13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEBERKESANAN MODEL BUKIT DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MEMBUNDAR DALAM KALANGAN MURID

TAHUN 4

Haslina bt Jaafar*, Lee Lay Hwa, Zainun bt Abu Bakar & Faridah

Anum Bt Abdul Wahid

Institut Pendidikan Guru Kampus Imu Khas

haslina@ipgkik.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Model Bukit dalam

membantu meningkatkan kemahiran membundar nombor dalam

kalangan murid Tahun 4. Kemahiran membundar nombor merupakan

salah satu kemahiran yang penting dalam Matematik. Kajian ini

dijalankan terhadap enam orang murid Tahun 4 yang sangat lemah

dalam kemahiran membundar nombor. Sampel ini dipilih setelah ujian

diagnostik dijalankan ke atas 30 orang murid tahun 4 di daerah Hulu

Langat, Selangor. Kajian ini berbentuk kualitatif. Data kualitatif

dikumpul melalui ujian diagnostik, pemerhatian, ujian pra dan ujian

pos, serta temu bual. Sebelum sesi rawatan menggunakan Model Bukit,

murid-murid diberi ujian pra untuk menentukan keupayaan mereka

dalam membundar nombor. Tingkah laku murid semasa sesi rawatan

dicatatkan menggunakan kaedah pemerhatian lapangan. Ujian pos

diberikan kepada responden selepas sesi rawatan berakhir untuk

menentukan keupayaan responden dalam membundar nombor. Temu

bual dijalankan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dengan

responden untuk mengumpul maklumat serta maklum balas daripada

mereka setelah menggunakan kaedah Model Bukit. Segala data yang

diperolehi dianalisis berasaskan kepada pendekatan analisis kandungan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa Model Bukit berkesan dalam

meningkatkan kemahiran membundar nombor. Keputusan ujian selepas

tindakan menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 63% setelah

menggunakan Model Bukit.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

59

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!