13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

AMALAN PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN DI

KALANGAN GURU SJK(C) DI LEMBAH KLANG

Chin Mei Keong (PhD)*, Teng Siew Lian (PhD), Ramesh Rao

Ramanaidu (PhD),

Tay Pio & Ching Ing Hoe

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

mei_keong@ipgkik.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan persepsi

dan amalan Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (PSB) guru-guru SJK

(C) di Lembah Klang. Kajian ini melibatkan 229 orang guru dari 4

buah SJK(C)sekitar Lembah Klang. Instrumen yang digunakan dalam

kajian ini berbentuk Borang Soal Selidik Pentaksiran Dalam Bilik

Darjah yang terdiri daripada 24 item merangkumi aspek Pentaksiran

Sebagai Pembelajaran (12 item), Pentaksiran Untuk Pembelajaran (7

item) dan Pentaksiran Tentang Pembelajaran (5 item). Data dianalisis

dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferential,

khususnya kaedah bukan parametrik.. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa 85% guru-guru SJK(C) mengamalkan Pentaksiran Sebagai

Pembelajaran, 84% daripada responden mengamalkan pentaksiran

untuk pembelajaran, manakala 80% mengamalkan pentaksiran tentang

pembelajaran. Manakala Statistik non-parametric (Kruskal-Wallis

Test) menunjukkan bahawa tiada perbezaan mean-ranks yang

signifikan amalan jenis pentaksiran guru daripada kategori jenis

sekolah dan kategori pengalaman mengajar. Dapatan ini menunjukkan

bahawa kesedaran guru-guru SJK(C) tentang amalan Pentaksiran

Sebagai Pembelajaran adalah pada tahap yang menggalakkan.

Seterusnya implikasi kajian bagi memupuk kemenjadian murid secara

holistik melalui pentaksiran sebagai pembelajaran juga dibincangkan.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!