13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KAJIAN KE ARAH PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Rosnah@Nining Sidek PhD.¹ & Bustam Daman²

¹ Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,Kota Kinabalu

.niningrosnah@gmail.com¹& bustamdaman@gmail.com²

ABSTRAK

Pendidikan Inklusif (PI) di Malaysia telah diperkenalkan dalam Peraturanperaturan

Pendidikan (Pendidikan Khas)1996 sebagai sebahagian daripada

perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (KBK). Matlamat Program

Pendidikan Inklusif (PPI) untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan bagi

memberi peluang kepada murid berkeperluan khas (MBK) mengikuti program

akademik dan bukan akademik bersama-sama murid normal dalam arus perdana

di sekolah harian. MBK akan belajar bersama-sama murid lain dalam kelas yang

sama. Melalui percampuran ini memberi peluang kepada MBK untuk

menyesuaikan diri dengan masyarakat dalam semua aspek dari peringkat awal

lagi supaya mereka berkeyakinan dan mampu berdikari. Rentetan ini menjadi isu

dan cabaran besar kepada guru-guru PI yang bukan opsyen Pendidikan Khas

(PK). Dalam konteks IPGM, PI merupakan suatu kursus baharu dan kursus teras

yang wajib diambil oleh semua pelajar PISMP Semester 6 semasa dalam latihan

perguruan. Kajian ini mengenalpasti isu-isu, cabaran dan melihat sejauhmana

keberkesanan perlaksanaan kursus PI kepada guru-guru pelatih. Kajian ini

dilaksanakan melalui pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Responden

kajian adalah guru-guru pelatih PISMP MT semester 6 dan PISMP SC semester

7 di IPGK Kent yang terlibat dengan kursus PI. Temubual terbuka juga

dijalankan kepada guru yang mengajar MBK bukan opsyen PK. Temubual

dilaksanakan semasa lawatan ke sekolah rendah sekitar Tuaran yang

melaksanakan PPI di sekolah. Kajian juga mengenalpasti cadangan-cadangan

bagi penambahbaikan kualiti PdPc guru-guru PI bukan opsyen PK dapat

dipertingkatkan di sekolah rendah. Kajian ini mengkaji ciri-ciri guru PI yang

perlu bagi menangani kualiti pencapaian murid-murid bermasalah pembelajaran.

Data-data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Tempoh perlaksanaan kajian

adalah dari bulan Januari hingga Oktober 2018. Dapatan Kajian menunjukkan

keperluan latihan dan bimbingan guru secara terarah dalam peningkatan kualiti

guru-guru PI yang dilatih dari segi tahap keyakinan diri untuk melaksanakan PPI

di sekolah.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

51

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!