15.01.2019 Views

SKW BM V07

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

GAYA HIDUP

Bersama Pakar Psikologi Klinikal, Jessie Foo Xiang Yi dari Pusat Perubatan

Sunway untuk mengetahui cara menjinakkan anak yang tantrum.

JESSIE FOO XIANG YI

PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL

PUSAT PERUBATAN SUNWAY

Jessie Foo: Kanak-kanak mungkin akan

menunjukkan kemarahan dengan

mempamerkan tantrum seperti

menghentak-hentak, merengek dan

membaling barang. Hal ini terjadi apabila

mereka ini tidak diajar atau tidak tahu

cara untuk memperlihatkan kemarahan

mereka dengan cara yang sihat. Jika ibu

bapa membesarkan anak-anak dengan

cara meninggikan suara, memukul atau

menggunakan kaedah hukuman fizikal

bagi menghentikan kelakuan buruk

kanak-kanak, ia bukan sahaja tidak

dapat membantu kanak-kanak untuk

bertenang, malah anak-anak ini juga akan

meniru kelakuan ibu bapa mereka dan

menganggap itu adalah satu-satunya cara

untuk mendapat apa yang dimahukannya.

Setiap ibu bapa perlu mengajar anak

mereka untuk mematuhi peraturan

tertentu di rumah dan juga di khalayak

ramai. Carilah masa yang sesuai untuk

anda berbincang tentang peraturan

tersebut dengan anak anda.

Bagi mengelakkan mereka terus

berkelakuan sebegitu, anda boleh

menetapkan peraturan di rumah dengan

menulis peraturan tersebut di atas

kertas dan lekatkannya di tempat yang

mudah dilihat. Dalam hal ini, anda perlu

berkomunikasi dengan anak anda tentang

perkara yang boleh dan tidak boleh

dilakukan di rumah. Anda juga perlu

memberitahunya mengenai akibat jika

mereka tidak mematuhi

peraturan tersebut.

Jika anak anda ingin melakukan perkara

yang dilarang, adalah penting untuk

anda menjelaskan

kepadanya sebab

mengapa anda tidak

dapat memenuhi

kehendaknya.

Jika anak anda

menunjukkan

kemarahannya,

jelaskan kepada

mereka mengapa

dia memerlukan

time-out. Anda perlu

membantu anak anda

dengan membawanya

ke time-out dengan

segera dan dalam

keadaan yang tenang.

SmartKids World

157

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!