13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

IMPLIKASI PENGGUNAAN BAHAN BANTU DALAM

PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN GURU

PENDIDIKAN ISLAM DI JOHOR

Nazirah Hamdan

Julia Madzalan

Nurul Hanim Rahiman

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

nazirahhamdan@kuis.edu.my

julia@kuis.edu.my

nurulhanim@kuis.edu.my

ABSTRAK

Bahan bantu adalah sesuatu yang sinonim dalam aspek pengajaran dan

pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah bentuk

bahan bantu yang menjadi amalan guru khususnya guru Pendidikan Islam

(GPI) agar proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menjadi lebih

kreatif dan efektif. Kajian ini merupakan kajian kes yang berbentuk

kualitatif dengan menggunakan teknik temubual bagi mengumpulkan data

utama kajian serta di sokong melalui analisis dokumen dan pemerhatian.

Kajian ini melibatkan seramai tujuh orang GPI sebagai responden utama

dan seramai 42 orang informan dipilih bagi mendapatkan maklumat

sokongan kepada responden utama. Data temu bual kemudiannya dijadikan

data verbatim serta dianalisis menggunakan perisian N’Vivo 7.0 bagi

membina tema, sub tema, dan sub-sub tema. Hasil dapatan kajian

menunjukkan terdapat sebanyak lapan jenis bahan bantu yang membentuk

pola kajian, iaitu laptop dan LCD, buku teks, kertas modul, kertas

mahjong, bahan maujud, buku rujukan, modul PowerPoint dan tayangan

video. Hasil dapatan kajian ini mengemukakan satu Model Bahan Bantu

Mengajar (BBM) Pendidikan Islam.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

67

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!