13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

. METODOLOGI PENYAMPAIAN LATIHAN MENGAJAR:

TINJAUAN AMALAN LATIHAN PEDAGOGIKAL KEMAHIRAN

DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

Zulkifli Mohd Sidi A.M.N. PhD.

Unit Peningkatan Pengajaran & Penyeliaan (UPPP)

Skills Professional Development (SPD)

Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam

zulkifli@ciast.gov.my

ABSTRAK

Latihan kemahiran dan vokasional merupakan satu proses pembangunan modal

insan melahirkan pekerja-pekerja berkemahiran dalam sektor perindustrian.

Pembangunan pekerja berkemahiran di institusi latihan adalah berasaskan kepada

keperluan pekerjaan menerusi standard dan kurikulum kompetensi ditetapkan.

Tenaga pengajar institusi latihan memainkan peranan yang besar menyokong

pembangunan tenaga kerja mahir di pelbagai bidang pekerjaan. Tenaga pengajar

berkompeten bukan hanya memerlukan kepakaran dalam subjek kemahiran dan

vokasional sahaja malah perlu dilengkapi dengan kemahiran pedagogikal agar

proses penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berjalan lebih efisien.

Pengajar berkompeten merupakan entiti utama personel sektor Pendidikan,

Latihan Teknikal & Vokasional (PLTV)/Technical and Vocational Education &

Training (TVET) bertanggung jawab dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan

separa mahir negara. Kertas ini bertujuan untuk meninjau kaedah, pendekatan dan

teknik-teknik yang membentuk langkah-langkah bagaimana metodologi

penyampaian pengajaran kemahiran dan vokasional diamalkan di seluruh institusi

latihan berdaftar di Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tinjauan secara

kepustakaan dan pemerhatian mendapati metodologi penyampaian Pengajaran 4-

Langkah adalah diadaptasi daripada konsep ‘herbartinism’. Ianya diubah suai

mengikut kehendak semasa penyampaian pengajaran latihan kepada pengajarpengajar

vokasional di industri. Adaptasi konsep ini bermula dengan pelaksanaan

model perkhidmatan Training Within Industry (TWI) yang berjaya

diperkembangkan ke peringkat nasional dalam latihan pedagogi bakal-bakal

pengajar kemahiran. Amalan metodologi penyampaian ini dirujuk sebagai kriteria

utama terhadap simulasi latihan mengajar pentauliahan personel Pegawai Penilai

(PP) di Pusat Bertauliah (PB). Penyampaian Pengajaran Corak 4-Langkah adalah

amalan simulasi praktis terdiri daripada turutan langkah-langkah ‘persediaan’,

‘persembahan’, ‘penggunaan’ dan ‘pengujian’. Langkah-langkah ini mempunyai

kaitan filosofi kefahamannya terhadap prinsip 5-Undang-undang Belajar sebelum

simulasi praktis dilaksanakan. Penyampaian Pengajaran Corak 4-Langkah telah

dicatatkan sebagai satu metodologi tunggal kepada seluruh bakal-bakal tenaga

pengajar kemahiran ke arah memenuhi kriteria jaminan mutu Sistem Persijilan

Kemahiran Malaysia (SPKM).

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

41

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!