13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

. PELAKSANAAN PEDAGOGI INKLUSIF DALAM KALANGAN

GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS

Thahir Nuruddin, Noor Hayati Che Mat, Phd; Ismail Hj Raduan, PhD,

Norliza Ahmad Kamal

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Pedagogi Inklusif dalam

kalangan guru bahasa Melayu yang mengajar pendidikan khas di enam

buah zon di seluruh Malaysia. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah

tinjauan yang bersifat kuantitatif. Data dipungut berdasarkan soal

selidik yang menggunakan lima skala digunakan untuk menjadi menjadi

pilihan 259 orang sampel dan digunakan untuk mengukur lima konstruk

iaitu pengetahuan pedagogi inklusif, kriteria pembelajaran gaya inklusif,

persediaan guru, gaya pengajaran dan keberkesanan pedagogi inklusif

dalam pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis secara deskriptif

dan inferen. Kajian dijalankan ke atas guru-guru bahasa Melayu di enam

buah zon di Malaysia. Dapatan menunjukkan secara keseluruhannya

menunjukkan pelaksanaan pedagogi inklusif dalam kalangan guru

bahasa melayu berada tahap yang tinggi (min 3.87). Tahap ini

dipengaruhi oleh pengetahuan pedagogi inklusif (min 3.63), kriteria

pembelajaran gaya inklusif (3.91), persediaan guru (3.88), gaya

pengajaran (3.94) dan keberkesanan pedagogi inklusif dalam pengajaran

dan pembelajaran (4.00). Pengkaji mencadangkan agar sukatan pelajaran

dan kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu perlu memasukkan

elemen pedagogi inklusif supaya menjadi rujukan dan panduan kepada

para guru. Peluasan tentang pedagogi inklusif juga wajar disebarluaskan

kepada masyarakat terutama kepada ibu bapa kerana mereka juga

berperanan sebagai ‘pendidik’ di rumah.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

47

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!