13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

. KEBERKESANAN MODUL KURSUS ASAS REKREASI

LUAR TAHAP SATU (OUTREC 1) KEMENTERIAN BELIA

DAN SUKAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN JURULATIH REKREASI MALAYSIA DAN

REDTMA RECREATION SPORT CENTRE TERHADAP

SISWA GURU PENGKHUSUSAN

PENDIDIKAN JASMANI

Balkaran Arumugam

Chia Chiow Ming

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

balkaran@ipgkik.edu.my & chia@ipgkik.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur keberkesanan modul kursus

asas rekreasi luar tahap satu Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

(KBS) dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia dan

Redtma Recreation Sport Centre. Responden kajian terdiri daripada

33 siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan

Jun 2016 dari pengkhususan Pendidikan Jasmani. Kursus ini

ditawarkan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran tambahan

kepada kursus Pendidikan Luar (PJMS3113). Kandungan kursus

meliputi aspek kepimpinan, bantu mula, kembara malam, kayak,

orienteering, dan tali temali. Kajian berbentuk tinjauan ini

menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari Model Penilaian

Kirkpatrick Tahap I (Reaksi). Dapatan kajian dianalisis secara

deskriptif berasaskan objektif dan persoalan kajian. Secara

keseluruhannya, kajian ini menunjukkan modul Outrec 1 (KBS)

dilaksanakan dengan baik (Min=3.37). Dapatan kajian

mencadangkan bahawa pengalaman dalam kursus Outrec 1 boleh

dijadikan sebagai satu nilai tambah pengetahuan dan kemahiran

kepada kursus Pendidikan Luar (PJMS3113) yang ditawarkan

kepada siswa guru.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!