teknologi memainkan

peranan yang penting; seluruh sekolah dilengkapi kemudahan zon wifi dan pelajar Tahun 3 dan ke

atas diberikan iPad masing-masing.

The International School of Kuala Lumpur (ISKL)

Jalan Kolam Air, 68000 Ampang, Selangor

Tel: 03-4259 5600/ 016-620 1240 www.iskl.edu.my

Kurikulum: Amerika Pengambilan: Ogos

Yuran: RM38,500 hingga RM 77,900 setahun

ISKL ditubuhkan pada tahun 1965, dan merupakan sekolah antarabangsa yang dikawal ibu bapa,

tanpa keuntungan dan menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi untuk kanak-kanak ekspatriat

yang tinggal dengan keluarga mereka di Kuala Lumpur. Diiktiraf di Amerika Syarikat melalui Western

Association of Schools and Colleges (WASC) dan di peringkat antarabangsa melalui Council of

International Schools (CIS). Program-program yang ditawarkan adalah Prep Reception (3 tahun) hingga

diploma Sekolah Tinggi, diploma Baccalaureate Antarabangsa dan kursus Advanced Placement.

The International School of Penang (Uplands)

Jalan Sungai Satu, Batu Feringgi, 11100 Penang

Tel: 04-881 9777 www.uplands.org

Kurikulum: British (UK) Pengambilan: Ogos

Yuran: RM27,600 hingga RM41,000 setahun

Pelajar menerima pendidikan yang berkualiti dari fakulti pengajaran antarabangsa serta pelbagai aktiviti

sukan dan kurikulum yang membantu dalam memupuk aktiviti berpasukan dan juga keyakinan diri

dari semua aspek kehidupan. Tahun demi tahun, pelajar Uplands telah mencapai keputusan akademik

yang konsisten, lebih tinggi daripada purata sedunia, iaitu dengan mencapai skor sempurna dalam pra

universiti Diploma IB dan menerima biasiswa dari universiti-universiti yang berprestij.

The Japanese School of Kuala Lumpur

Saujana Resort Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-7846 5939 www.jskl.edu.my

Kurikulum: Jepun Pengambilan: April

Yuran: Maklumat boleh didapati melalui sekolah

The Japanese School of Kuala Lumpur adalah satu-satunya sekolah di Malaysia yang menawarkan

kurikulum Jepun. Bertapak di premis yang besar, kira-kira dua kali ganda Tokyo-Dome, ia terdiri

daripada tiga sekolah yang menempatkan sekolah Menengah, sekolah Rendah dan sekolah Tadika

dalam satu kawasan sekolah yang berkelengkapan tinggi. JSKL menyediakan pendidikan bahasa

Inggeris dua kali seminggu di peringkat Rendah dan Menengah untuk semua gred.

76 SmartKids World

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!