15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SEKOLAH ANTARABANGSA

Alnoor International School (AIS-KL)

No. 6, Lengkok Bellamy, Jalan Bellamy, Off Jalan Istana, Bukit Petaling

50460 Kuala Lumpur

Tel: 03-2142 4473 www.ais-kl.edu.my

Kurikulum: British (UK) Pengambilan: September

Yuran: RM2,000 hingga RM4,000 setiap penggal

Alnoor International School (AIS-KL) adalah sebuah sekolah antarabangsa yang menyediakan

kursus-kursus utama untuk pendidikan sekolah rendah hingga menengah. Sekolah ini menawarkan

kurikulum British yang mengikut piawaian Peperiksaan Universiti Cambridge. Kurikulum dicorakkan

secara praktikal seperti sekolah-sekolah di Britain. Pelajar akan menjalani penilaian berasaskan

sekolah dan memperoleh IGCSE.

AIU-Irsyad International School

Jalan Tun Abdul Razak, 05200 Alor Setar, Kedah

Tel: 017-944 8895 aiis.my

Kurikulum: IGCSE Pengambilan: Januari

Yuran: Maklumat boleh didapati dengan bertanyakan pihak sekolah

AIU-Irsyad International School menawarkan kurikulum antarabangsa IGCSE Cambridge dengan

mata pelajaran seperti Perspektif Perusahaan dan Global untuk melahirkan individu yang berdaya

saing dan ‘bertaraf dunia’. Pengalaman global ini akan dikongsikan oleh sekumpulan ekspatriat

profesional dari Singapura dan negara dunia pertama lain sebagai mentor akademik kepada pelajarpelajar

di sini.

Asia Metropolitan International School

29, Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak

Tel: 05-241 3141 cambridge.ametis.edu.my

Kurikulum: British (UK) Pengambilan: September

Yuran: RM15,000 hingga RM25,000 setahun

Sejajar dengan falsafah ‘Pendidikan untuk Masa Hadapan’ (‘Educating Forward’), ASIA Metropolitan

International School (AMETIS) menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistik dengan

menekankan penguasaan bahasa Inggeris dan satu lagi bahasa asing. AMETIS menawarkan

pendidikan antarabangsa berkualiti berdasarkan program Antarabangsa Cambridge dan Kurikulum

Kebangsaan England.

Asia Pacific International School (APIS)

No. 1, Persiaran A, Off Jalan Lapangan Terbang Subang,

47200 Subang, Selangor

Tel: 03-7847 1000 www.apis.edu.my

Kurikulum: British (UK) Pengambilan: Ogos

Yuran: RM14,250 hingga RM30,750 setahun

Sekolah ini berada pada kedudukan yang baik dengan memanfaatkan kepakaran dan sokongan

daripada Kumpulan Pendidikan Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT). APIS

membolehkan pelajar mencungkil minat peribadi mereka melalui skop yang lebih luas. Sekolah

berkampus luas ini dapat memastikan bahawa pelajar dibekalkan dengan banyak pilihan dan

peluang dari segi akademik dan peningkatan peribadi.

56 SmartKids World

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!