15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENDIDIKAN

NEW ZEALAND

Sistem pendidikan di New Zealand

pula adalah pelbagai dan merupakan

antara yang terbaik di dunia. Mengikut

penskoran, sistem di sini mendapat tahap

tertinggi untuk literasi, matematik dan

sains. Sistem pendidikan awam pula

adalah salah satu sistem pembiayaan

yang terbaik di dunia di mana New

Zealand mencatatkan peratusan tertinggi

pembiayaan awam dalam pendidikan di

seluruh dunia.

Jadi, apa yang menjadikan New Zealand

unik? Ia berdasarkan beberapa perkara;

pertama, penduduk asal New Zealand

percaya setiap orang berhak mendapat

pendidikan. Terdapat banyak sekolah

swasta di sini, akan tetapi negara ini turut

menyediakan sekolah awam terbaik. Selain

itu, sistem pendidikan di sini memfokuskan

kepada kedua-dua pencapaian akademik

dan praktikal. Sistem pendidikan awam

New Zealand juga memfokuskan kepada

fikiran terbuka dan membiarkan kanakkanak

untuk meneroka dan belajar

mengikut cara yang mereka mampu.

ESTONIA

Mengikut Program Penilaian Pelajar

Antarabangsa (PISA), pengukur

pendidikan global terulung, dihimpunkan

oleh Organisasi untuk Kerjasama dan

Pembangunan Ekonomi, keputusan

pelajar Estonia berusia 15 tahun adalah

yang terbaik di Eropah dan antara yang

terkukuh di seluruh dunia.

Kajian PISA pada tahun 2015 tertumpu

kepada sains semula jadi dan juga menguji

pelajar dalam matematik dan pembacaan

fungsi. Menurut kajian tersebut,

pengetahuan dan kemahiran pelajar

Estonia berusia 15 tahun dalam biologi,

geografi, fizik dan kimia adalah yang

terbaik di seluruh dunia- yang pertama di

Eropah dan ketiga di skala global. Bilangan

pelajar terbaik yang dapat menyelesaikan

ujian yang sukar adalah lebih tinggi

daripada yang pernah dicatatkan

sebelum ini- iaitu sebanyak 13.5 peratus,

sementara purata OECD adalah lapan. Di

antara negara-negara di Eropah, Estonia

mencatatkan bilangan paling sikit untuk

pelajar yang rendah pencapaian- menurut

kenyataan daripada Kementerian

Pelajaran Estonia.

SmartKids World

51

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!