13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENGARUH PEMBELAJARAN TERADUN TERHADAP

PEMBELAJARAN BERMAKNA DAN PENCAPAIAN PELAJAR

Aliza Adnan PhD*, Haslina Hassan, Mohd Shaferi Mohamed Hassim

Institut Pendidikan Guru Kampus Imu Khas

aliza.ipik@gmail.com

ABSTRAK

Inovasi pedagogi dalam talian memberi kelebihan dalam meningkatkan

pencapaian pelajar dan mewujudkan pembelajaran bermakna. Pendekatan

pembelajaran secara konvensional mempunyai banyak kekangan dari aspek masa,

sumber pembelajaran dan ruang berkomunikasi yang terhad dan pendekatan

pembelajaran kurang fleksibel. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh

pembelajaran teradun ke atas pembelajaran bermakna dan pencapaian pelajar.

Pembelajaran teradun dilaksanakan bagi topik Fotografi menggunakan sistem

pengajaran e-Pembelajaran Teradun Fotografi (e-DuFoto) yang mengintegrasikan

modul pembelajaran asas Fotografi, Web Kenali Fotografi dan Schoology (LMS).

kajian ini adalah berlandaskan kajian reka bentuk dan pembangunan dan didasari

oleh Teori Konstruktivisme dan Teori Minimalis menggunakan pendekatan

pembelajaran teradun dan pembelajaran bermakna. Data akhir yang dikumpulkan

adalah untuk menilai pengaruh e-DuFoto terhadap pembelajaran bermakna dan

penguasaan pelajar. Instrumen kajian adalah; soal selidik dan soalan tugasan.

Kebergunaan e-DuFoto dinilai dari aspek reka bentuk, pedagogi, kualiti

kandungan, kefungsian, akses kendiri dan kefungsian. Dapatan kebergunaan e-

DuFoto diukur secara deskriptif menggunakan min. Penilaian akhir dibuat

mengunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar yang

mengikuti kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Data penilaian

akhir dianalisis menggunakan menggunakan teknik Partial Least Squares

Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Seterusnya, kaedah pemodelan

persamaan berstruktur digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan

menunjukkan e-DuFoto; (i) mempunyai kebergunaan tinggi dengan purata

keseluruhan melebihi min 4.50. (ii) pembelajaran teradun mempunyai pengaruh

yang sangat signifikan ke atas penguasaan asas Fotografi dan pengaruh yang

signifikan ke atas pembelajaran bermakna. Secara keseluruhan penggunaan e-

Dufoto memberi dimensi baru dalam pendekatan pembelajaran secara dalam

talian di IPG bagi meningkatkan penguasaan pelajar ke atas topik asas Fotografi.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

61

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!