13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGARUH PROGRAM PETAH TERHADAP PEMBENTUKAN

KARAKTER MURID DALAM PENGUCAPAN AWAM

Norani binti Abd. Rahim & Isnariah binti Idris PhD.

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

norani@ipgkik.edu.my & isnariah@ipgkik.edu.my

ABSTRAK

Program PETAH yang berkonsepkan seni berkomunikasi yang selari dengan

trend dan gaya masa kini telah berjaya membentuk kemenjadian murid dalam

pengucapan awam. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti

dan menentukan sejauh manakah program ini membentuk perwatakan murid

yang menyertainya. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan secara

tinjauan, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur dengan informan terlibat

semasa Program PETAH berlangsung. Dapatan tentang pengaruh program

yang membentuk karakter murid dikumpul, dianalisis dan dilaporkan secara

deskriptif. Keputusannya, pengkaji mengenal pasti empat konstruk yang

terdiri daripada Modul Studio PETAH, Komunikasi, Keperluan Semasa dan

Sebaran di samping enam belas elemen lain yang mempengaruhi pembentukan

karakter murid yang terlibat. Bimbingan yang diberikan dengan berpandukan

Modul Studio PETAH yang menggunakan konsep dan format baharu,

kepelbagaian fungsi, meningkatkan kemahiran dan mengikut trend terkini

mempengaruhi pembentukan karakter murid. Selain itu, elemen komunikasi

yang membimbing murid menyampaikan idea, menguasai bahasa tubuh,

membantu mengembangkan idea dan menguasai teknik penyampaian turut

mempengaruhi perwatakan murid yang terlibat. Turut memainkan peranan

ialah publisiti media dan jaringan digital yang menyebarkan maklumat terkini

tentang Program PETAH turut dikesan sebagai sebahagian daripada yang

membentuk karakter positif murid-murid ini. Begitu juga peranan guru yang

berpengalaman dan mengambil berat tentang kemajuan muridnya turut

mempengaruhi kemampuan komunikasi seseorang murid. Akhir sekali,

elemen keperluan pensijilan dan mengikut hala tuju KPM yang Program

PETAH sandarkan turut mempengaruhi karakter murid dalam pengucapan

awam. Ringkasnya, Program PETAH yang mengaplikasikan Teori Tingkah

Laku Behaviorisme Pavlov ini berada dalam standardnya yang tersendiri dan

berpengaruh terhadap pembentukan karakter murid sekolah rendah dalam

pengucapan awam.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

49

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!