15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

GAYA HIDUP

Alih perhatian

Tiada yang lebih mengecewakan dan

merosakkan mood ibu bapa melainkan

apabila melihat anaknya bosan dan tidak

gembira. Jadi, bagi mengelakkan anak

rasa bosan, alih perhatiannya semasa

perjalanan dengan memberikan anak

bermain game. Anda boleh memuat turun

beberapa aplikasi popular atau kegemaran

si manja di telefon pintar atau tablet anda.

Jangan lupa untuk membawa bersama

bantal busuk atau mainan kegemaran

si manja untuk melekakannya bermain

di dalam kenderaan semasa dalam

perjalanan ataupun ketika percutian.

Buku aktiviti atau mewarna

Semasa di lokasi percutian, anda boleh

memberikan anak buku aktiviti atau buku

mewarna sebagai hiburan anak di waktu

lapang. Contohnya, semasa di dalam hotel

atau chalet. Anda juga boleh berikan buku

kosong untuk si kecil melukis semasa

melawat tempat-tempat yang menarik.

Sebaik sahaja anda sampai di destinasi

percutian, anda pasti tidak sabar untuk

menerokai tempat percutian anda- mencari

tempat-tempat menarik, aktiviti-aktiviti

menarik yang boleh dilakukan dan tempat

makan best di situ. Dengan adanya anak

kecil, anda masih boleh menerokai lokasi

percutian anda dengan membawa bersama

peralatan yang sesuai seperti:

Kereta bayi/ stroller

Bawalah stroller yang ringan supaya

mudah menggunakan stroller di manamana

sahaja.

Tisu basah & pencuci tangan

Bawalah bersama tisu basah dan hand

sanitiser dalam beg tangan anda. Apabila

kotor, berpeluh atau melekit (sudah

pasti anak anda akan mengalaminya),

dua benda ini boleh membantu untuk

membersih dan menyegarkan anda

sekeluarga. Namun, bawa produk yang

mesra kanak-kanak, ya Mama!

Tips berguna:

• Bawa bersama kit kecemasan

• Siapkan pakaian yang perlu

dipakai mengikut cuaca di

destinasi percutian anda

• Bawa bersama makanan

tambahan atau suplemen

untuk memastikan anda seisi

keluarga kekal sihat

sepanjang percutian

SmartKids World

149

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!