13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

IBU BAPA PERLU SENTIASA PEKA TERHADAP KUALITI

PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI

TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)

Hajah Mariani Mohamed Saad1, Rozbizah Abd Aziz2

Universiti Tun Abdul RAZAK (UNIRAZAK)

mariani_saad@yahoo.com, biza_jkm0104@yahoo.com,

ABSTRAK

Kajian ini dibuat berdasarkan kajian-kajian lepas berkaitan kualiti dan

minimum standard bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di

Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). Kualiti perkhidmatan yang diberikan

yang merupakan elemen yang sangat penting bagi setiap ibu bapa yang

bekerja pada masa kini. Perkhidmatan ini diperlukan adalah kerana

pertambahan bilangan ibu-ibu yang bekerja disektor awam atau swasta

samada di kawasan perbandaran, pinggir bandar dan juga di kawasan luar

bandar . Permintaan terhadap perkhidmatan ini sentiasa meningkat terutama di

kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam dan Petaling

Jaya yang merupakan kawasan perbandaran yang sedang pesat membangun.

Mengikut statistik di Jabatan Kebajikan Masyarakat pertambahan permohonan

pendaftaran TASKA meningkat sebanyak 100 peratus setiap tahun (Statistik

2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat). Menurut mantan Menteri

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul

Jalil, terdapat hampir 3.57 juta wanita di Malaysia bekerja dalam pelbagai

sektor dibandingkan 10 hingga 20 tahun yang lalu hanya kaum lelaki yang

keluar bekerja (YADIM,2007). Peningkatan jumlah wanita bekerja ini

menyebabkan keperluan perkhidmatan TASKA ini semakin menjadi proriti

pada masa kini. Situasi ini menyebabkan meningkatnya kajian yang dilakukan

bagi memastikan tahap kualiti pengasuhan sentiasa berada pada tahap yang

memuaskan dan kanak-kanak dapat berkembang dengan baik. (Marshall et

al,2001). Kajian ini juga akan menyentuh tentang masalah-masalah yang

dihadapi oleh pihak TASKA terutama kemudahan pengajaran dan

pembelajaran yang disediakan, tahap pengetahuan pengasuh, kurikulum dan

pendekatan yang digunakan, persekitaran yang memberangsangkan dan juga

penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak TASKA.

Kajian ini juga membincangkan apakah ibu bapa peka terhadap tahap kualiti

perkhidmatan TASKA dan kaitan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah ini.

Namun, secara keseluruhan penulisan ini dirujuk berdasarkan bahan yang

terbukti kesahihannya melalui kajian-kajian yang telah di buat oleh tokohtokoh

dalam dunia pendidikan sebelum ini terutamanya yang berkaitan dengan

pendidikan awal kanak-kanak.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

77

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!