15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENDIDIKAN

ÆÆMelayan Keletah Anak

Menjadi tabi’e kanak-kanak untuk gemar

bertanya berulang kali sehingga mereka

puas hati. Soalan-soalan yang diajukan

umpama polis menyoal siasat si pesalah ini

ada kalanya membuatkan anda bosan dan

malas untuk melayan perbualan dengan

anak anda.

Namun, tahukah anda, bagi melahirkan

kanak-kanak yang kreatif, soalan-soalan

yang ada kalanya tidak masuk akal ini

perlu dijawab oleh orang dewasa. Hal

ini adalah bagi membiarkan anak anda

berfikir sejenak dan mengaitkan jawapan

dengan soalan yang diberikan. Reaksi

anda yang tidak melayan pertanyaan anak

secara tidak langsung menyekat pemikiran

kreatif kanak-kanak.

ÆÆLayan Cara Kanak-Kanak

Kreatif bukan hanya tertumpu kepada

cara anak melukis atau mencipta sesuatu,

sebaliknya hal penyelesaian masalah turut

merangkumi pemikiran yang kreatif.

Berikan satu permasalahan untuk anak

anda dan dengarlah jawapan yang akan

diberikan. Contohnya, apa yang akan

abang buat jika pasu bunga kesayangan

ibu pecah? Jawapan daripada anak anda

ada kalanya tidak logik tetapi layanilah

caranya berfikir.

ÆÆBuah Fikiran Sendiri

Ketika bermain juga anda boleh latih

anak anda untuk bertindak kreatif.

Contoh paling mudah, jika selalunya anda

mengajar anak anda untuk membaling

bola ke hadapan, mungkin anda boleh

tanyakan pendapatnya mengenai cara

permainan lain yang menggunakan bola.

Ingat! Jangan sekali-kali memperkecilkan

idea yang mereka utarakan kerana akan

menyebabkan anak tidak mahu lagi

mengeluarkan buah fikiran mereka pada

situasi yang lain.

SmartKids World

25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!