15.01.2019 Views

SKW BM V07

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENDIDIKAN

Kurikulum IB

Kurikulum Amerika

Sejak beberapa tahun kebelakangan

ini, program IB atau Baccalaureate

Antarabangsa turut mendapat sambutan

di negara ini. Kurikulum yang diiktiraf

oleh pakar akademik di seluruh dunia ini

memastikan para pelajarnya menguasai

kemampuan belajar di dalam kelas

dan juga mengaitkan pembelajaran

dalam kehidupan harian mereka.

Kurikulum IB merangkumi empat

program pendidikan berkualiti tinggi

yang bertujuan mengembangkan minda,

membentuk individu yang penyayang

dan bertanggungjawab, serta anak

muda yang dapat menyumbang kepada

dunia menerusi pemahaman dan

penghormatan antara budaya. Matlamat

utama kurikulum IB adalah untuk

mengembangkan pemikiran antarabangsa

pelajar, mengenali dasar kemanusiaan dan

bersama-sama menjaga dunia dengan cara

yang harmoni. IB menawarkan program

berkualiti tinggi dalam pendidikan

antarabangsa di semua sekolahnya di

seluruh dunia. Sekolah antarabangsa yang

menawarkan kurikulum IB di Malaysia

ialah Fairview International School- Kuala

Lumpur, IGB International School dan UCSI

International School.

Kurikulum Amerika (AC) menyediakan

pelajar dengan pengalaman pembelajaran

yang akan membentuk pengetahuan,

kemahiran dan sikap mereka. Kurikulum

ini bertujuan membentuk individu

yang berjaya dan bertanggungjawab

yang dapat menyumbang kepada

masyarakat dunia. Pelajar dilengkapkan

dengan kemahiran- kemahiran penting

dalam bidang pembelajaran di mana

mereka turut diberi fleksibiliti dan

ruang kebebasan. Hanya beberapa

sekolah antarabangsa di Malaysia yang

menawarkan kurikulum Amerika iaitu

Dalat International School, Mont’ Kiara

International School dan Raffles

American School.

Sekolah yang menggunakan kurikulum

AC menggalakkan pelajarnya untuk

membentuk kemahiran, membina

hubungan positif dengan guru dan rakanrakan

di samping mendidik mereka untuk

bertanggungjawab ke atas pembelajaran

mereka sendiri. Matlamat utama dalam

peringkat awal perkembangan pelajar

adalah untuk membina asas yang kukuh

sebagai persediaan pelajar untuk

tahap seterusnya.

SmartKids World

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!